SJ-13-0548 : Air yg dibaca dengan surah al-Quran

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0548 : Air yg dibaca dengan surah al-Quran

:salam

Memohon pandangan dari ahli panel berkenaan aktiviti orang Islam yg membacakan surah-surah al-Quran pada air minuman.

Apakah amalan ni sabit dengan amalan sunnah ataupun amalan dari pada para sahabat?

mohon pencerahan ttg perkara ini...

:wassalam

SJ-13-0548 : Air yg dibaca dengan surah al-Quran

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

1. Amalan membaca al-Quran pada air kemudian diberi minum kepada pesakit, jika dimaksudkan dengannya untuk mengambil berkat dengan ludahan pembacanya, maka tidak syak bahawa ia tidak masyruk, dan haram. Kerana tidak boleh diambil berkat dengan air luir atau jasad manusia, kecuali jasad Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. (Fatawa Ibn Utsaimin 1/107).

2. Jika dimaksudkan dengannya ialah menjadikan Quran sebagai ruqyah (jampian) dan air sebagai medium perantaraan sahaja, ia tidak mengapa. Kerana kaedah dalam perjampian ialah selagi ia menggunakan bacaan yang masyruk, dan tidak ada kesyirikan di dalamnya, maka ia dibolehkan.

3. Perbuatan membaca Quran pada air dan diberi minum kepada pesakit, difatwakan harus oleh ramai ulama dahulu dan sekarang. Antara imam salaf yang mengharuskannya ialah Imam Ahmad bin Hanbal.

Ibn Muflih berkata: Dinukilkan bahawa Abdullah bin Imam Ahmad pernah melihat Imam Ahmad membaca bacaan pelindung dan Quran pada air. Lalu meminum air tersebut dan menyimbah ke badannya. (Adab Syar'iyyah 2/441)

Seorang lagi anak Imam Ahmad, Soleh bin Imam Ahmad berkata: Aku pernah jatuh sakit. Lalu ayahku membaca untukku pada air, dan meludahinya. Kemudian beliau menyuruhku minum dan membasuh kepala dengannya.

4. Ibn al-Qayyim juga mengatakan harus, dan mengatakan ia adalah kaedah yang mujarab. Katanya: Pernah satu ketika waktu aku di Makkah aku jatuh sakit. Aku ketiadaan tabib dan tiada ubatan. Aku berubat dengan Fatihah. Aku mengambil sedikit air zamzam dan membaca Fatihah ke atasnya beberapa kali, lalu aku minum. Lalu aku mendapati kesembuhan yang sempurna. (Zad al-Maad 4/162)

5. Juga dari kalangan ulama mutaakkhirin, ramai yang mengharuskannya seperti: Syeikh Muhammad bin Ibrahim (Bekas Mufti KSA), Syeikh Bin Baz (Bekas Mufti KSA), Syeikh Ibn Utsaimin, Syeikh Abdul Muhsin al-Abbad dan lain-lain.

6. Adapun dari sudut amalan ini daripada Sunnah, di dalam Sunan Abi Daud, dalam kisah Nabi Sallallahu ALaihi Wasallam menjampi Tsabit bin Qais, baginda mengambil tanah dari anak-anak batu, lalu meletakkannya dalam bekas. Kemudian baginda meludahinya (dengan jampi) dengan air, dan mencurahinya ke atasnya.

Cuma, kedudukan hadis ini ada pertikaian. Albani menghukumnya Dhaif dalam silsilah dhaifnya 3/55.

7. Di dalam Musannaf Ibn Abi Syaibah, terdapat atsar daripada Aisyah, bahawa beliau berpendapat tidak mengapa membaca ayat pelindung pada air dan mencurahnya pada orang yang sakit. (No: 23509).

Kata Syeikh Abdul Muhsin Abbad: Atsar sahih.

Kesimpulan, amalan ini termasuk dalam ruqyah yang dibenarkan menurut ramai ulama salaf dan khalaf. Tidak ada unsur-unsur kesyirikan padanya. Kecuali jika dimaksudkan dengannya mengambil berkat dengan ludahan pembaca.

Wallah A'lam.