SJ-11-0197 : Derma

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0197 : Derma

Assalamualaikum

Saya ingin bertanyakan soalan berdasarkan senario dibawah;
Senario 1: Seorang remaja yang mewakili madrasah agama/tahfiz menawarkan barang seperti kalendar hijrah dengan mengutarakan konsep membeli sambil menderma.
Soalan: Apakah penghuraian dari konsep membeli sambil menderma dalam Islam?

Senario 2: Seorang budak muslim berkeliaran menemui orang awam meminta derma belas kasihan. Biasanya mereka membawa dokumen yang menunjukkan taraf kesusahan mereka atau keluarganya.
Soalan: Boleh jelaskan hukum bagi seseorang miskin yang meminta minta derma?

Saya harap pihak AAN dapat memberi jawapan dan sedikit huraian berdasarkan senario yang dinyatakan.

SJ-11-0197 : Derma

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In sya-Allah.

1. Membeli sambil menderma ini juga tidak asing dikalangan masyarakat Arab terutamanya dibulan Ramadhan. Ada dikalangan mereka yang menjual juadah iftar, dan keuntungannya didermakan untuk kebajikan. Samalah seperti penjualan kalendar dsb. Katakan penjualannya sebanyak rm10.00, anggaran rm1.50 adalah kos percetakan, maka rm8.50 masukkan kedalam tabung pembiayaan sekolah tersebut. Kesemua usaha ini adalah sejajar dengan firman Allah swt :-

æóÊóÚóÇæóäõæÇ Úóáóì ÇáúÈöÑøö æóÇáÊøóÞúæóì æóáóÇ ÊóÚóÇæóäõæÇ Úóáóì ÇáúÅöËúãö æóÇáúÚõÏúæóÇäö
dir="ltr">"hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat)" [Surah al-Maaidah : 2].

2. Pada asasnya, Islam tidak membenarkan seseorang itu menjadikan pekerjaan mengemis sebagai satu profesion. Islam tidak membenarkan seseorang itu duduk diam tanpa melakukan sebarang perkerjaan. Umar al-Khattab ra pernah memukul seorang pemuda dengan tongkatnya kerana menghabiskan masanya di masjid dan tidak mahu bekerja. Kata beliau :"Sesungguhnya langit tidak pernah menurunkan hujan emas".

Terdapat banyak hadith-hadith Nabi :saw yang memberi amaran kepada mereka yang mengemis. Diantaranya :-

"Siapa yang meminta-minta padahal dia mampu bekerja, maka sesungguhnya ia hanya memperbanyak untuk dirinya bara api neraka". (Hadith Riwayat Abu Daud dan Ibnu Hibban).

"Mereka yang meminta-minta tanpa keperluan adalah bagaikan seseorang yang memegang bara api ditangannya" (Hadith Riwayat al-Baihaqi dan Ibn Khuzaimah)

"Orang yang sentiasa meminta-minta hingga datang pada hari kiamat kelak, akan datang tanpa ada sekerat daging pun di wajahnya". (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim).

Pada zaman Nabi :saw, walau semiskin mana keadaan orang-orang fakir, mereka tidak menjadikan budaya meminta-minta didalam penghidupan mereka. Ini digambarkan didalam firman Allah swt :-

áöáúÝõÞóÑóÇÁö ÇáøóÐöíäó ÃõÍúÕöÑõæÇ Ýöí ÓóÈöíáö Çááøóåö áóÇ íóÓúÊóØöíÚõæäó ÖóÑúÈðÇ Ýöí ÇáúÃóÑúÖö íóÍúÓóÈõåõãõ ÇáúÌóÇåöáõ ÃóÛúäöíóÇÁó ãöäó ÇáÊøóÚóÝøõÝö ÊóÚúÑöÝõåõãú ÈöÓöíãóÇåõãú áóÇ íóÓúÃóáõæäó ÇáäøóÇÓó ÅöáúÍóÇÝðÇ æóãóÇ ÊõäúÝöÞõæÇ ãöäú ÎóíúÑò ÝóÅöäøó Çááøóåó Èöåö Úóáöíãñ
dir="ltr">"(Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: Orang kaya oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya. " [Surah al-Baqarah: 273].

Walaupun demikian, Islam tidak melarang seseorang itu dari memberi derma kepada pengemis-pengemis ini. Jika kita tidak mahu menderma kepada mereka, jangan sekali-kali menghina dan berburuk sangka kepada mereka. Firman Allah swt :-

æóÃóãøóÇ ÇáÓøóÇÆöáó ÝóáóÇ ÊóäúåóÑú
dir="ltr">"Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik. " [al-Dhuha : 10].

Menurut Ibn Kathir rh didalam tafsirnya : Ibn Ishak menyatakan - seseorang itu tidak boleh membuli, takbur, dsb, kepada hamba Allah yang lemah. Qatadah berkata : ini bermaksud orang-orang miskin hendaklah dilayan dengan rahmat dan lemah lembut.

Kesimpulannya mengemis tidak dibenarkan didalam Islam. Walaupun demikian, kita tidak boleh mengherdik atau berlaku zalim kepada peminta sedekah ini. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين