SJ-01-0131 : Hukum 'Memagar' Rumah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-01-0131 : Hukum 'Memagar' Rumah

:salam

Apakah hukumnya dan bolehkah 'memagar' rumah dengan khadam..? Benarkah ada khadam Islam atau jin Islam yg mengawal rumah..? Adakah cara 'memagar' cara ini ada pd zaman Rasulullah SAW..?
Adakah cara yg diajar oleh Rasulullah SAW utk memagar rumah..?

Harap dpt berikan dalil al-quran dan hadis yg sahih..InsyaAllah..

Syukran..

SJ-01-0131 : Hukum 'Memagar' Rumah

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya-Allah.

Memagar rumah dengan menggunakan khadam bukanlah sesuatu yang digalakkan didalam Islam. Persoalan biasa yang diutarakan oleh ulama' adalah : Apakah kita tahu bahawa bahawa Jin yang menjaga rumah kita itu benar-benar Islam ataupun tidak? Kenapa harus kita ambil resiko?

Untuk makluman penggunaan Jin Islam, sila layari URL dibawah ini:-

SJ-01-0115 : Kain Kuning dan Jin Islam
http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=35867

Nabi :saw mengajar kita menggunakan surah al-Baqarah dan ayat al-Kursi (surah al-Baqarah ayat 255) bagi melindungi diri dan rumah daripada gangguan makhluk halus ini.

Didalam sebuah riwayat dari Abdullah ibn Ubay ibn Ka'b yang diringkaskan disini, beliau telah bertemu dengan Jin yang memakan makanan simpanan Ubay.

ÝÞÇá áå ÃÈí ÝãÇ ÇáÐí íÌíÑäÇ ãäßã¿ ÞÇá: åÐå ÇáÂíÉ ÂíÉ ÇáßÑÓí Ëã ÛÏÇ Åáì ÇáäÈí - Õáì Çááå Úáíå æÓáã - ÝÃÎÈÑå ÝÞÇá ÇáäÈí ÕÏÞ ÇáÎÈíË ..
dir="ltr">Ubay bertanya kepada Jin : "Apa yang boleh melindungi kami dari kamu?". Jin menjawab : "Ayat ini, ayat al-Kursi". Kemudian keesokkan harinya dia telah pergi kepada Nabi :saw dan memberitahu baginda, dan baginda bersabda : Jin telah bercakap benar.....[Silsilah Sahihah, 7/738].

Hadith dari Abu Hurairah ra, bahawa Rasulullah :saw bersabda :

áóÇ ÊóÌúÚóáõæÇ ÈõíõæÊóßõãú ãóÞóÇÈöÑó ¡ Åöäøó ÇáÔøóíúØóÇäó íóäúÝöÑõ [æáÝÙ ÃÍãÏ : íóÝöÑø] ãöäú ÇáúÈóíúÊö ÇáøóÐöí ÊõÞúÑóÃõ Ýöíåö ÓõæÑóÉõ ÇáúÈóÞóÑóÉö
dir="ltr">"Jangan jadikan rumah kamu seperti KUBUR, sesungguhnya Syaitan terbang keluar dari rumah yang surah al-Baqarah dibaca" [Hadith Riwayat Ahmad #7762 dan Muslim #780]

Sekian, wassalam

خيرالأمين