SJ-04-0120 : Kadar air Wudhu' Rasulullah s.a.w

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-04-0120 : Kadar air Wudhu' Rasulullah s.a.w

ustaz,
kalau tidak silap saya, pernah Rasulullah menegur sahabatnya yg melampau dalam berwudhu'...dan kita tahu air ditmpt Islam turun (bumi Mekah & Madinah) sangat berharga....

jadi soalan sy berapakah kadar mengikut sunnah air yg digunakan oleh baginda semasa mengambil wudhu'??
kalau boleh ust kemukakan jika ada pdpt dari mazhab...syukran ::wink:

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Kadar air Wudhu' Rasulullah s.a.w

:salam

Apa yang jelas , terdapat hadis yang menceritakan tentang kadar air wudhuk Rasulullah saw , iaitu hadis daripada Anas bin Malik al-Ansary r.a :

كان رسول الله (ص) يتوضأ بالمد ويغتسل بالصاع إلى خمسة أمداد

Adalah Rasulullah saw berwudhuk dengan satu Mud dan mandi dengan satu Sho' hingga lima Mud.
(HR Imam Bukhari : 201 dan Muslim : 325)

*Mud ialah cupak : ukuran untuk 1 cupak : 625 gram = 750 ml.
Sho' ialah gantang : ukurannya bersamaan dengan 4 cupak = 3 liter air.

Inilah petunjuk nabi saw tentang ukuran atau sukatan air yang menjadi satu amalan sunnah untuk diikuti.Ini kerana perbuatan membazir atau melampau dan berlebih-lebihan dalam berwudhuk adalah satu perbuatan yang dilarang dalam Islam.

Malah disebut oleh Al-marwazi r.h : Sesungguhnya Imam Ahmad apabila berwudhuk , hampir tidak membasahi bumi / tanah tempat ia berwudhuk.

WA

Ruj :

Mukhalafat fi al-Thoharah wa Al-Solat ( 1/34 )
Taudhih Al-Ahkam min Bulughil Maram

الراجي رحمة ربه الجوّاد
http://aljawhar.wordpress.com