SJ – 2318 : MENGAPA BERMATA JULING ?

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2318 : MENGAPA BERMATA JULING ?

Assalamualaikum…

Ana ada sedikit kemusykilan…

Sahihkah hadis yang mengatakan apabila seseorang lelaki itu mendatangi isterinya daripada belakang, maka anak yang dilahirkannya adalah juling?

Re: SJ – 2318 : MENGAPA BERMATA JULING ?

:salam

Hadis penuh yg saudara nyatakan ialah seperti berikut:

Hadis Jabir r.a katanya:
Orang-orang Yahudi telah mendakwa apabila seseorang lelaki bersetubuh dengan isterinya melalui farajnya dari arah belakang akan menyebabkan anak yang dilahirkan akan menjadi juling. Lalu turunlah ayat yang bermaksud: "Perempuan-perempuan iaitu isteri kamu merupakan tempat kamu bercucuk tanam, buatlah apa yang kamu suka mengikut selera terhadap ladang kamu itu"

Hadis di atas adalah hadis shahih. Apa yg saudara musykilkan adakah benar mendatangi isterinya daripada belakang boleh menyebabkan anak juling. Jawapannya tidak.

Re: SJ – 2318 : MENGAPA BERMATA JULING ?

:salam

Saya sekadar edit sistem penomboran SJ sahaja .

Jawapan yang diberikan oleh Al-Fadhil Naib al-Ustaz gayat from UK with love sudah memadai .

Sekian dari meja editor anda :grin:

:wassalam