Apakah pandangan ustaz sekalian tentang rokok adakah haram atau sebaliknya ? Pasal pada tahun 1985 pernah difatwakan haram. (petikan tentang rokok : [url=http://www.tranungkite.net/c01/masrizal1.htm)]http://www.tranungkite.net/c01/masrizal1.htm)[/url]
Sumber Rujukan Islam Anda..
Jawab:
[U] SJ ulangan, sila browse archive untuk melihat perbahasan secara terperinci.
Di Malaysia, dua negeri sudah mewartakan haramnya rokok: iaitu Kedah dan Selangor. Pada peringkat antarabangsa, kami memilih Fatwa DR alImam Yusof alQaradawi (Fatawa Mu'asirat, Jld 2): Hukum rokok ialah haram kerana pembuktian sains perubatan sudah menjadi 'beyond reasonable doubt" sudah pasti 100% bahawa merokok itu membawa keburukan dari aspek kesihatan. Oleh kerana falsafah hukum Islam itu tadarruj (beransur-ansur), maka tahap keharamannya berbedza mengikut kategori perokok.
Haram yg paling berat kepada muslim yg ingin mencuba merokok atau perokok baru yg dengan mudah meninggalkannya atau perokok suka-suka, maka haramlah ia rokok itu (tanpa kompromi)
Perokok yg tegar, sudah sampai ke tahap ketagihan dan tubuh menjadi lemah jika meninggalkan merokok, maka hukum haram keatasnya diringankan sesuai dengan beberapa kaedah syara', spt akhaf adhadhurarin (diambil mudarat yg paling ringan). WA