SJ-05-0392 : masbuk dgn imam syiah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0392 : masbuk dgn imam syiah

a'kom.
apa perlu buat jika sentuh seseorang yang sedang solat untuk menjadikan dia imam..rupa-rupanya dia syiah??

SJ-05-0392 : masbuk dgn imam syiah

ÈÓã Çááå¡ æ ÇáÍãÏ ááå¡ æ ÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå¡ æÈÚÏ

As-Syaikh Dr.Salih bin Fauzan al-Fauzan menyebut dalam kitabnya Al-Mulakhkhas al-Fiqhi , bahawa bahawa orang yang tidak boleh menjadi imam ialah orang yang fasik.Fasik terbahagi kepada 2 jenis.Fasik Amali dan fasik I’tiqadi.

Golongan syiah tergolong dari kalangan orang fasik I’tiqadi.Maka tidak boleh diberikan amanah sebagai Imam kepada golongan tersebut.

Walaubagaimana pun para ulama berselisih pendapat mengenai hukum sah atau tidak sembahyang seseorang dibelakang imam yang fasik , dan pendapat majotiti Ulama sebagaimana yang disebutkan oleh Imam an-Nawawi , menghukumkan solat dibelakang seseorang yang fasik atau pemimpin yang zalim adalah sah hukumnya. (Al-Majmu’ , jilid 4 , ms : 151)

Asy-Syaikh Ibn Baz dalam fatwanya menyebutkan :

Tidak boleh solat dibelakang seseorang yang mencintai Ahli al-Bait secara berlebihan.Jika sebaliknya , maka bolehlah kita besolat dibelakangnya.

(Fatawa Ibn Baz , jilid 2 , ms : 107)

Jika disedari bahawa Imam yang disentuh itu adalah dari kalangan syiah semasa dalam solat , maka wajib baginya berniat keluar / mufaraqah dari saf tersebut.Manakala jika disedari selepas daripada selesai menunaikan solat , solat tersebut adalah sah dan tidak perlu mengulang kembali.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com