SJ-13-0429 : Apa yg ghaib dr kita jgn ditanyakan...

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0429 : Apa yg ghaib dr kita jgn ditanyakan...

Saya perlukan sedikit pencerahan dari ustaz ttg kehendak satu kaedah :

ãÇ ÛÇÈ ÚäÇ áÇ äÓÃá Úäå
"Apa yg ghaib bagi kita, jgn kita tanyakan."

...Apa kehendak sebenar kaedah di atas?

adakah begini contohnya: jika kita makan sst makanan yg dibawa oleh org bukan Islam (kuih contohnya) yg dilihat pd zahirnya halal?tanpa kita banyak tanya...

atau boleh ustz bg bbrp contoh lain bagi menjelaskan kehendak kaedah di atas?

-syukran

SJ-13-0429 : Apa yg ghaib dr kita jgn ditanyakan...

Bismillahi wal hamdulillah ,

Al-Jawab :

Secara ringkasnya , memang begitulah maksud yang dikehendaki oleh kaedah tersebut.Asal kaedah tersebut adalah daripada sebuah hadis Rasulullah saw :

: íÇ ÑÓæá Çááå Åä ÞæãÇð íÃÊæääÇ ÈÇááÍã¡ æáÇ äÏÑí ÃÐßÑæÇ ÇÓã Çááå Úáíå Ãã áÇ¡ ÝÞÇá: " ÓãæÇ Çááå Úáíå æßáæÇ "

Maksudnya : Ya Rasulullah , telah datang suatu kaum memberikan kami daging , dan kami tidak tahu adakah ianya (daging) dibacakan nama Allah atau tidak ? , maka bersabda Rasulullah saw : Sebutlah nama Allah dan makanlah"

As-Syaikh Dr Yusof al-Qaradhawi menyebut dalam fatwanya :

"Sebahagian ulama mengguna pakai kaedah tersebut dalam meletakkan hukum terhadap makanan yang diberikan oleh ahli kitab kepada muslim , dengan hanya membaca / menyebut nama Allah ketika hendak makan tanpa perlu menyelidiki tentang status makanan tersebut"

Begitu juga dengan apa yang dinyatakan oleh Dar Ifta Mesir :

"Sesungguhnya , tidak disyaratkan seseorang muslim itu bertanyakan tentang apa yang tidak diketahuinya , bagaimanakah cara sembelihannya , adakah menepati syarat sembelihan , adakah semasa sembelih , disebut nama Allah atau tidak dan sebagainya....Maka , daging tersebut tetap halal dimakan.

WA

Ruj :

http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=3377&version=1&template_id=232&parent_id=17

http://www.dar-alifta.com/ViewFatwa.aspx?ID=225

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com