SJ-05-0486 : Al-Fatihah mengikut imam

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0486 : Al-Fatihah mengikut imam

:salam

Saya baru menghadiri kuliah seorang doktor di sini, dalam sesi soal jawab, beliau menerangkan persoalan seorang audien berkaitan bacaan al-Fatihah.

Katanya, disebabkan ada dalil apabila kamu mendengar al Quran dibacakan maka diam jadi sebolehnya tak baca Alfatihah lepas imam selesai Al-Fatihah(solat jahr), sebaliknya baca Al-Fatihah pada setiap sela pada bacaan al-Fatihah imam, yakni,

Imam : Alfatihah ayat 1
Makmum : ikut Al-fatihah(AF) ayat satu

Imam AF ayat 2
Makmum: AF ayat 2

sehingga ketujuh2 ayat selesai.

Betulke macam ni.. first time dengor ni.

Re: Al-Fatihah mengikut imam

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Memang ada ulama menyebut, makmum digalakkan membaca Fatihah pada saktah-saktah Imam. Antara yang menaskan cara ini ialah Imam Ahmad bin Hanbal, sebagaimana riwayat al-Abdariy (Majmuk 3/365).

Saktah-saktah imam memberi maksud tempat-tempat berhenti. Bukan bermaksud waqaf-waqaf dalam bacaan Fatihah. Ini dijelaskan oleh sebahagian salaf.

Berkata Abu Salamah bin AbdulRahman, "Bagi imam ada dua saktah (tempat berhenti), maka ambillah peluang itu untuk membaca Fatihah; iaitu ketika imam mula masuk bersolat, dan ketika selesai membaca 'Waladhhoolliin'.

Berkata Urwah, "Manakala aku mengambil peluang pada dua saktah imam; iaitu selepas membaca 'Ghairil maghdubi alaihim waladhhoolliin', lalu aku membaca (Fatihah) ketika itu. Dan selepas tamat bacaan surah, aku baca sebelum imam rukuk". (Syarah Kabir Ibn Qudamah 2/12).

Kalaupun imam membaca Fatihah dengan waqaf pada tiap-tiap ayat Fatihah, secara kebiasaannya kadar waqaf adalah sekejap sahaja dan tidak sempat untuk makmum membaca ayat pada waqaf-waqaf tersebut.

Wallahu A'lam