:salam
ada satu riwayat hadith mengenai solat berjemaah para sahabat dengan Nabi S.A.W. (saya ringkaskan tulisannya)
selepas Nabi S.A.W. bangun dari rukuk maka kami terus berdiri sehingga kami melihat Nabi S.A.W. benar benar telah meletakan wajahnya diatas lantai, baru kemudian kami mengikuti beliau (sujud) (Muslim 2/46). persoalannya bagaimana kita ingin mengetahui yang para imam telah sempurna sujudnya! jika solat kita ni kita tak dapat melihat perbuatan/pergerakan imam.
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ-05-0515 : Bagaimana Mengetahui Pergerakan Imam
Primary tabs
Tue, 05/01/2010 - 10:10am
#1
SJ-05-0515 : Bagaimana Mengetahui Pergerakan Imam
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
Pergerakan imam boleh diketahui oleh makmum melalui cara melihatnya iaitu bagi makmum-makmum yang berada hampir dengan imam, seperti di saf-saf awal.
Bagi mereka yang tidak dapat melihat imam, seperti jemaah di saf belakang atau jemaah wanita di balik tabir, boleh mengetahui pergerakan imam melalui suaranya menyebut takbir intiqalat.
Wallahu A'lam.
http://abuumair1.wordpress.com