SJ-07-0158 : Kenduri arwah n masalah-masalah berkaitan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0158 : Kenduri arwah n masalah-masalah berkaitan

Assalamualaikum.
Ustaz,

a. Apakah cara terbaik utk dilakukan oleh seseorg sekiranya ahli keluarga dan ibu-ibu serta bapa-bapa saudara mengadakan kenduri arwah sedangkan individu itu menolak kenduri arwah?

b. Bagaimana sekiranya ibu individu itu mengadakan kenduri arwah?

c. Sekiranya salah seorg ahli keluarga individu itu meninggal dunia dan individu itu tidak mahu mengadakan kenduri arwah, apa perlu dilakukan dan apa penjelasan yg terbaik utk diterangkan.

d. Apa hukumnya jika individu itu makan makanan yg dihidangkan ketika kenduri arwah?

e. i. Jika makanan yg disediakan utk kenduri arwah diberi kpd individu itu, diberi utk dibawa pulang atau dihantar ke rumah, adakah perlu dibuang?

ii. Bagaimana sekiranya dalam kuantiti yg banyak?

Harap ustaz terangkan satu persatu. Terima kasih.

SJ-07-0158 : Kenduri arwah n masalah-masalah berkaitan

ÈÓã Çááå¡ æ ÇáÍãÏ ááå¡ æ ÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå¡ æÈÚÏ:

Dalam Islam , apabila berlaku suatu kematian atau ditimpa musibbah , maka yang perlu dilakukan oleh masyarakat setempat ialah mengucapkan takziah kepada mereka dan disiapkan makanan untuk diberikan kepada keluarga tersebut.

Dalilnya ialah , Sabda Rasulullah saw daripada Abdullah bin Ja’far :

ÇÕäÚæÇ áÂá ÌÚÝÑ ØÚÇãÇ ÝÞÏ ÃÊÇåã ãÇ íÔÛáåã

Buatlah makanan untuk keluarga Ja’afar kerana sesungguhnya mereka telah didatangi sesuatu yang menyibukkan mereka.

(HR Imam Ahmad , no : 1750 , Abu Daud : 3132 , Tirmizi : 999 dan Ibn Majah : 1610)

Ibn taimiyyah berkata : Kegiatan Ahli mayyit mengumbpulkan orang ramai untuk melakukan tilawah al-Quran dan menghadiahkannya kepada mayyit serta diberikan makanan kepada orang ramai tersebut adalah bukan suatu kebaikan menurut para salaf dan telah dibenci oleh sebahagian ahli Ilmu bukan dengan satu bentuk. ( Majmu’ fatawa ibn Taimiyyah : 24/316 )

Penerangan yang sewajarnya perlulah dilakukan kepada masyarakat agar dapat kembali kepada petunjuk Rasulullah saw dalam setiap sudut kehidupan.Lakukanlah dengan cara yang berhikmah dan pengajaran yang baik tanpa menimbulkan pergaduhan , permusuhan dan pertelingkahan yang berpanjangan.

Bagi persoalan makanan yang dihidangkan , tidak ditemui sebarang fatwa atau kenyataan dari para ulama tentang haramnya memakan makanan / juadah tersebut.Apa yang jelas ialah makanan tersebut adalah halal sekiranya diperolehi dengan jalan yang halal juga.Malah jika makanan tersebut jika dibuang , adalah suatu perbuatan yang dilarang dalam Islam kerana ia merupakan suatu pembaziran.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com