000016-SJ-THAHARAH: baju telah digigit anjing

Primary tabs

1 post / 0 new
000016-SJ-THAHARAH: baju telah digigit anjing

Quote:
Saya nak tanya sikit pasal najis ni. Kisahnya macam ni. Beberapa tahun lalu, ada sehelai baju saya telah digigit anjing. So lepas tu baju tu telah diambil balik oleh kakak saya dan dia kata dia akan menyamak baju tersebut. Saya tak ingat, seminggu atau dua minggu lepas tu saya dapati baju itu ada dalam campuran baju-baju yang dah dibasuh. Bila saya tanyakan pada dia samada dah samak ke belum, dia kata belum. Lalu saya ambil keputusan untuk membuang sahaja baju tersebut. Soalan saya
ialah :

1. Sekiranya baju tersebut tidak disamak dan dibasuh bercampur dengan pakaian lain, adakah najis itu 'berjangkit' dengan baju-baju yang lain?

2. Sekiranya jawapan nya ialah 'ya', adakah seterusnya baju-baju lain juga akan 'menjangkiti' baju-baju yang lain pula dan pemakai-pemakainya yang lain ?

3. Saya sangat musykil dengan jangkitan najis ini sebab terdapat sangat banyak kemungkinan yang kita boleh terkena dalam aktiviti seharian kita seperti makanan dari pasar dan sebagainya.

Jawapan
Oleh kerana kes ini telah berlaku beberapa tahun lalu; maka apa yang sudah berlalu lantaran
kejahilan kita maka dima'afkan oleh syara'. Najis anjing (terutama jilatannya) adalah termasuk
najis berat dan jumhur fuqaha' (ulamak feqah) berpendapat ia perlu di basuh dengan air tanah.

Maka berhati-hatilah untuk masa depan.

Kedua: kemungkinan jangkitan najis anjing di pasar? Apa yang ghaib dari kita tak usah di
risaukan. Selagi belum nyata dan pasti ia adalah najis anjing atau babi, maka tak perlu
dirisaukan. Selalunya pasar yang menjual daging khinzir di pisahkan dari ruang jual-beli umat
Islam dan barangan yang mendapat cop halal JAKIM adalah bebas dari bahan yang haram.

sekian
thtl for al ahkam online