SJ-08-0129 : Inhaler & asap rokok, bezanya ketika berpuasa?

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-08-0129 : Inhaler & asap rokok, bezanya ketika berpuasa?

:salam

Moga dirahmati Allah...

Ada pandangan yang mengatakan..inhaler utk sakit asma/lelah digunakan ketika perpuasa tidak membatalkan puasa...kerana ia hanya lekat di paru2 jer...tak sampai ke perut...

Manakala asap rokok yang ulamak menginstinbatkan batal puasa jika menyedutnya...

Persoalannya...

1) Apa beza dari segi instinbat hukum para ulamak tersebut??
2) Adakah asap rokok sampai ke perut dan menyenyangkan sehingga ia membatalkan??

Tolong beri penjelasan...sekian, terima kasih. :wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Inhaler & asap rokok...apa bezanya ketika berpuasa?

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah, kami akan cuba menjawab dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Orang yang hisap rokok akan terbatal puasanya tanpa khilaf. Namun, bagi hukum menggunakan inhaler, ulama' masakini menyatakan bahawa tidak batal puasa menggunakannya (walaupun ada juga ulama' berpendapat inhaler membatalkan puasa kerana sifatnya seperti rokok, sampai kepada perut).

Dibawah ini dipaparkan perbezaan inhaler dan menghisap rokok :-

1. Inhaler - dikatakan menggunakan gas. Dimana gas ini akan meresap didalam tengkorok dan paru-paru. Ia tidak sampai diperut.
rokok - menggunakan asap yang mengandungi partikel yang akan sampai ke perut

Berkata Ibn Utsaimin rh : فلأن له جرماً يصل إلى الجوف والمعدة - Sesungguhnya asap rokok mengandungi partikel yang sampai kepada perut. [Fataawa Islamiyyah, 2/128].

Dr. Muzammil Siddiqi mengatakan bahawa seseorang itu apabila bernafas juga akan menghidu moisture, dan begitu jugalah sifat inhaler.

2. Dari segi istilah. rokok menurut orang arab adalah minuman. Seseorang itu dikatakan meminum rokok dan bukan menghisap rokok. Syiekh Ibn Utsaimin rh ketika ditanya mengenai rokok tidak membatalkan puasa, beliau menjawab :-

أرى أنه قول لا أصل له ، بل هو شرب ، وهم يقولون : إنه يشرب الدخان ، ويسمونه شرباً "Saya berpendapat bahawa pandangan ini tidak ada asas, malah ia adalah sejenis minuman. Mereka berkata : sesungguhnya dia minum asap; menamakan hisap rokok dengan makna minum" [Fataawa al-Siyyam, ms 203].

3. Inhaler - merupakan satu keperluan kepada mereka yang memerlukan kerana tujuan perubatan. Syiekh Abdul Aziz bin Baaz rh. berpendapat bahawa penggunaan inhaler adalah dibenarkan berdasarkan firman Allah :"...padahal Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkanNya atas kamu, kecuali apa yang kamu terpaksa memakannya?" [surah al-An'am : 119].

Rokok - perkara yang memudharatkan, membawa kepada kebinasaan diri.

4. Dari segi hukum : rokok hukumnya haram, inhaler harus.

Sekian, wassalam

خيرالأمين

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-08-0129 : Inhaler & asap rokok, bezanya ketika berpuasa?

Salam

Perlu diberi perhatian bahawa hukum menggunakan inhaler semasa berpuasa hukumnya bergantung samada gas/wap tersebut sampai ke perut atau tidak. Jika ia sampai kepada perut, maka puasa tersebut terbatal.

Sebagaimana pendapat Syeikh Dr Ahmad al-Kurdi, Ahli Majlis Fatwa Kuwait, Syeikh Dr Said Ramadan al-Bouti (Prof di Universiti Damsyik), Dr Wahbah al-Zuhaily, dll, bahawa inhaler ini membatalkan puasa. Berikut adalah petikan jawapan Dr Wahbah :-

Soalan : Apakah hukum menggunakan spray/inhaler bagi mengubati asthma semasa berpuasa?

Jawapan : Penggunaan spay/inhaler untuk mengubati asthma membatalkan puasa sebagaimana fatwa beberapa ulama' kontemporari dan telah sampai imsak menghormati bulan tersebut, dan keatasnya dikenakan fidyah sebanyak hari-hari yang dia berbuka. Ada juga pendapat sebahagian yang lain bahawa inhaler tidak batal puasa. Telah dikhabarkan kepadaku dari anakku, seorang pakar perubatan mengenai spray/inhaler didalam perubatan, bahawa pandangan yang lebih tepat adalah sebagaimana yang awal (iaitu batal puasa).

sumber : http://www.fikr.com/zuhayli/fatawa_p31.htm

Ramai juga pakar perubatan mendapati bahawa gas dan ubat tersebut walaupun kebanyakkannya pergi ke tengkorok dan paru-paru, akan tetapi akhirnya ada yang sampai kepada perut. Sebab itulah mereka berpendapat inhaler membatalkan puasa. WA.

sekian, wassalam

خيرالأمين