SJ – 2238 : DOKTOR MUSLIM DALAM DILEMA “ ABORTION “ & FI

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2238 : DOKTOR MUSLIM DALAM DILEMA “ ABORTION “ & FI

:salam wbt

Saya berterima kasih kpd ahli panel Ust. THTL dan juga Ust. Pendekar atas jawapan bagi masalah cincin Zhulian dan juga soalan-soalan saya sebelum ini. Saya betul-betul puas hati atas jawapan dan keterangan yang diberikan... :D

Baiklah, di sini saya ingin menanyakan satu persoalan :

Apakah hukumnya jika seorang doctor yg Islam melakukan proses pengguguran ke atas pesakitnya yg bukan Islam ....bukan disebabkan masalah-masalah kesihatan yg boleh menjejaskan nyawa?

[="green"] Pengguguran tersebut adalah kehendak pesakit ( Non-muslim) tersebut dan juga pasangannya....perhaps mereka masih tidak mahu mempunyai cahaya mata atas alasan masih muda....ataupun utk menyembunyikan keterlanjuran mereka drpd pengetahuan ahli keluarga. [/]

Utk pengetahuan ahli panel sekelian, masalah ini menjadi dilema bagi doctor-doctor Islam yg bertugas di negara-negara barat, eropah dan china apabila berdepan dgn pesakit-pesakit non-muslim. Perkara ini juga menjadi masalah kpd doctor-doctor Islam di Malaysia yg membuka klinik sendiri.

Saya berharap ahli-ahli panel dpt menjawab persoalan ini. Jika tidak keberatan, sertakan sekali nas-nas dan juga dalil-dalil.

:wassalam :confused:

Re: SJ – 2238 : DOKTOR MUSLIM DALAM DILEMA “ ABORTION “ &amp


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ – 2238 : DOKTOR MUSLIM DALAM DILEMA “ ABORTION “ & FIQH MINORITI MUSLIMIN

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara Sabilillah4ever yang sentiasa peka dengan ilmu-ilmu yang mempunyai hubungan secara langsung dengan Allah Ta’ala dan agama-Nya . Tidaklah perlu saudara berterima kasih kepada kami di sini kerana kami bukanlah hebat , hanya menjalankan amanah agama dan menyiarkan pengetahuan-pengetahuan Islam kepada masyarakat .

Kami – di al-Ahkam online – pula ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada saudara kerana berjaya melanjutkan pengajian di dalam bidang perubatan di USM , Kubang Kerian . Mudah-mudahan ilmu dan pengalaman yang saudara dapati nanti , dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk menolong sesama manusia dan dapat juga digunakan sebagai wasilah dakwah Islam .

Berbalik kepada soalan saudara . Masyarakat Islam yang berada di sesebuah negara yang majoritinya adalah bukan Islam , hendaklah tidak menyepi daripada sebarang majlis-majlis pengajian agama , khasnya yang berkaitan dengan perkara-perkara yang mesti diketahui oleh setiap orang Islam , tidak kira sama ada dia adalah orang yang belajar di dalam ikhtisas pengajian Islam ataupun sebagai orang awam ( Fardhu ‘Ain ) .

Ilmu berkenaan dengan masyarakat Islam yang berada jauh di negara-negara yang dikuasai oleh masyarakat bukan Islam dikenali di dalam istilah – istilah ilmu-ilmu Islam sebagai “ FIQH al-AQALLIYAT al-MUSLIMAH “ ( Kefahaman yang berkaitan dengan minoriti muslimin ) . Ianya juga dinamakan sebagai “ FIQH al-MUSGHTARIBIN “ ( Kefahaman mengenai segala permasalahan yang ada kaitan dengan komuniti muslimin sebagai golongan pendatang – imigran ) , dan kadang-kadang fiqh ini juga digelar sebagai “ FIQH al-MUSLIMIN FI GHAIR al-MUJTAMA’ al-ISLAMI “ ( Kefahaman mengenai komuniti umat Islam yang mendiami kawasan yang dimiliki oleh masyarakt bukan Islam ) .

Mengenai masalah menggugurkan anak ( ÇáÅÌåÇÖ ) . Perbincangan dan hukum mengenainya dibahagikan oleh para fuqaha’ ( cendekiawan Islam di dalam ilmu-ilmu Fiqh ) kepada dua bahagian iaitu ; { 1 } – Apabila janin itu masih belum mencapai usia 120 hari ( 4 bulan ) , dan { 2 } – Apabila janin itu melebihi 120 hari ( 4 bulan ) .

JIKA JANIN ITU MASIH BELUM MENCAPAI USIA 4 BULAN :

4 bulan adalah waktu ditiupkan roh ke dalam jasad seseorang yang berada di dalam kandungan ( sbg mana hadist sahih yang diriwayatkan oleh Al-Imam al-Bukhari rh dan Al-Imam Muslim rh ) . Dan para fuqaha’ ( rh ) telah menyatakan mengenai hukum mengenai pengguguran janin yang berusia kurang drp 4 bulan sebagai mana berikut :

1 – BOLEH DILAKUKAN WALAUPUN TIDAK ADA SEBARANG ALASAN YANG KUAT DARI SUDUT AGAMA DAN ILMU PERUBATAN ~ Mazhab Az-Zaidiah , Sebahagian ulama’ bermazhab Hanafi , Maliki , Asy-Syafi’e dan Hanbali .

2 – BOLEH DILAKUKAN APABILA ADANYA ALASAN YANG KUAT DARI SUDUT AGAMA DAN ILMU PERUBATAN ~ Pandangan sebahagian ulama’ bermazhab Hanafi dan Asy-Syafi’e .

3 – IANYA ADALAH MAKRUH ~ Pandangan sebahagian lain daripada ulama’ bermazhab Maliki.

4 – IANYA ADALAH HARAM JIKA TIADA SEBARANG ALASAN YANG KUAT DARI SUDUT AGAMA DAN ILMU PERUBATAN ~ Pendapat terkuat daripada mazhab Maliki , Zohiriah , Al-Ja’afariah dan Al-Ibadhiah .

JIKA PENGUGURAN DILAKUKAN APABILA JANIN ITU SUDAH MENCAPAI USIA 4 BULAN DAN LEBIH :

Haram dilakukan pengguguran apabila janin itu sudah mencapai usianya 4 bulan dan lebih KECUALI jika ada alasan yang benar-benar kuat dan boleh dipercayai dari sudut ilmu agama dan ilmu perubatan , maka di saat itu hukum asalnya ( HARAM ) berubah menjadi harus / boleh kerana kaedah fiqh ada menyebut :


ÇáÖÑæÑÇÊ ÊÈíÍ ÇáãÍÙæÑÇÊ


Keadaan-keadaan dharurat ( terpaksa ) itu boleh mengharuskan ( dilakukan ) perkara- perkara yang dilarang ( haram )

Oleh itu , jika seorang doktor yang beragama Islam itu benar-benar percaya ( menurut ilmu perubatan ) bahawa jika janin itu ( sama ada ianya belum berusia 4 bulan ataupun lebih ) benar-benar boleh membahayakan kesihatan si ibu , maka tidaklah mengapa jika ianya digugurkan drp kandungan ibunya .

Adapun jika pasangan yang meminta agar si doktor itu menggugurkan janin di dalam kandungan itu TIDAK BERKAHWIN secara sah menurut ketentuan-ketentuan agama mereka ( lebih-lebih lagi jika mereka berdua beragama Islam ) , maka HARAM bagi si doktor muslim itu melakukan proses pengguguran itu kerana ianya telah terlibat ( bersubahat ) membantu pasangan itu melakukan maksiat dan jenayah pembunuhan . Apatah lagi jika ada doktor – doktor muslim yang memang sedia membantu , maka akan bertambah suburlah pula budaya zina dan seks bebas . Wal’iyadzu BilLahi Min Dzalik .

Tapi , jika pasangan yang meminta itu TIDAK BERKAHWIN SECARA SAH ( menurut agama masing-masing ) dan kandungan itu pula BENAR-BENAR BOLEH MEMBAHAYAKAN ibunya , maka tidaklah mengapa si doktor muslim itu membantu menggugurkan kandungan itu kerana si doktor muslim itu bukanlah bermaksud membantu ataupun bersubahat dengan pasangan itu untuk melakukan dosa , sebaliknya membantu mereka menghilangkan kesulitan dan kesengsaraan .

Maka , yang jelas pada kita ialah seseorang doktor muslim itu sendiri pula hendaklah memohon fatwa ( bertanya pendapat ) daripada dirinya sendiri apabila hendak melakukan proses pengguguran kandungan : “ APAKAH YANG AKAN AKU LAKUKAN INI BENAR-BENAR PERLU DAN DIBENARKAN OLEH AGAMA DAN ILMU YANG KU TUNTUT ? “ .

Ilmu-ilmu itu sendiri ( bukan sahaja ilmu-ilmu agama ) mesti dipelajari dan dipraktikkan secara AMANAH . Dan dengan sikap amanah inilah seseorang itu boleh menjauhkan dirinya drp sebarang kemurkaan Allah Ta’ala .

Mudah-mudahan sikap amanah kita terhadap agama dan ilmu-ilmu kita tidak pudar dan hilang daripada kita semua . Amin .

****************************************

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

1 – FATAWA WAL AHKAM LIL MARAH al-MUSLIMAH
Oleh : Al-‘Allamah Syeikh ‘Atiah Saqr ( ha )
( Bekas Pengerusi Lujnah Fatwa Al-Azhar )
ms 236
Terbitan : Maktabah Wahbah , Kaherah

2 – AL-FATAWA al-ISLAMIAH ( Jilid 9, ms 3093 – 3109 )
( Himpunan Fatwa Mufti-Mufti Mesir Dahulu – Kini )
Terbitan : Majlis Tertinggi Hal-Ehwal Islam , Kementerian Waqaf Mesir

3 – FI FIQH al-AQALLIAT al-MUSLIMAH
Oleh : Al-‘Allamah Al-Imam Prof . Dr . Yusuf Al-Qaradhawi ( ha )
Terbitan : Darul Shurook , Kaherah

4 – AL-AQALLIAT ad-DINIAH
Oleh : Al-‘Allamah Al-Imam Prof . Dr . Yusuf Al-Qaradhawi ( ha )
Terbitan : Al-Maktab al-Islami , Beirut – Damsyiq – ‘Amman

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
6 / Dzulhijjah / 1423 H
7/ Febuari / 2003 M

JUMAAT – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum