Benarkah Dakwaan Agensi Berita Syiah Sekitar Laporan Ceramah Ust Nasim Di Masjid SPU

Kekecohan Berlaku Ketika Ustaz Nasim Ceramah Tentang Syiah Di P. Pinang

Oleh zain-ys
 

Berikut ini petikan dari abna.ir iaitu agensi berita Syiah Imamiyah di sekitar isu ceramah Ust Nasim di Masjid SPU. Saya sendiri hadir dalam ceramah berkenaan dan akan cuba menjelaskan apa yang termampu:


Tidak tahan dengan soalan hadirin | Sesi soal jawab ceramah anti-Syiah terpaksa dihentikan
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Hasrat seorang penceramah memfitnah mazhab Syiah menemui kegagalan apabila sesi soal jawab ditutup sekaligus meragukan orang ramai terhadap isi kandungan ceramahnya.

Ahmad Nasim Abdul Rauf, dikatakan memberikan ceramah selama dua jam di Masjid Daerah Seberang Perai Utara pada 15 Jun lalu untuk mengkafirkan mazhab Syiah.

Akibat tidak tahan dengan soalan yang ingin dikemukakan oleh para hadirin, sesi soal jawab terpaksa dihentikan oleh pihak masjid atas alasan belum menunaikan solat Isya. Malangnya penceramah dikatakan melarikan diri tanpa menunaikan solat terlebih dahulu setelah terpukul malu dan tidak bersedia menghadapi kritikan.

Masyarakat awam yang menghadiri program ceramah anti-Syiah selalunya meragui kempen muballigh Wahabi apabila para hadirin tidak diizinkan mengaju soalan mereka.

Golongan Wahabi al-mujassimah giat menganjurkan berbagai aktiviti anti-Syiah seperti seminar, ceramah, mengedarkan buku untuk dengan memperalatkan masjid menarik simpati orang ramai terhadap persepsi mereka terhadap Syiah sekaligus ingin menerapkan kepercayaan Allah berjisim di dalam masyarakat.

Antara akidah sesat yang dipegang oleh golongan Wahabi ialah Allah (s.w.t) berupa seorang pemuda dan berambut kerinting. [abna.ir]



Komen saya:
Dakwaan Syiah 1: Hasrat seorang penceramah memfitnah mazhab Syiah menemui kegagalan apabila sesi soal jawab ditutup sekaligus meragukan orang ramai terhadap isi kandungan ceramahnya.

Jawab: Para hadirin dari awal hingga akhir saya lihat begitu khusyuk dan tekun mendengar penjelasan ustaz Nasim. Mereka tidak berganjak selama 2 jam. Penyoal yang bertanya dengan emosi menyebabkan para hadirin bertambah yakin dengan apa yang disampaikan oleh Ustaz Nasim.


Dakwaan Syiah 2: Akibat tidak tahan dengan soalan yang ingin dikemukakan oleh para hadirin, sesi soal jawab terpaksa dihentikan oleh pihak masjid atas alasan belum menunaikan solat Isya. Malangnya penceramah dikatakan melarikan diri tanpa menunaikan solat terlebih dahulu setelah terpukul malu dan tidak bersedia menghadapi kritikan.

Jawab:  Ustaz Nasim bukan melarikan diri. Beliau juga bukan tidak solat Isyak untuk menutup malu. Berikut ini jawapan dari Ust Nasim sendiri:
"yg sbnrnya mlm tu kami smpi lwt skt..sesat skt.. bila sampai ana terus sampaikan ceramah..tak smpt solat. habis kuliah ana nk solat sndiri sbb nak buat jamak ta'khir n qasar isya'.. pihak msjid suruh solat dlm pej.."

Kalau kita tengok video, kita dengan jelas dapat melihat ustaz Nasim memang mahu menjawab soalan dari syiah berkenaan tetapi pihak penganjur berpendapat waktu tidak mengizinkan. Waktu sudah berlalu selama lebih dari 2 jam. Kalau pihak penganjur membenarkan ust Nasim menjawab barangkali akan berlanjutan hingga 3 atau 4 jam. Penganjur mencadangkan agar kalau nak berdebat, diadakan satu majlis khas untuk itu di lain ketika.


Dakwaan Syiah 3: Golongan Wahabi al-mujassimah giat menganjurkan berbagai aktiviti anti-Syiah seperti seminar, ceramah, mengedarkan buku untuk dengan memperalatkan masjid menarik simpati orang ramai terhadap persepsi mereka terhadap Syiah sekaligus ingin menerapkan kepercayaan Allah berjisim di dalam masyarakat.

Jawab: Ustaz Nasim tidak ada kena mengena dengan Wahabi. Pihak penganjur pula adalah pihak masjid Daerah Seberang Perai Utara, bukan masjid persendirian. Jadi mereka memang tidak ada kena mengena langsung dengan Wahabi.


Dakwaan Syiah 4: Antara akidah sesat yang dipegang oleh golongan Wahabi ialah Allah (s.w.t) berupa seorang pemuda dan berambut kerinting.

Jawab: Puak Wahabi kena jawab, benarkah kamu berpegang dengan akidah  seperti di atas.

Dakwaan-dakwaan lain insyaallah, Ustaz Nasim dan para hadirin yang hadir pada malam itu akan menjawabnya.