SJ-08-0087 : puasa arafah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-08-0087 : puasa arafah

Salam,
Saya keliru sikit berkenaan dengan bila sunnahnya berpuasa sunnah arafah disebabkan perbezaan hari aidiladha antara ksa n malaysia.
Semua telah maklum yang esok hari adalah hari wukuf di arafah,jadi sudah pasti esok disunnahkan berpuasa,jadi bagi org dimalaysia pula raya eidiladha hari khamis jadi bagaimana kedudukan berpuasa sunnah itu???Keliru saya,betulkan saya yang confuse ni...

Wassalam

SJ-08-0087 : puasa arafah

:wassalam

al-Jawab:

Cara nak keluar dari kekeliruan perbedaan matla' atau tempat pencerapan anak bulan Zulhijjah ialah begini:

Dalam urusan puasa, umat Islam hendaklah berpuasa berdasarkan penetapan anak bulan Zulhijjah KSA dan peristiharan wukuf oleh kementerian Haji KSA yakni wukuf tahun 2007 jatuh pada tanggal selasa 18 Dis. Maka inilah tarikh puasa umat Islam yg rajih (tepat). Hujahnya: puasa hari arafah adalah berdasarkan hari Arafah Arab Saudi, yakni ketika 3 juta umat Islam berada di dataran Arafah.

Manakala dalam urusan sambutan 'Iedul Adhha, maka umat Islam diseluruh dunia hendaklah mematuhi ketetapan negara2 masing-masing. Dalam kes Malaysia jatuh pada hari Khamis.

Maka hari puasa arafah ialah selasa. Manakala hari Raya ialah Khamis. Hari Raya pada hari Khamis masih sah kerana ia masih lagi hari tasyrik walaupun tidak bertepatan dgn KSA. (Fatwa IOL: Dr Yusof al-Qardhawi dan Syaikh Faisal Mawlawi) WA