:salam ,
Saya ingin membuat pertanyaan berkenaan dengan Aqiqah dan Qurban:-
1. Bolehkah digabungkan 7 bahagian lembu untuk ibadat aqiqah dan qurban pada hari raya aidiladha? Apa hukumnya?
2. Antara Qurban dan aqiqah, yang mn patut didahulukan?
TQ
:wassalamqiqah
ÈÓã Çááå¡ æ ÇáÍãÏ ááå¡ æ ÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå¡ æÈÚÏ
Berkenaan dengan soalan pertama , secara ringkasnya perkara ini diperselisihkan oleh para fuqaha.Untuk lebih jelas dan terperinci , bolehlah dirujuk link dibawah ini :
http://al-qayyim.net/web/index.php?option=com_content&task=view&id=275&Itemid=2
Untuk persoalan yang mana lebih didahulukan antara akikah dan korban , maka jawapannya adalah seperti berikut :
Hukum melaksanakan ibadah Akikah adalah sunat Muakkad bagi setiap keluarga yang dikurniakan cahaya mata oleh Allah swt sebagai tanda kesyukuran.Ini dapat digambarkan dengan hadis-hadis Rasulullah saw yang mensyariatkan ibadah tersebut seperti :
ãÚ ÇáÛáÇã ÚÞíÞÉ ÝÃÑíÞæÇ Úäå ÏãÇð æÃãíØæÇ Úäå ÇáÃÐì
" Bersama bayi yang lahir itu aqiqah, maka kerna itu mengalirkanlah darah (sembelihan) untuknya, dan jauhkan baginya segala kesakitan (godaan syaitan) ( Riwayat Al-Bukhari)
ßáøõ ÛõáÇãò Ñóåíäñ ÈÚóÞíÞÊå¡ ÊõÐÈóÍõ Úäå íæãó ÓÇÈÚöå æíõÓãøóì Ýíå æíõÍáÞ ÑÃÓõå
õ"Setiap anak perlu dipajakkan (terhutang) dengan aqiqah, disembelih untuknya pada hari ketujuh umurnya, dan diberi nama dan dicukur rambut kepalanya" ( Riwayat Ashabus Sunan )
Maka , jika dilihat kepada 2 hadis di atas , jelas kepada kita semua betapa dituntutnya dalam Islam untuk dilaksanakan ibadah Aqiqah.Berbeza dengan ibadah korban yang disyaratkan akan kemampuan untuk melaksanakannya , sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra :
ãä ßÇä áå ÓÚÉ æáã íÖÍ ÝáÇ íÞÜÜÜÜÑÈä ãÕáÇäÇ
“Barang siapa yang mempunyai kemampuan (untuk berkorban) , tetapi tidak mahu berkorban , maka janganlah ia mendekati tempat solatku”
(HR Ahmad : 8256 , Ibn Majah : 3123 , al-hakim : 4/231)
Hadis di atas jelas meletakkan “kemampuan” sebagai syarat bagi seseorang yang ingin melaksanakan ibadah korban.
Maka , berdasarkan kepada hujah dan pendapat di atas , maka dapatlah disimpulkan bahawa melakukan atau mendahulukan ibadah akikah adalah yang dituntut dalam Islam.
WA
الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com