SJ-03-0105 : Adakah ini darah nifas??

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0105 : Adakah ini darah nifas??

Assalamualaikum...
seorang perempuan yang hampir bersalin mengalami kontraksi (sakit nak bersalin) selama satu hari. Selama kontraksi tersebut ada darah keluar sedikit-sedikit. Adakah Darah tanda-tanda bersalin ini darah nifas?
Bolehkah dia solat ketika ini?
-mintak pencerahan dari ustaz-syukran

SJ-03-0105 : Adakah ini darah nifas??

Bismillahi wal hamdulillah ,

Al-Jawab :

Ulama telah sepakat mengatakan bahawa darah Nifas adalah darah yang keluar selepas bersalin.Ulama berbeza pendapat dalam bab darah yang keluar sebelum bersalin kepada 3 pendapat :

1. Mazhab syafie dan Maliki: Ia adalah darah haid
2. Mazhab Hanafi dan Hanbali : Darah Istihadhah
3. Sebahagian Ulama Hanbali : Ia adalah darah nifas jika keluar sehari atau dua hari sebelum melahirkan anak.

Imam Nawawi menukilkan :

ÝÅÐÇ ÑÃÊ ÇáÍÇãá ÏãÇ íÕáÍ Ãä íßæä ÍíÖÇ ÝÞæáÇä ãÔåæÑÇä ÞÇá ÕÇÍÈ ÇáÍÇæí æÇáãÊæáí æÇáÈÛæí æÛíÑåã : ÇáÌÏíÏ Ãäå ÍíÖ , æÇáÞÏíã : áíÓ ÈÍíÖ , æÇÊÝÞ ÇáÃÕÍÇÈ Úáì Ãä ÇáÕÍíÍ Ãäå ÍíÖ

"Maka apabila wanita yang sedang hamil melihat darah (yang keluar), yang dikatakan sebagai darah haid maka terdapat dua pendapat yang masyhur.Berkata pengarang kitab Al-Hawi , Al-Mutawalli dan Imam Al-Baghawi dan lain-lain : "Qaul Jadid ( Pendapat yang baru ) Imam as-Syafie ia adalah darah Haid, dan Qaul Qadim ( Pendapat yang lama ) mengatakan ia bukan darah haid. Telah sepakat ulama Syafie pendapat yang paling sahih mengatakan ia adalah DARAH HAID"

( Al-Majmu’ Imam Nawawi : 1/412)

Maka , jika dilihat pada pandangan Imam as-Syafie ini , seseorang yang keluar darah sebelum bersalin tidak diwajibkan solat dan puasa.Ini adalah Ijtihad Imam Syafie dan ulama-ulamanya ( Syafi’iyyah )

Manakala Fatwa yang dikeluarkan oleh Lajnah Daimah :

Kesimpulan dari Fatwa tersebut ialah :

1. Jika darah yang keluar tidak disertai dengan tanda-tanda hendak bersalin , maka darah tersebut ialah darah kotor atau darah yang rosak.Maka pada ketika itu masih lagi ditaklifkan dengan tuntutan ibadah samada puasa atau solat.

2. Manakala jika ianya disertai dengan tanda-tanda hendak bersalin seperti rasa sakit dan sebagainya , maka darah itu dikira sebagai darah nifas dan tak wajib bagiinya untuk puasa dan solat.Ia wajib mengqada’ puasanya sahaja selepas suci ( selesai wiladah )

Sumber link : http://www.islam-qa.com/ar/ref/6944

Mengenai status darah tersebut , pendapat yang rajih ialah pendapat dan fatwa yang dikeluarkan oleh Lajnah Daimah , berikutan terdapatnya kajian kedoktoran yang menunjukkan darah haid tidak akan keluar ketika seseorang wanita itu sedang mengandung.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com