SJ – 2608 : BATASAN - BATASAN AURAT & SELUAR TERKOYAK (

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2608 : BATASAN - BATASAN AURAT & SELUAR TERKOYAK (

Assalamualaikum....

Merujuk jawapan yg diberikan oleh saudara pendekar berkenaan tajuk yang saya kmukakan tempoh hari.Saya kurang berpuas hati dengan jawapan itu sebab jawapannya tidak nengenai sasaran.Soalan yang sepatutnya dijawab ialah kalau di kelangkang seluar kita itu terdapat jahitan yang tertanggal dan koyakan itu tidaklah menampakkan aurat kalau dilihat secara biasanya tetapi kalau diteliti secara dekat dan dibelek, barulah aurat itu kelihatan.Adakah ia juga menyebabkan tidak sah di bawa solat? :before

Re: SJ – 2608 : BATASAN - BATASAN AURAT & SELUAR TERKOYA


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ – 2608 : BATASAN - BATASAN AURAT & SELUAR TERKOYAK ( BHG KE-2 )

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara Pedang Malam kerana sekali lagi mengirimkan soalannya mengenai masalah yang sama dengan masalah yang telah dijelaskan kelmarin : SJ – 2605 : BATASAN - BATASAN AURAT & SELUAR TERKOYAK http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=14059

Maafkan saya disebabkan saya tidak dapat memenuhi kehendak saudara yang mahukan saya menjawab soalan saudara yang lalu dengan tepat 100 % , dan saya sedar inilah kelemahan saya .

Bertanya dan menjawab soalan di dalam ALAM SIBER ini memang tidak semudah seperti bersoal-jawab di antara ustaz dan murid secara bersemuka ( face to face ) dan memang tulisan sendiri tidak mampu menterjemahkan 100 % apakah kehendak sebenar hati kita . Kerana itulah saya selalu tegaskan bahawa al-Ahkam Online TIDAKLAH SEPATUTNYA dijadikan pusat rujukan pertama dan utama hukum-hakam agama , yang patut diutamakan ialah kuliah-kuliah pengajian agama di masjid-masjid dan surau-surau ataupun di rumah-rumah orang perseorangan , kerana di situ saudara-saudari lebih bebas bertanya secara efektif dan secara bertubi-tubi dan keterangan pula boleh didapati secara lisan dan praktikal . al-Akam Online HANYALAH pusat rujukan kepada masalah-masalah berbangkit / lanjutan , dan BUKANNYA tempat yang sesuai bagi mereka yang baru hendak mengenal Fardhu ‘Ain .

‘Ala kulli hal ( bagaimana pun ) saya akan cuba menyelami kembali persoalan saudara ini , mudah-mudahan kita semua diberikan kefahaman sebenar oleh Allah Ta’ala .

Soalan Saudara :

Soalan yang sepatutnya dijawab ialah kalau di kelangkang seluar kita itu terdapat jahitan yang tertanggal dan koyakan itu tidaklah menampakkan aurat kalau dilihat secara biasanya tetapi kalau diteliti secara dekat dan dibelek, barulah aurat itu kelihatan.Adakah ia juga menyebabkan tidak sah di bawa solat?

Jawapan Saya Lagi :

1 ~ Adakah orang yang bersembahyang itu memakai seluar dalam ataupun tidak ? . Jika dia memakainya , maka TIDAKLAH MENGAPA ( SAH ) seluar di luar ataupun kain itu koyak hatta di bahagian kelangkang sekalipun , ini disebabkan seluar dalam itu sudah menutup aurat ( kemaluan ) si dia .

Kalau dia tidak memakai seluar dalam ( terus berseluar panjang ataupun berkain sarung tanpa ada seluar dalam ) maka sudah tentu kalau ada koyak itu ( walaupun kecil ) akan menampakkan juga aurat ( kemaluan ) si dia . Oleh itu di dalam situasi ini sembahyangnya TIDAK SAH .

Begitulah jua jika terkoyak di bahagian tepi sehingga menampakkan pangkal peha , kalau ada seluar dalam dipakai ( apatah lagi seluar dalam jenis boxer yg agak panjang sedikit ) , maka sembahyangnya SAH walaupun ada koyakan di tepi bahagian seluar / kain sarung itu .

2 ~ Adakah saudara bermaksud dengan perkataan “ jahitan yang tertanggal dan koyakan “ itu ialah BENANG & JAHITAN YANG SUDAH TETAS ? .

Jika ya , maka masalahnya samalah dengan masalah yang saya nyatakan di atas .

3 ~ Apakah yang saudara maksudkan dengan “ koyakan itu tidaklah menampakkan aurat , tetapi jika DIBELEK-BELEK barulah nampak aurat ( di kelangkang itu ) ? “ .

Siapa pula yang hendak “ membelek-belek “ koyakan itu , adakah masa saudara sembahyang , saudara sendiri hendak membelek-beleknya sehingga nampak pula aurat suadara ? . :eyecrazy

Ataupun adakah ada orang di belakang saudara yang kerjanya membelek-belek ( kerobek ) koyakan yang kecil itu sehingga menjadi terbuka lalu ternampaklah aurat saudara ? . Jika ya memang ada , maka itu bukanlah manusia tetapi syaitan yang memang mahu mengganggu orang bersembahyang !!! . :devil

Andaian yang saudara lakukan ini tidak lebih daripada andaian semata-mata , dan ia menyusahkan pula saudara untuk beribadat dengan tenang dan khusyuk .

4 ~ Atau , sebenarnya seluar itu tidak koyak , tetapi ia SEAKAN-AKAN koyak / tetas benangnya . Memang pada seluar slack ( di bahagian punggung ) ada kesan jahitan dan benang dan ia SEAKAN-AKAN koyak sebab ada lubang-lubang kecil ( yang sangat kecil ) .

Oleh itu ia TIDAKLAH DIANGGAP TERKOYAK disebabkan ia bukanlah koyakan , Cuma ia adalah kesan jahitan dan benang . Bezakanlah di antara kedua-dua itu !!! .

Kalau lubang-lubang kecil itu pun dikira sebagai koyakan sedangkan ia bukanlah koyakan , maka ini bermakna saudara sudah mempersulitkan perkara-perakara yang mudah . Islam tidak pernah menyuruh kita check seluar kita sampai ke tahap lubang-lubang kesan jahitan benang itu pun mahu diberat-beratkan . :spamafote

Sesiapa yang memberatkan urusan yang Allah Ta’ala mudahkan , maka dia memang akan sentiasa merasa susah untuk melaksanakan tuntutan agama Islam yang mudah ini .

Cubalah saudara perhatikan baik-baik seluar panjang yang saudara miliki ( khasnya seluar slack ) yang dijual di kedai-kedai dan bandingkanlah pula dengan jawapan yang saya berikan ini .

4 ~ Kalau saudara masih sangsi , maka jalan lain bagi menyelesaikannya ialah :

{ a } ~ Bertanya kepada mana-mana ustaz yang berdekatan dengan rumah saudara secara langsung ( live ) dan saudara boleh bersoal-jawab bertubi-tubi dengannya secara lebih agresif dan afektif serta lebih bebas .

{ b } ~ Jahitlah seluar ataupun kain yang terkoyak di bahagian kelangkang itu ( bagi seluar ) dengan jahitan yang kemas dan kuat .

{ c } ~ Kalau masih ragu , pakailah seluar di bahagian dalam demi menutup lubang-lubang yang kecil itu . Pilihlah seluar dalam yang tebal sedikit dan agak panjang daripada seluar dalam biasa ( contohnya jenis boxer ataupun pakai aje seluar hawaii di dalam ) .

{ d } ~ Kalau masih juga tidak yakin , maka janganlah lagi dipakai seluar ataupun kain itu . Belilah seluar lain yang tidak ada lubang walaupun lubang jahitan di bahagian punggung , contohnya seluar jeans ataupun seluar “ jungle tracking “ seperti jenama CAMEL , SNAIL dan seumpamanya ( seluar gantung ) .

{ e } ~ Kalau itu pun masih tidak meyakinkan saudara , maka saudara sebenarnya ada “ penyakit “ iaitu penyakit was-was yang ditiup-tiup oleh syaitan durjana . Syaitan-syaitan inilah yang sentiasa berusaha menyebabkan was-was di kalangan umat Islam sehingga perkara-perkara yang mudah dipersulit-sulitkan walhal itu bukanlah tuntutan agama .

Lawan penyakit was-was ini ialah dengan banyak duduk di dalam majlis ilmu , khasnya kuliah-kuliah agama . Pergilah ke kuliah-kuliah agama dengan membawa nota dan buku pengajian seolah-olah kita masuk semula ke alam persekolahan . Dan silalah bertanya kepada guru kita di dalam kuliah itu mengenai apa yang tidak kita fahami . Jangan pula hanya si guru yang membawa kitab tetapi murid-murid hanya kerjanya ketawa dan melopong !!! .

Al-Ahkam Online BUKANLAH TEMPAT UTAMA untuk dirujuk permasalahan agama , tetapi ia adalah ALTERNATIF & ALAT BANTUAN kepada sistem yang lebih utama ( kuliah , ceramah dan mengaji talaqqi ) . :srug

Maafkan saya wahai saudara jika saya agak keras sikit di dalam jawapan ini dan memang realtinya kadang-kadang seseorang guru itu perlu berkeras dengan anak muridnya demi memudahkan lagi si murid itu kenal apakah punca sebenar yang dihadapi olehnya .

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

1 ~ al-FIQHUL ISLAMI WA ADILLATUH
Oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaily ha
{ Ketua Jabatan Fiqh & Perbandingan Mazhab , Universiti Damsyiq , Syiria }
Jilid : I , Halaman : 738 – 757
Terbitan : Darul Fikr , Beirut ( 1997 )

2 – MU’UJAM al-MUSTOLAHAT WAL ALFAZ al-FIQHIYYAH
Oleh : al-‘Allamah Dr. Mahmud Abdul Rahman Abdul Mun’iem
{ Pensyarah Usul Fiqh di Fakulti Syariah & Undang-Undang , Universiti al-Azhar asy-Syarif , Kaherah , Mesir }
Jilid : 2 , Halaman : 556 – 557
Terbitan : Darul Fadhilah , Kaherah


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
10 / Rabi’ul Akhir / 1424 H
10 / Jun / 2003 M

SELASA ~ Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum