SJ-05-0377 : Solat berimamkan lelaki tua yg uzur

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0377 : Solat berimamkan lelaki tua yg uzur

Assalamu'alaykum w.b.t.

Ingin bertanya pandangan sekiranya seorang lelaki tua yg uzur (i.e. immobile & tak mampu bercakap dgn baik) mengimami solat, dalam situasi hanya ada dia (lelaki tua tsb) dan seorang muslimah (cthnya cucu perempuan) di dalam satu rumah.

Kerana maklum bahawa imam harus lebih baik/sempurna drp makmumnya. Jadi, ingin tahu jika solat berjama'ah itu tiada masalah dlm kes ini, atau solat fardi itu lebih utama?

Mohon pencerahan...

SJ-05-0377 : Solat berimamkan lelaki tua yg uzur

ÈÓã Çááå¡ æ ÇáÍãÏ ááå¡ æ ÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå¡ æÈÚÏ

Dalam kes seperti di atas , solat secara fardi adalah lebih baik dan diutamakan kerana , syarat untuk seseorang menjadi imam mestilah ianya mampu untuk menyebut dan membaca ayat-ayat Al-Quran dengan baik dan sempurna.Sebagaimana sabda Rasulullah saw :

æÃÍÞÜÜåã ÈÇáÅãÇãÉ ÃÞÜÜÑÄåã

“dan hendaklah yang lebih berhak menjadi imam ialah yang terpandai dalam bacaan Al-Quran”
(HR Imam Muslim , Ahmad dan an-Nasaie)

Sebahagian Ulama menafsirkan maksud yang terpandai bacaan al-Quran itu ialah yang terbanyak hafalannya , dan sebahagian yang lain menafsirkan sebagai yang mempunyai bacaan al-Quran yang baik dari segi hukum tajwidnya , termasuk sebutan huruf pada setiap ayat al-Quran.

Apabila diketahui bahawa lelaki tua yang uzur tersebut tidak mampu menyebut dan membunyikan huruf dengan betul sehingga mungkin akan mengubah makna sesuatu ayat yang dibaca , maka dalam hal ini Jumhur ulama berpendapat , tidak sah lelaki tua tersebut menjadi imam , dan solat secara fardi adalah lebih baik , kerana seorang perempuan tidak boleh menjadi imam dalam solat yang mempunyai makmum dari kalangan lelaki , walaupun perempuan tersebut mampu membaca Al-Quran dengan baik dan sempurna.

WA

Ruj :

Fiqh al-Sunnah , Syaikh Sayyid Sabiq.

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com