Assalamualaikum.
Saya kurang faham tentang penentuan sesuatu hal itu bidaah atau tidak. Sebagai contoh: aqidah sifat 20 dikatakan bidaah kerana tiada nas dari al-quran atau sabdaan nabi s.a.w. bahawa sifat wajib bagi Allah itu 20. Bagaimana pula dengan pembahagian tauhid kepada tiga (rububiyah, uluhiyah dan asma wasifat) dalam salafi? Al-Quran dan nabi.s.a.w. juga tidak pernah bersabda bahawa tauhid itu terbahagi 3. Kenapa hal ini bukan bidaah walaupun tiada nas.
Contoh lain... dikatakan penentuan keluar 3 hari, 40 hari, 4 bulan dalam Jemaah tabligh dikatakan bidaah sebab tiada nas. Mengapa penentuan belajar agama 3 tahun, 4 tahun di jordan atau mesir bukan bidaah walaupun tiada nas? Juga mengajar sunnah pada hari dan waktu yang sama secara berterusan, mengapa ini bukan bidaah (adakah nabi mengajar demikian), sedangkan jika membaca yasin pada malam jumaat secara berterusan itu bidaah.
Dan banyak contoh-contoh lain lagi... minta respon dari para ustaz..
ÈÓã Çááå¡ æ ÇáÍãÏ ááå¡ æ ÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå¡ æÈÚÏ:
Bila mana kita tidak tahu tentang sesuatu , hendaklah kita bertanya pada yang tahu , sebagaimana yang disuruh oleh Allah swt dalam al-Quran.Barulah kita tidak dibebani dengan kekeliruan dan seterusnya tidak sewenang-wenangnya mengatakan itu dan ini tanpa ilmu dan pengetahuan yang jelas mengenainya.
Ringkasnya , bid’ah atau perkara yang tidak dilakukan oleh Rasulullah saw adalah dikira dari sudut ibadat sahaja.Ini kerana perkara Ibadat ialah perkara taufiqiyyah yang mana sesuatu ibadah itu dilakukan jika terdapat dalil atau suruhan agar dikerjakan perkara tersebut.Sebab itu dikatakan membaca yasin pada malam jumaat itu adalah perbuatan bid’ah kerana ianya tidak ada tunjuk ajar dari Baginda saw.
Kenapa pula perlu dikaitkan dengan tempoh masa menuntut ilmu samada 3 atau 4 tahun??..... Adakah ianya perkara ibadah??.....
Nasihat kami , sebelum kekeliruan tersebut menjadi makin tidak tentu arah , maka untuk mengatasinya , kami mencadangkan agar saudara/i yang bertanya klik ke url dibawah :
http://www.al-ahkam.net/portal-hadith/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=136
Semoga ianya bermanfaat dan in sya Allah segala kemusykilan saudara/i akan terjawab.
WA
الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com