SJ-03-0138 : air limpahan/limbah & soal najis semasa bersuci

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0138 : air limpahan/limbah & soal najis semasa bersuci

Assalamualaikum

1) air limbah kira najis tak. i.e kalo dalam rumah apartment, rumah atas punye saluran air mandi bocor, menitik ke bawah. problem gak kalo nak wuduk ke mandi hadas ke.

2) semasa wuduk/mandi hadas, kalo ada najis e.g air di soalan di atas menitik, atau pakaian utk wuduk ada najis, atau selipar ada najis kat tapak ke.. effect sah tidaknya bersuci tak?

3) bagaimana kalo time mandi wajib terkencing.. kene repeat balik tak step2 mandi janabah tu dari awal

Re: air limpahan/limbah dan soal najis semasa bersuci

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Jawapan 1 – Jika air tersebut berubah salah satu sifatnya (bau, rasa atau warna) karena bercampur dengan sesuatu yang najis maka hukumnya najis secara ijma’dan tidak sah digunakan untuk bersuci.

Jawapan 2 – Terkena Najis tidak membatal wudhu’. Apa yang perlu anda lakukan adalah membersihkan tempat yang terkena najis tersebut. Allah swt memerintah agar dibuangkan najis yang terkena pada pakaian :-

وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ
“Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.”[al-Muddaththir :4]

Jawapan 3 – Semasa mandi janabah, ketika itu keluar air kencing, mandi tersebut masih sah. Diwajibkan untuk berwudhu’ selepas mandi janabah tersebut jika ingin menunaikan solat.

Berkata Ibn Utsaimin rh,

ولا يجب عليه أن يتوضأ بعد الغسل ، إلا إذا حصل ناقض من نواقض الوضوء أثناء الغسل أو بعده ، فيجب عليه أن يتوضأ للصلاة
“seseorang itu tidak perlu melakukan wudhu’ selepas mandi, akan tetapi jika sesuatu yang membatalkan wudhu’ berlaku ketika mandi atau selepasnya , maka dia hendaklah berwudhu’ untuk solat” [Majmu fataawa Ibn Utsaimin, 11/228].

Sekian, wassalam

خيرالأمين