SJ-05-0482 : qadha zolat kerana haidh

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0482 : qadha zolat kerana haidh

a'kum ustaz,

mengapakah kalau haid berhenti pada waktu asar, diwajibkan qadha solat zohor. begitu juga kalau berhenti pada waktu isya', diwajibkan qadha solat maghrib?

harap penjelasan. terima kasih

SJ-05-0482 : qadha zolat kerana haidh

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Jika haidh terhenti sebelum terbenam matahari maka wanita itu wajib bersolat Zohor dan Asar. Dan jika haidh terhenti sebelum terbit fajar, maka hendaklah bersolat Maghrib dan Isyak.

Ini adalah pendapat jumhur fuqaha dan juga mazhab Maliki, Syafie dan Hanbali. Ia diriwayatkan daripada beberapa sahabat, Abdul Rahman bin Auf dan Ibn Abbas r.a.

Pendapat ini juga diriwayatkan daripada Tawus, Mujahid, dan az-Zuhriy.

Imam Ahmad mengatakan, "Ia adalah pendapat keseluruhan tabieen kecuali Hasan seorang sahaja".

Hujah kepada pendapat ini ialah, waktu Asar juga adalah waktu bagi Zohor dalam keadaan uzur. Dan waktu Isyak juga adalah waktu bagi Maghrib dalam keadaan uzur.

Sebagaimana apabila kita bermusafir, kita boleh menjamakkan solat dengan bersembahyang Maghrib pada waktu Isyak, dan bersembahyang Zohor pada waktu Asar.

Wallahu A'lam.

rujukan:

- Syarh Kabir, Ibn Qudamah
- Fatawa Kubra Ibn Taimiyyah