SJ-10-0080 : Terlupa utk lakukan aqiqah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-10-0080 : Terlupa utk lakukan aqiqah

:salam

Berkenaan aqiqah,

Saya difahamkan bahawa Islam menyuruh kita untuk melakukan ibadat aqiqah bagi bayi yg baru dilahirkan.

Apa yang patut dilakukan sekiranya bayi yang berumur 3bln telah meninggal dunia tanpa sempat melakukan ibadat aqiqah?

Untuk pengetahuan ahli panel, peristiwa ini telah berlaku 36tahun yg lepas.

Mohon pandangan dan pencerahan pada permasalahan ini...

WA

:wassalam

SJ-10-0080 : Terlupa utk lakukan aqiqah

Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,

Sabda Rasulullah SAW:

ßõáøõ ÛõáóÇãò ÑóåöíäóÉñ ÈöÚóÞöíÞóÊöåö

"Setiap bayi tergadai dengan aqiqahnya" (H.R Ahmad, Abu Daud dll. Kata Tirmizi: Hadis Hasan Sahih)

Maksudnya seperti kata Imam Ahmad: ini pada memberi syafaat, yang bermakna: jika bayi meninggal dunia tanpa dilakukan aqiqah, bayi tersebut tidak memberi syafaat kepada ibubapanya.

Ulama telah berselisih pendapat sekiranya bayi meninggal dunia sebelum sempat melakukan ibadat aqiqah.

Menurut Imam Nawawi, pendapat yang paling sahih ialah digalakkan aqiqah kepada bayi yang meninggal dunia selepas hari ketujuh kelahirannya.

Katanya:

áæ ãÇÊ ÇáãæáæÏ ÈÚÏ Çáíæã ÇáÓÇÈÚ æÈÚÏ ÇáÊãßä ãä ÇáÐÈÍ ÝæÌåÇä ÍßÇåãÇ ÇáÑÇÝÚí (ÃÕÍåãÇ) íÓÊÍÈ Çä íÚÞ Úäå (æÇáËÇäí) íÓÞØ ÈÇáãæÊ

"Jka bayi meninggal selepas hari ketujuh kelahirannya dan selepas mampu dilakukan sembelihan, terdapat dua pandangan seperti yang disebut oleh ar-Rafi'ie; yang paling sahih: digalakkan aqiqah baginya. Kedua: digugurkan dengan kematian."

Dengan itu, adalah digalakkan aqiqah pada bapanya untuk bayi tersebut jika dia mampu. Semoga dengan itu, dia mendapat pahala yang besar.

Wallahu a3lam

Rujukan:
- al-Majmuk li an-Nawawi
- Fathul Bari li Ibn Hajar
- Fatwa Islamweb.net:
http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=6343&Option=FatwaId&x=46&y=18