SJ-2305: Antara Mendengar Majlis Ilmu Vs Solat Sunat Tahhiya

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2305: Antara Mendengar Majlis Ilmu Vs Solat Sunat Tahhiya

Assalamu'alaikum,

Rata-rata kita mendengar ustaz-ustaz mengatakan bahawa solat sunat tahhiyatul masjid tidak perlu lagi apabila ada majlis ilmu di masjid kerana mendengar majlis ilmu itu wajib manakala solat tahhiyatul masjid itu sunat sahaja. Ganjaran pahala solat tahhiyatul masjid itu secara automatik akan masuk dalam ganjaran pahala majlis ilmu itu. Hujahnya ialah sekiranya kita seorang masbuq, kita akan terus mengikut imam menunaikan solat fardu tanpa perlu lagi solat sunat tahhiyatul masjid.

Kemusyikilan saya di sini ialah ada terdapat hadith sahih Rasulullah s.a.w yang mana seorang sahabat datang lewat solat Jumaat yang mana ketika itu baginda sedang menyampaikan khutbah. Sahabat itu terus duduk untuk mendengar khutbah baginda. Baginda terus menegur sudahkah beliau menunaikan solat 2 rakaat (tahhiyatul masjid). Sahabat itu jawab belum. Dengan serta-merta baginda menyuruh sahabat itu bangun dan solat 2 rakaat.

Dari hadith ini, saya berkesimpulan bahawa solat tahhiyatul masjid masih perlu dilakukan walaupun ketika itu ada majlis ilmu. Ini kerana kalau dikirakan "the order of precedence" bagi hal wajib, mendengar khutbah Jumaat adalah lebih utama dari mendengar majlis ilmu. Khutbah Jumaat adalah sebahagian upacara Solat Jumaat.

Ini hanya pendapat saya semata-mata. Saya harap dapat penjelasan dari pihak panel ke atas kemusyikilan saya ini.
Wassalam.

Re: SJ-2305: Antara Mendengar Majlis Ilmu Vs Solat Sunat Tah

:wassalam
Jwb:
Pendapat yg rajih ialah disunatkan solat tahyatul mesjid hatta kuliah agama sedang bermula. Dalilnya : HR Bukhari (Sahih: 1/315; Muslim: 2/597; Sunan Abu Daud: 1/291; Sunan Ibn Majah: 1/353; Musnad asySyafi'iy:1/63; Sunan alBaihaqee alKubra: 3/194; Sahih Ibn Khuzaymah: 2/353) dari Jabir ra," Sesungguhnya Nabi saw memerintah Sulaik alGhatfani ketika masuk mesjid dan Nabi saw sedang berkhutbah, lalu ia duduk sebelum ia solat dua raka'at supaya ia solat."
Adapun bagi si masbuq yg masuk mesjid dan qamat sudah dilakukan, maka gugurlah keperluan solat sunat ini berdasarkan hadis aljama'ah (kecuali Bukhari)," apabila telah diqamatkan utk solat, maka tiada lagi solat, kecuali solat fardhu."
Jalan penyelesaian:
Jika kita tahu ada kuliah agama di mesjid selepas Maghrib misalnya. Kita datang awal sikit ke mesjid, solat sunat tahyatul mesjid, solat sunat berjama'ah dan selepas itu kita duduk mendengar kuliah. Bila kita solat di rumah dan kemudian ke mesjid, maka jadilah isu spt di atas. WA