SJ-13-0461 : Pembangunan tanah selain dari niat asal pewakaf

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0461 : Pembangunan tanah selain dari niat asal pewakaf

:Salam

Moga dirahmati Allah,

Saya ingin merujuk kepada perenggan pada artikel yang bersumber dari : http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=2925

' Muzakarah kali ini juga turut membincangkan hukum membangunkan tanah wakaf khas dengan pembangunan selain daripada niat asal pewakaf. Jawatankuasa telah memutuskan bahawa membangunkan tanah wakaf khas khususnya wakaf masjid atau surau dengan tambahan projek pembangunan serta beberapa penambahbaikan bagi menjamin harta wakaf tersebut kekal adalah diharuskan oleh Islam dengan syarat pembangunan sepertimana niat asal pewakaf dikekalkan.Walaubagaimanapun tambahan pembangunan ini hendaklah berdasarkan keperluan yang ditentukan oleh pemerintah dan tidak bercanggah dengan syariat Islam.'

1) bolehkah saya dapatkan syarah dari keputusan di atas??

2) Maksud yang saya fahami dari perenggan di atas adalah sebegini:
a - Jika tanah tersebut adalah tanah wakaf kubur (yakni wakaf khas) oleh niat asal pewakaf telah dilaksanakan sebahagiannya....tanah yang berbaki dan terbiar yang berstatus wakaf tanah kubur...jika dimajukan untuk didirikan sekolah agama rakyat atau dewan orang ramai....dibolehkan bagi membangunkan tanah wakaf khas tersebut....adakah benar pemahaman saya????

b- Adakah ini dinamakan wakaf ibdal???bagaimana ia berlaku???dan apakah hukumnya yang ma'thur??

Moga ia mendapat perhatian sebaiknya dari pihak panel.

:wassalam

SJ-13-0461 : Pembangunan tanah selain dari niat asal pewakaf

ÈÓã Çááå¡ æ ÇáÍãÏ ááå¡ æ ÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå¡ æÈÚÏ

Terlebih dahulu kami memohon maaf di atas kelewatan kami menjawab soalan saudara.In sya Allah akan kami jawab dengan sekadar yang mampu.

Quote:
Muzakarah kali ini juga turut membincangkan hukum membangunkan tanah wakaf khas dengan pembangunan selain daripada niat asal pewakaf. Jawatankuasa telah memutuskan bahawa membangunkan tanah wakaf khas khususnya wakaf masjid atau surau dengan tambahan projek pembangunan serta beberapa penambahbaikan bagi menjamin harta wakaf tersebut kekal adalah diharuskan oleh Islam dengan syarat pembangunan sepertimana niat asal pewakaf dikekalkan.Walaubagaimanapun tambahan pembangunan ini hendaklah berdasarkan keperluan yang ditentukan oleh pemerintah dan tidak bercanggah dengan syariat Islam.'

1) bolehkah saya dapatkan syarah dari keputusan di atas??

2) Maksud yang saya fahami dari perenggan di atas adalah sebegini:
a - Jika tanah tersebut adalah tanah wakaf kubur (yakni wakaf khas) oleh niat asal pewakaf telah dilaksanakan sebahagiannya....tanah yang berbaki dan terbiar yang berstatus wakaf tanah kubur...jika dimajukan untuk didirikan sekolah agama rakyat atau dewan orang ramai....dibolehkan bagi membangunkan tanah wakaf khas tersebut....adakah benar pemahaman saya????

Memang itulah maksud yang terdapat dalam keputusan majlis fatwa tersebut.Mengikut kaedah Islam , pihak pemerintah atau pihak yang diberi kuasa oleh pemerintah boleh melakukan pembangunan lain di atas tanah wakaf selain dari niat asal pewakaf dengan syarat pembangunan asal yang mengikut niat pewakaf mestilah ada , iaitu dikekalkan.Kemudian baki tanah yang masih tinggal boleh dilaksanakan pembangunan lain yang mendatangkan manfaat kepada masyarakat serta atas dasar maslahah tertentu.
Sebagai contoh , jika tanah tersebut diwakafkan untuk pembinaan masjid.Kemudian selepas masjid dibina dan atas dasar maslahah dan manfaat yang boleh diberikan kepada masyarakat , maka dibina pula sekolah atas tanah tersebut.

Maka hal ini adalah dibolehkan.

Apa yang penting ialah , pembangunan asal menurut niat pewakaf wajib dikekalkan.Manakala tambahan pembangunan selain daripada itu adalah dibolehkan berdasarkan maslahah dan kepentingan masyarakat setempat.

Quote:
b- Adakah ini dinamakan wakaf ibdal???bagaimana ia berlaku???dan apakah hukumnya yang ma'thur??

Wakaf Ibdal (wakaf gantian) pula ialah :

“menukar harta wakaf dengan harta yang lain melalui jualan atau belian atau sebagainya dengan tujuan mengekalkan harta wakaf adalah diharuskan.

Ianya adalah berdasarkan kepada pendapat yang masyhur Imam Abu Hanifah.

Maksud daripada wakaf Ibdal ini ialah :

Jika sesuatu harta yang telah diwakafkan oleh seseorang , tetapi tidak boleh dimanfaatkan atau digunakan untuk kepentingan dan manfaat masyarakat. Maka pada ketika itu harta wakaf tersebut bolehlah ditukar dengan harta lain yang boleh dimanfaatkan samada melalui jalan jualan atau belian.Ini bertujuan agar harta wakaf tersebut dapat dikekalkan.

WA

Ruj :

Buhuth wa Fatawa Fiqhiyyah Mu’asirah , babul Awqaff, Dar al-basyair al-Islamiah.

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com