Hadis-hadis Popular (1): Manfaatkan untuk dirimu sendiri terlebih dahulu

Manfaatkan untuk dirimu sendiri terlebih dahulu (ابدأ بنفسك)

Dari Jabir r.a. dia berkata;
Seorang lelaki dari Bani Udzrah memerdekakan hamba sahayanya dengan tebusan. Berita itu sampai kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bertanya kepada pemilik hamba itu: "Masih adakah hartamu selain hamba itu?"

Orang itu menjawab, "Tidak, wahai Rasulullah."
Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pun bersabda: "Siapakah yang mau membeli hamba itu daripadaku?"

Akhirnya hamba itu pun dibeli oleh Nu'aim bin Abdullah Al Adawi, dengan harga lapan ratus dirham yang diserahkannya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, dan beliau meneruskannya kepada pemilik hamba sahaya itu.

Kemudian baginda bersabda kepadanya: "Manfaatkanlah wang ini untuk dirimu sendiri terlebih dahulu, bila ada bakinya maka untuk keluargamu, jika masih ada baki, maka untuk kaum kerabatmu, dan jika masih berbaki, maka untuk orang-orang di sekelilingmu." (Sahih) (Sahih Muslim Kitab Zakat:1663, Sunan al-Nasa'i - Kitabul Buyu': 4573)

[Petikan kitab: Al-Ahaadith an-Nabawiyah al-Mutadawalah Fi Hayatina al-Yaumiyah, Dr Athif al-Miliji]


Matan Hadis
عَنْ أَبِي الزُّبَيْرِ عَنْ جَابِرٍ قَالَ
أَعْتَقَ رَجُلٌ مِنْ بَنِي عُذْرَةَ عَبْدًا لَهُ عَنْ دُبُرٍ فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ أَلَكَ مَالٌ غَيْرُهُ فَقَالَ لَا فَقَالَ مَنْ يَشْتَرِيهِ مِنِّي فَاشْتَرَاهُ نُعَيْمُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الْعَدَوِيُّ بِثَمَانِ مِائَةِ دِرْهَمٍ فَجَاءَ بِهَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَدَفَعَهَا إِلَيْهِ ثُمَّ قَالَ ابْدَأْ بِنَفْسِكَ فَتَصَدَّقْ عَلَيْهَا فَإِنْ فَضَلَ شَيْءٌ فَلِأَهْلِكَ فَإِنْ فَضَلَ عَنْ أَهْلِكَ شَيْءٌ فَلِذِي قَرَابَتِكَ فَإِنْ فَضَلَ عَنْ ذِي قَرَابَتِكَ شَيْءٌ فَهَكَذَا يَقُولُ فَبَيْنَ يَدَيْكَ وَعَنْ يَمِينِكَ وَعَنْ شِمَالِكَ