SJ-05-0470 : Solat Dengan Isteri; Baca Kuat @ Perlahan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0470 : Solat Dengan Isteri; Baca Kuat @ Perlahan

:salam

saya ingin bertanya.. jika ingin solat sunat di rumah dengan isteri contohnya solat tahajut.. adakah perlu baca secara terang atau pun perlahan?

terima kasih..

SJ-05-0470 : Solat Dengan Isteri; Baca Kuat @ Perlahan

:salam

ÈÓã Çááå¡ æ ÇáÍãÏ ááå¡ æ ÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå¡ æÈÚÏ

Secara kaedahnya , solat yang dikuatkan bacaannya adalah solat dimalam hari.Manakala solat disiang hari , bacaannya diperlahankan.Walaubagaimana pun hukum bacaan secara “jahriyyah” atau “Sirriyyah” dalam solat ini adalah sunat.Ini bermakna , tidak salah jika mahu membaca kuat pada solat-solat siang dan membaca perlahan pada solat-solat malam.Solatnya tetap sah.Cuma ianya menyalahi sunnah sahaja.

Berbalik kepada persoalan solat tahajjud tadi , Asy-Syaikh Ibn Baz berkata :

“Sunnah pada solat malam itu ialah dengan membaca secara kuat samada solat berseorangan ataupun solat berjemaah.Maka kedudukan isterinya atau wanita-wanita lain yang ingin bersolat bersamanya hendaklah berdiri dibelakangnya , walaupun hanya seorang wanita sahaja mengikutinya (kedudukkanya adalah sama).Walaubagaimana pun , sekiranya ia bersolat seorang diri , maka ianya boleh memilih samada ingin membaca secara kuat atau pun secara perlahan sebagaimana yang disebut oleh Saidatina A’isyah r.anha ketika ditanya tentang perkara ini .Maka jawabnya :

ßÇä ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã Ýí ÕáÇÉ Çááíá ÑÈãÇ ÌåÑ æÑÈãÇ ÃÓÑ

“Adalah Rasulullah saw ketika solat di malam hari , kadang kalanya membaca kuat dan kadang kalanya membaca perlahan”

[HR Imam Ahmad :3682 , Tirmizi : 449 , An-Nasaie : 1662]

WA

Sumber :
http://www.binbaz.org.sa/mat/914

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com