SJ-13-0566 : Feqah Fatwa

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0566 : Feqah Fatwa

:salam
2 minggu lepas, ketika nak solat jumaat... saya ada terbaca di papan kenyataan sebuah masjid, tentang fatwa majlis kebangsaan berkenaan "Hukum Salam bukan Mahram"... apa yang membimbangkan saya ialah, fatwa yg dibuat itu akan disalah erti oleh golongan2 tertentu dgn mengatakan tak salah salam antara lelaki dan perempuan...walaupun kita sedar memang ada ketikanya kita dibolehkan utk menyambuat salam yg dihulur oleh org yg bukan mahram kita. Tapi, yg bertambah konfius lagi, kenapa bab ini pula yg dikeluarkan fatwa, sedangkan banyak lagi perkara yang lebih "muhim" dan sepatutnya difatwakan oleh mereka. Mohon pandangan panel berkenaan dengan salam bukan mahram. terima kasih
:wassalam

Re: Fatwa Kebangsaan

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Apa yang saudara utarakan adalah berkait dengan Feqah Berfatwa. iaitu kebijakan seseorang mufti atau badan fatwa dalam mengeluarkan atau menghebahkan sesuatu fatwa.

Jika fatwa tersebut adalah semata-mata kajian persendirian atau kajian akademik yang tidak disebarkan kepada orang awam, seseorang mufti bebas mengutarakan pendapatnya berdasarkan tarjihan dan hujahan. Tetapi jika ia menjadi sebaran umum, hendaklah dilihat kepada beberapa sudut lagi.

Bukan hanya dilihat dari sudut kekuatan dalil atau pentarjihannya, tetapi mesti juga dilihat kepada realiti semasa dan kaedah-kaedah lain seperti maslahah umum dan sadd al-zaraie.

Sebagai contoh, Syeikh Al-Albani berfatwa bahawa muka wanita bukan aurat. Ya, ia adalah berdasarkan ijtihad beliau. Tetapi, ada ulama (seperti Syeikh Abdul Muhsin al-Abbad) menyatakan fatwa beliau ini adalah fatwa yang wajar tidak disebarkan kepada umum. Ia adalah demi mengelakkan mafsadah iaitu bimbang dimanipulasi oleh golongan-golongan yang menyeru kepada pendedahan muka oleh wanita-wanita muslimah.

Demikian apa yang saudara utarakan. Andaikata ada badan fatwa berpendapat bahawa boleh bersalaman antara lelaki dan wanita bukan mahram, fatwa seperti ini tidak wajar disebarkan secara umum. Kerana ia mengundang kepada mafsadah yang besar, iaitu dipergunakan oleh golongan hawa nafsu untuk menghalalkan perbuatan maksiat mereka.

Wallahu A'lam.