:salam
saya pernah mendengar hadis yang melarang solat ketika bilal sedang iqomah. adakah ini benar?
jika benar, apa yg harus dilakukan sekiranya kita sedang solat sunat sebelum zuhur misalnya, dan bilal iqomah..teruskan solat atau batalkan?
jika harus dibatalkan, bagaimana cara membatalkan..duduk dan beri salam atau tinggalkan terus?
Wa’alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.
Dari Abu Hurairah ra., Nabi :saw telah bersabda :-
Ibn Qudamah rh mentafsirkan bahawa yang dimaksudkan tiada solat adalah, apabila Iqamaah berkumandang maka usahlah disibukkan diri dengan solat sunat, samada seseorang takut tertinggal rakaat ataupun tidak. Ini adalah pandangan Abu Hurairah ra., Ibn Umar ra., Ibn Sirin, Sa’ed Ibn Jubair, al-Syafie an Abu Thawr. [al-Mughni, 1/272].
Dikalangan ulama’ berpendapat bahawa hadith ini menjadi dalil kepada sesiapa sahaja yang bersolat semasa Iqamaat dilaungkan, maka dia boleh memutuskan solat sunatnya,
Persoalan 1: Apakah dibenarkan memutuskan solat sunat dengan menyertai takbir bersama Imam?
Jawab : Ya, Jika Iqaamah sudah dilaungkan, maka hendaklah seseorang itu memutuskan solat sunat agar dia dapat bersama-sama Imam melakukan Takbir al-Ihram. [al-Lajnah al-Da’imah, 7/312].
Persoalan 2 : Apakah yang perlu dilakukan jika seseorang itu didalam rakaat ke 2 solat sunatnya?
Jawab : Menurut Ibn Utsaimin rh, Jika Iqaamah dilaungkan, jika seseorang itu telah berada pada rakaat ke DUA solat sunatnya, maka hendaklah dia meringkaskan (lakukan dengan cepat). Akan tetapi jika dia sedang didalam rakaat pertama didalam sunat sunat, hendaklah dia memutuskan solat. [al-Sharh al-Mumthi’ ‘ala Zaadil Mustaqni’, 4/238].
Persoalan 3 : Apakah seseorang yang memutuskan solat tersebut perlu memberi salam?
Jawab : Dikalangan ulama’ berpendapat bahawa seseorang yang memutuskan solat sunat didalam kes iqamaah dilaungkan, tidak perlu memberi salam. [al-Lajnah al-Da’imah, 7/312]. WA.
Sekian, wassalam
خيرالأمين