SJ – 2619 : HUKUM UNGKAPAN “ KEEP YOUR FINGERS CROSSED “

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2619 : HUKUM UNGKAPAN “ KEEP YOUR FINGERS CROSSED “

Assalamualaikum.

Saya mewakili pihak Pentadbir dan Warga e-Group Relexjap.

Salah seorang warga grup telah bertanyakan hukum penggunaan ungkapan 'keep your fingers crossed' dan beberapa warga lain merasa was-was dengannya.

Menurut salah seorang warga yang telah melakukan kajian sendiri di World Wide Web (WWW), asal usul kalimah "keep your fingers crossed" itu telah bertitik tolak sebelum kewujudan agama Kristian lagi. Menurut informasi tersebut lagi, kalimah berkenaan sebenarnya merupakan tanda 'good luck' ataupun bila 'making a wish'; digunakan sebagai 'figure of speech' dan tidak ada kena mengena dengan mana-mana agama pun, baik Kristian atau apa jua.

Pada pandangan sesetengah warga, ungkapan ini bukanlah sebagai suatu 'doa', malah perbuatan 'menyilang jari' itupun sebenarnya tidaklah membabitkan sebarang perlakuan zahir (seperti menadah tangan untuk berdoa).

Semoga penjelasan pihak Tuan dapat meleraikan kemusykilan ini.

Wassalam.

Pentadbir Relexjap - 'Gedung Ilmiah Internet Malaysia'
http://groups.yahoo.com/group/Relexjap

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ – 2619 : HUKUM UNGKAPAN “ KEEP YOUR FINGERS CROSSED “


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ – 2619 : HUKUM UNGKAPAN “ KEEP YOUR FINGERS CROSSED “

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara pentadbir warga e-Group Relexjap . Kami mengucapkan syabas dan tahniah di atas usaha saudara membangunkan Relexjap e-Group dan di atas semangat saudara yang cintakan agama Islam yang merupakan kurniaan Ilahi .

Sebelum kami memberikan jawapan terhadap ungkapan : “ KEEP YOUR FINGERS CROSSED “ ( Jadikan Jari-Jemari Anda Membuat Tanda Silang ) , maka marilah kita perhatikan terlebih dahulu firman Allah Ta’ala dan Sabda Baginda Rasulullah s.a.w mengenai sikap Yahudi dan Kristian .

Firman Allah Ta’ala di dalam Surah al-Baqarah , ayat 120 :


æóáóä ÊóÑúÖóì Úóäßó ÇáúíóåõæÏõ æóáÇó ÇáäøóÕóÇÑóì ÍóÊøóì ÊóÊøóÈöÚó ãöáøóÊóåõãú Þõáú Åöäøó åõÏóì Çááøåö åõæó ÇáúåõÏóì æóáóÆöäö ÇÊøóÈóÚúÊó ÃóåúæóÇÁåõã ÈóÚúÏó ÇáøóÐöí ÌóÇÁßó ãöäó ÇáúÚöáúãö ãóÇ áóßó ãöäó Çááøåö ãöä æóáöíøò æóáÇó äóÕöíÑò

Huraian Ringkas Ayat : " Janganlah kamu menyusahkan dirimu demi memuaskan para pembangkang dari kalangan orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi rela. Sungguh mereka itu tidak akan merelakanmu sehingga kamu mau menjadi pengikut agama yang dalam pandangan mereka itu berisi petunjuk. Katakan kepada mereka, "Tidak ada yang lebih benar daripada petunjuk yang diturunkan Allah dalam Islam." Barangsiapa tergoda untuk mengikuti kehendak hawa nafsu mereka setelah mengetahui kebenaran yang Kami turunkan kepadamu, maka sungguh mereka tidak akan mendapatkan pelindung dan penolong dari azab neraka selain Allah..

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w :


ÍóÏöíËõ ÃóÈöí ÓóÚöíÏò ÇáúÎõÏúÑöíøö ÑóÖöíó Çááøóåõ Úóäúåõ ÞóÇáó : ÞóÇáó ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó áóÊóÊøóÈöÚõäøó Óóäóäó ÇáøóÐöíäó ãöäú ÞóÈúáößõãú ÔöÈúÑðÇ ÈöÔöÈúÑò æóÐöÑóÇÚðÇ ÈöÐöÑóÇÚò ÍóÊøóì áóæú ÏóÎóáõæÇ Ýöí ÌõÍúÑö ÖóÈøò áóÇÊøóÈóÚúÊõãõæåõãú ÞõáúäóÇ íóÇ ÑóÓõæáó Çááøóåö ÂáúíóåõæÏó æóÇáäøóÕóÇÑóì ÞóÇáó Ýóãóäú

Ertinya : Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “ Kamu pasti akan mengikuti sunnah ( cara ) orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehinggakan mereka masuk ke dalam lubang biawak kamu tetap mengikuti mereka. Kami bertanya: Wahai Rasulullah, apakah yang kamu maksudkan itu adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani¿ Baginda bersabda: Kalau bukan mereka, siapa lagi ? “ ~ Hadis Sahih diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari rh dan al-Imam Muslim rh .

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

Kembali kepada permasalahan yang sedang kita bincangkan , iaitu berkenaan ungkapan : “ KEEP YOUR FINGERS CROSSED “ ( Jadikan Jari-Jemari Anda Membuat Tanda Silang ) .

Agama Kristian yang kita lihat pada hari ini BUKANLAH SATU AJARAN yang dibawa oleh Baginda Nabi Isa a.s itu sendiri , akan tetapi ia merupakan satu agama baru ( doktrin ) yang telah dibawa oleh St. Paul dengan membawa masuk banyak ajaran , falsafah dan unsur-unsur luaran ke dalam Agama Kristian .

Saya mencadangkan beberapa buku yang baik untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan kita semua di dalam masalah ini , termasuklah sejarah kemasukan unsur-unsur luaran ke dalam ajaran Kristian .

1 – PERBANDINGAN AGAMA – Oleh K.H Agus Hakim
( Buku yang menceritakan A – Z mengenai berbagai agama daripada berbagai sudut , khasnya Aqidah dan Sejarah )
Terbitan : CV Diponegoro , Bandung ( 1996 ) .

2 – PERBANDINGAN AGAMA : AGAMA KRISTEN – Oleh Prof. Dr Ahmad Syalaby
( Buku yang menceritakan A – Z mengenai Agama Kristian daripada berbagai sudut , khasnya Aqidah dan Sejarah )
Terbitan : PT. Al-Ma’arif , Bandung ( Cetakan ke-10 ).
Ada juga terbitan Pustaka Nasional , Singapura dengan naskah dan edisi yang lebih menarik .

3 – ISLAM MENJAWAB
Oleh H. Abdullah Wasian
Terbitan : Media Dakwah , Jakarta Pusat ( 1989 ) .

4 – AGAMA KRISTIAN : SATU ANALISA DAN PERBANDINGAN
( Buku yang menceritakan A – Z mengenai Ajaran Kristian daripada berbagai sudut , khasnya Aqidah dan Sejarah )
Oleh : Othman Ibrahim
Terbitan : Pustaka Aman Press Sdn . Bhd ( 1994 ) .

Dan Cuba lihat artikel kami berkenaan pengasas agama Kristian yang sebenar ; St. Paul :
ST . PAUL : ADAKAH TERMASUK DARIPADA GOLONGAN “ AL-HAWARIYYUN “ ?
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=artikel&Number=8529

Begitulah juga dengan pegangan mereka terhadap TRINITY ( Tritunggal / Tuhan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 ) , SALIB , PATUNG MARY & JESUS dan sebagainya . Itu semua bukanlah ajaran asal yang dibawa oleh Baginda Nabi Isa a.s bahkan ia adalah satu “ cedokan daripada ajaran-ajaran luaran “ yang telah dilakukan oleh St. Paul di dalam usaha merosakkan ajaran yang pernah dibawa oleh Baginda Nabi Isa a.s itu sendiri .

Salib itu sendiri adalah warisan budaya Kaum Romawi Kuno dan Greece Kuno , yang mana mereka sebelum ini adalah kaum penyembah berhala , akhirnya salib itu sendiri menjadi satu ritual keagamaan Kristian sehingga ke hari ini .

Maka tidaklah pelik jika ungkapan : “ KEEP YOUR FINGERS CROSSED “ itu sendiri juga WALAUPUN DIKATAKAN bukan berasal daripada ajaran Kristian ( sbg mana dakwaan sebahagian para pengkaji di e-Group saudara ) , akan tetapi ia sendiri TELAH MENJADI DARAH-DAGING & SYIAR KEBESARAN AGAMA KRISTIAN itu sendiri ! .

Dan apabila ia telah menjadi syiar , simbol dan kebesaran agama Kristian itu , maka HARAM bagi mana-mana umat Islam untuk turut sama “ MEMPROMOSIKANNYA “ dengan apa cara sekalipun , hatta sebagai ungkapan ataupun sebagai isyarat .

Bukan itu sahaja , ungkapan dan isyarat itu sendiri boleh menyebabkan rosaknya Aqidah dan batalnya Iman serta boleh menyebabkan seseorang itu menjadi murtad . Wal’iyadzu BilLahi Min Dzalik .

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

Quote:

Menurut informasi tersebut lagi, kalimah berkenaan sebenarnya merupakan tanda 'good luck' ataupun bila 'making a wish'; digunakan sebagai 'figure of speech' dan tidak ada kena mengena dengan mana-mana agama pun, baik Kristian atau apa jua.

Pada pandangan sesetengah warga, ungkapan ini bukanlah sebagai suatu 'doa', malah perbuatan 'menyilang jari' itupun sebenarnya tidaklah membabitkan sebarang perlakuan zahir (seperti menadah tangan untuk berdoa).

Kami Jawab :

Benarkah begitu ? dan benarkah ungkapan itu tiada kena mengena dengan mana-mana agama termasuk agama Kristian ? .

Pernahkah saudara-saudari budiman menonton cerita HANTU daripada Hollywood ? , contohnya filem DRACULA dan seumpamanya ? . :devil

Cuba lihat , apakah yang dilakukan oleh para pendita Kristian apabila mereka tidak berjaya mengusir hantu-setan itu ( apabila kayu salib mereka patah ) ? . Tentunya mereka akan menjadikan jari-jemari bersilang sebagai TANDA SALIB yang mereka sembah .

Dan di dalam ungkapan masyarakat Inggeris sendiri ada menyebut perkataan : “ CROSS ONESELF “ iaitu membuat tanda salib pada badan sendiri .

Oleh itu bukankah ini adalah satu bukti bahawa ungkapan ataupun isyarat TANGAN BERSILANG itu sendiri adalah TANDA SALIB KRISTIAN yang menjadi simbol kebesaran agama itu ? .

Baiklah , kemudian ada pula pihak yang mengatakan bahawa tanda itu adalah “ making a wish “ ( membuat permintaan ) ? . Permintaan itu sendiri adalah WISH kerana doa juga hendaklah disertakan dengan harapan ( wish ) agar ianya ditunaikan oleh Tuhan .

Adakah umat Islam berdoa ( membuat permintaan ) daripada Allah Ta’ala dengan jari-jemari yang bersilang ? . Sudah tentu tidakkkkkk !!! .

Oleh itu umat manakah yang berdoa kepada Tuhan mereka dengan jari-jemari bersilang seperti itu ? , sudah tentulah UMAT KRISTIAN ! .

Begitulah juga dengan andaian bahawa ungkapan ataupun isyarat itu hanyalah sebagai “ GOOD LUCK “ . Kalau benar begitu , kami pun ingin bertanya kembali : “ Daripada siapakah dimohon kejayaan dan tuah itu ? . Apakah ada umat Islam memohon tuah dan kejayaan daripada Allah Ta’ala dengan menggunakan isyarat tangan bersilang seperti itu ? “ . Tentu sahaja TIDAK ADA di kalangan umat Islam berdoa ( bermohon ) kepada Allah Ta’ala sedemikian rupa . Jadi jika tiada , para penganut agama apakah yang berbuat demikian ? . Semua akan menjawab : PARA PENGANUT AGAMA KRISTIAN !!! .

Yang jelas sekarang ungkapan dan isyarat itu sebenarnya adalah DAKYAH / PROPAGANDA AGAMA KRISTIAN yang disebarkan demi menyesatkan umat Islam . Umat Islam tidak menjadi sesat hanya dengan menukar agama mereka , bahkan boleh juga menjadi sesat dengan mempromosikan agama-agama selain Islam seperti tatacara dan budaya seperti ini .

Apakah sudah tiada ungkapan ataupun isyarat lain untuk menunjukkan “ GOOD LUCK “ sehingga umat Islam mesti bertaqlid ( membuta-tuli / membabi-buta ) mengikut semua budaya yang dibawa oleh masyarakat bukan Islam ??? .

Umat Islam sepatutnya mesti memiliki jatidiri dan imej tersendiri dan sepatutnya kitalah yang menjadi contoh ikutan mereka dan bukannya sebaliknya .

Mudah-mudahan Allah Ta’ala menyelamatkan kita daripada segala taktik dan strategi jahat mereka yang hendak menyesatkan kita secara halus lagi licik . Amin Ya Rabbal ‘Alamin .

Sekianlah sahaja jawapan daripada kami mengenai hal itu . Kami juga menjemput al-Fadhil Saudara menj dan al-Fadhil Saudara Khiruslan yang sudah biasa berdebat dengan golongan misionari Kristian untuk turut sama memberikan ulasan mereka sekitar permalasalahan ini .

Jangan lupa untuk melihat juga masalah yang hampir serupa , yang ramai juga di kalangan umat Islam yang melakukannya :

SJ – 2186 : LAGU-LAGU BERUNSUR KESESATAN & MASööALAH TERSASUL
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=13481

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
14 / Rabi’ul Akhir / 1424 H
14 / Jun / 2003 M

SABTU ~ Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum