SJ – 2316 : HUKUM MEMPELAJARI TAJWID

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2316 : HUKUM MEMPELAJARI TAJWID

:salam

Apakah hukumnya jika seseorang itu tidak pandai membaca Al-Quran, jika org tersebut sudah berumur adakah masih wajib keatasnya. Ada pihak menyatakan belajar membaca Al-Quran itu tidak wajib, tetapi apabila hendak membaca Al-Quran mempelajari Tajwid itu wajib :confused:

Wallahualam

Re: SJ – 2316 : HUKUM MEMPELAJARI TAJWID


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ – 2316 : HUKUM MEMPELAJARI TAJWID

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara semutapi yang budiman di atas soalan yang berharga itu .

Firman Allah Ta’ala :


æóÑóÊøöáö ÇáúÞõÑúÂäó ÊóÑúÊöíáðÇ

Ertinya : “ Dan bacalah Al-Quran itu secara tartil “ ~ Surah al-Muzammil , ayat ke-4 .

Apakah “ TARTIL “ yang dimaksudkan dengan ayat di atas ??? :

Ianya ada beberapa makna , namun kesemuanya menunjukkan bahawa “ tartil “ itu ialah :

1 – Membaca Al-Quranul Karim dengan baik dan mengikuti kaedahnya yang betul .

2 – Membaca Al-Quranul Karim secara “ tadabbur “ ( memahami pengertian dan kehendak sesuatu ayat ) .

3 – Membaca Al-Quranul Karim dengan suara yang elok dan indah ( yang tidak lari daripada kaedahnya ) .

Dan ini semua bermakna WAJIB MEMPELAJARI ILMU TAJWID sebab firman Allah Ta’ala sudah cukup menunjukkan ialah adalah perintah yang wajib ( mesti ) !!! .

Kalau mengikut Ilmu Usul – Fiqh : “ Setiap arahan asalnya menunjukkan wajib “ . Dan ianya masih dihukum wajib ( mempelajari Tajwid ) selagi tiada apa-apa dalil yang kuat yang boleh mengubah kewajipan ini ! .

Tajwid ( ÊÌæíÏ ) daripada kalimah berbahasa Arab yang bermakna : “ Memperelokkan dan memperbaiki “ .

ILMU TAJWID ( Úáã ÇáÊÌæíÏ ) pula ialah satu ilmu / seni dan kaedah-kaedah untuk memperbetulkan bacaan kita tatkala kita membaca Al-Quranul Karim .

Baginda Rasulullah s.a.w pernah memuji Saidina Abu Musa al-Asya’ari r.a yang mempunyai kepandaian membaca Al-Quranul Karim dengan sabdanya :


Úóäú ÃóÈöí ãõæÓóì ÑóÖöíó Çááøóåõ Úóäúåõ Úóäö ÇáäøóÈöíøö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÞóÇáó áóåõ íóÇ ÃóÈóÇ ãõæÓóì áóÞóÏú ÃõæÊöíÊó ãöÒúãóÇÑðÇ ãöäú ãóÒóÇãöíÑö Âáö ÏóÇæõÏó

Daripada Saidina Abu Musa al-Asya’ari r.a , Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepadanya : “ Wahai Abu Musa ! ,engkau ini betul-betul telah dianugerahkan semacam “ serunai” ( kepandaian membaca Al-Quranul Karim ) sebagai mana serunai-serunai yang dimiliki oleh keluarga Nabi Daud a.s “ . ~ Hadist sahih diriwayatkan oleh Al-Imam al-Bukhari rh.

Maka , apabila wajib membaca Al-Quranul Karim secara TEPAT & SESUAI dengan kehendak Ilmu Tajwid , maka ini juga bermakna mempelajari Ilmu Tajwid adalah wajib . Sebab , bagaimana boleh membaca Al-Quranul Karim dengan betul dan tepat kalau kita tidak pernah mempelajari Ilmu Tajwid secukup-cukupnya !? . ( Kaedah : Ma La Yatiiimu al-wajib illa bihi fa huwa wajib ) .

Quote:
Ada pihak menyatakan belajar membaca Al-Quran itu tidak wajib, tetapi apabila hendak membaca Al-Quran mempelajari Tajwid itu wajib

JAWAPAN KAMI :

Kita sudah pun menjawab soalan ini di atas . Dan cubalah pula saudara bertanya kepada pihak yang berkata demikian : “ Sejak bila anda cuba menjadi ahli fasafah dan pandai bermain kata-kata ??? “ . :grin:

Hati-Hati dengan “ ahli-ahi falsafah segera “ ni ya !! . :lazerburn

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

****************************************

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

ILMU TAJWID AL-QURAN
Oleh : Al-Fadhil Ustaz Hasan Mahmud al-Hafiz ( ha )
Terbitan : Pustaka Al-Mizan , Kg. Baru, KL


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
26 / Dzulhijjah / 1423 H
27/ Febuari / 2003 M

KHAMIS – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum