:salam
Saya mohon penjelasan dari tuan2 disini ttg masakan di kantin di tempat keje saya kerna satu group cakap buleh makan manakala satu group lagi cakap tak buleh makan :-
1) Kalau tukang masak bukan islam, tetapi semua barang mentah adalah yg halal, kita org islam buleh makan tak ?
2) Kalau salah sorg pekerja kantin bukan islam, dan dia cuma basuh pinggan/mangkuk/cawan, adakah benda yg dicuci tu boleh digunakan oleh org islam ?
tima kasih banyak2...
:wassalam
wa’alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.
Tidak ada larangan kepada orang Islam memakan makanan yang dimasak oleh orang kafir, munafik dsb, selama-mana ia tidak melibatkan makanan yang HARAM di makan (seperti khinzir (babi)) atau minuman yang diharamkan (seperti arak, wine, dsb), dan juga binatang yang disembelih bukan dari kalangan orang Islam atau Ahli Kitab.
Begitu jugalah menggunakan pinggan, gelas dsb, yang di basuh oleh orang-orang kafir, melainkan mereka menggunakan bahan-bahan pencuci yang mengandungi benda yang haram.
Jika alas an mereka berasaskan bahawa apa-apa sahaja sentuhan orang kafir itu NAJIS, maka mereka telah tersilap didalam memahami nas al-Quran. Kenajisan orang kafir hanyalah pada aqidahnya, bukanlah tubuhnya itu nasjis secara fizikal. Berikut kami petik jawapan yang lalu mengenai isu ini :-
Kesimpulannya, anda boleh makan makanan yang dimasak oleh orang kafir selagi mana kandungan makanan tersebut halal dimakan. Sentuhan orang kafir BUKAN najis. Yang berbeza dengan kita hanyalah aqidah mereka sahaja. WA.
خيرالأمين