SJ – 2231 : FARAIDH ~ RM 20,000 & 4 EKAR TANAH

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2231 : FARAIDH ~ RM 20,000 & 4 EKAR TANAH

:salam
:smirk: harta pusaka kalau tak diuruskan dgn betul boleh membawa kpd masalah keluarga. jadi bagaimana harta ini dpr dibahagikan mengikut hukum syarak dng betul.
sbg contoh, sebuah keluarga mengandungi 5 org. suami ,isteri dan 2 org anak lelaki dan seorang anak perempuan. Ibu dan ayah kpd suami dan isteri masih ada.
keluarga itu memiliki Rm 20,000.00 dan mempunyai 4 ekar tanah.
jadi soalannya :
1) jika suami meninggal , jadi bagaimana cara bahaginya dgn cara yg betul.

2)jika isteri meninggal , jadi bagaimana cara bahaginya dgn cara yg betul.

:mad: :confused:

Re: SJ – 2231 : FARAIDH ~ RM 20,000 & 4 EKAR TANAH


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ – 2231 : FARAIDH ~ RM 20,000 & 4 EKAR TANAH

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara ADN yang sentiasa memeriahkan suasana ilmu di dalam web al-Ahkam online ini .

Kami bersetuju dengan pandangan saudara yang mengatakan bahawa jika harta-pusaka ( faraidh ) tidak diuruskan dengan baik sebagai mana yang ditunjukkan oleh ajaran Islam , maka sudah pasti ianya akan membawa kepada bala-bencana di kalangan hidup manusia .

Lantaran itulah Allah Ta’ala telah menurunkan sebuah peraturan hidup kepada manusia . Peraturan-peraturan itu sendiri telah terkandung di dalam pengajaran Al-Quranul Karim dan As-Sunnah .

Jika ada sebuah kereta yang rosak , kepada siapakah akan dibawa kereta tersebut ? . Tentulah : Mekanik ( pomen ) .

Jika ada seekor kucing yang sakit , kepada siapakah yang akan dibawa kucing itu ? . Tentulah : Doktor haiwan .

Jika ada atap yang bocor sudah tentu kita tidak memanggil pereka-grafik untuk membetulkannya , bahkan kita akan memanggil seorang “ tukang rumah “ .

Maka , jika makhluk ini sudah mulai rosak dan kacau-bilau , maka siapakah lagi yang amat mengetahui mengenai makhluk itu kalau bukannya Allah Ta’ala , Tuhan yang telah menjadikan semua makhluk itu !!?? .

Kerana itulah Allah Ta’ala telah berfirman :


ÃóáóÇ íóÚúáóãõ ãóäú ÎóáóÞó æóåõæó ÇááøóØöíÝõ ÇáúÎóÈöíÑõ


Ertinya : “Apakah Allah Yang menciptakan itu tidak mengetahui (yang kamu lahirkan atau rahasiakan); dan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui ? “ ~ Surah Al-Mulk : Ayat 14.

Berbalik kepada masalah yang ditimbulkan oleh Saudara ADN :

MASALAH PERTAMA :

Si mati meninggalkan RM 20,000 dan 4 ekar tanah kepada seorang isterinya , 2 orang anak lelakinya dan seorang anak perempuannya . Maka ;

Isteri : 1/8 = RM 2,500/= & ½ ekar tanah.

2 Orang anak lelaki : { Baki } Setiap seorang drp mereka berdua memperolehi : RM 7,000/= & 1.4 ekar tanah .

Seorang anak perempuan : RM 3,500/= & 0.7 ekar tanah.

MASALAH KEDUA :

Si mati meninggalkan RM 20,000 dan 4 ekar tanah kepada seorang suaminya , 2 orang anak lelakinya dan seorang anak perempuannya . Maka ;

Suami : ¼ = RM 5,000/= & 1 ekar tanah .

2 orang anak lelakinya : Setiap seorang memperolehi : RM 6,000/= & 1.2 ekar tanah.

Seorang anak perempuan : RM 3,000/= & 0.6 ekar tanah .

Semoga ada manfaatnya jawapan ini .

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
5 / Dzulhijjah / 1423 H
6/ Febuari / 2003 M

KHAMIS – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum

Re: SJ – 2231 : FARAIDH ~ RM 20,000 & 4 EKAR TANAH


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Pertama , saya memohon ribuan kemaafan drp Saudara ADN khasnya dan saudara-saudari pengunjung al-Ahkam.online amnya kerana saya tersilap di dalam memahami permasalahan yang dikemukakan .

Ketersilapan itu disebabkan saya tidak perasan bahawa si mati ada meninggalkan seorang ayah dan seorang ibunya . :o

Oleh kerana ada pertambahan dari segi ahli pewaris harta-pusaka , maka jawapannya pun sudah tentu berbeza dengan masalah di atas. Dan jawapannya sebagai mana berikut ini , dengan taufiq dan ‘inayah drp Allah Ta’ala . Insya-Allah :

MASALAH PERTAMA :

Si mati meninggalkan RM 20,000 dan 4 ekar tanah kepada seorang isterinya , kedua-dua ibu – bapanya , 2 orang anak lelakinya dan seorang anak perempuannya . Maka ;

Isteri : 1/8 = RM 2,500/= & ½ ekar tanah.

Kedua-dua ibu-bapanya : Masing-masing menerima : RM 3, 300/= & 0.65 ekar tanah .

2 Orang anak lelaki : { Baki } Setiap seorang drp mereka berdua memperolehi : RM 4,400/= & 0.90 ekar tanah .

Seorang anak perempuan : RM 2,200/= & 0.45 ekar tanah.

MASALAH KEDUA :

Si mati meninggalkan RM 20,000 dan 4 ekar tanah kepada suaminya, kedua-dua ibu – bapanya , 2 orang anak lelakinya dan seorang anak perempuannya . Maka ;

Suami : ¼ = RM 5,000/= & 1 ekar tanah .

Kedua-dua ibu-bapanya : Masing-masing menerima : RM 3, 300/= & 0.65 ekar tanah

2 orang anak lelakinya : Setiap seorang memperolehi : RM 3,360/= & 0.70 ekar tanah.

Seorang anak perempuan : RM 1,680/= & 0.35 ekar tanah .

Semoga ada manfaatnya jawapan ini .

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
5 / Dzulhijjah / 1423 H
6/ Febuari / 2003 M

KHAMIS – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum