:salam
sy mpunyai sorg kwn yg trlalu was-was terutama nya jka berkaitan najis.walau pun pd pandangan zahir nya telah bersih atau tiada najis yg terlekat pd kasut..contoh nya,mmg dia ade melalui jln yg ade tahi burung tetapi tidak la melekat.sy tidak tahu lg bagaimana hendak meyakinkan dia.sekarang dia tidak mahu lg melalui jln yg terdapat tahi burung krn kuatir akn terpijak.sedang kan rata-rata jln terdapat kesan tahi burung..
Bagaimanakah cr utk sy meyakinkan nya tentang perkara tersebut?
trm kasih
:wassalam
Salam
Was-was adalah mainan daripada syaitan...Penyakit was-was ini membawa kesan yang sangat buruk jika dibiarkan lebih-lebih lagi jika was-was itu terjadi pada perkara-perkara yang berkaitan dengan ibadah.
Antara cara yang boleh dilakukan ialah menanamkan atau meletakkan rasa keyakinan dalam diri kita terhadap sesuatu perkara yang dirasakan betul dan benar.Seperti contoh jika kita merasa yakin dengan keyakinan yang tidak berbelah bahagi bahawa kasut atau kaki kita tidak terpijak atau terlekat tahi/najis burung tadi , maka tetapkanlah hati kita dengan keyakinan tersebut dan sebarang syak wasangka / perasaan was-was yang datang selepas itu hendaklah dibuang jauh-jauh , malah perasaan syak tersebut juga mengikut kaedah tidak membatalkan rasa yakin yang telah berada dalam hati kita.
Sebagaimana , kaedah feqh ada menyebutkan :
"Keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan syak / wasangka"
Walaubagaimana pun perasaan yakin itu mestilah bertepatan dengan kehendak syarak.Iaitu ianya mestilah tidak disertai dengan sebarang qarinah yang menunjukkan adanya najis tersebut samada pada kasut atau kaki.
Sebagaii contoh , jika semasa kita melihat pada kasut dan kaki kita tidak terdapat sebarang tanda pun yang kasut dan kaki kita terkena najis , seperti tidak ada ain (zat najis) , tidak ada bau , warna atau apa sahaja kesan najis, maka barulah kita boleh meletakkan rasa yakin bahawa kasut atau kaki kita tersebut adalah selamat dan bersih daripada najis.
Jika semasa kita melihat kaki tersebut dan ternyata adanya kesan najis , maka kita tidak boleh mengatakan bahawa kita yakin kaki kita bersih..Sebab tanda-tanda terkena najis itu jelas kelihatan dan keyakinan yang sebegini adalah terbatal.
Disamping itu , cuba saudari sarankan kepada sahabat saudari beberapa petua dan cara untuk menghilangkan rasa was-was itu sebagaimana yang telah dinukilkan oleh Ustaz Abu_umair seperti dibawah ini :
Sila rujuk : http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&p=103840#103840
WA
الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com