Assalamualaikum
Jika saya berdepan masalah yang mempunyai perbezaan pendapat antara Ulama, maka pendapat mana yang perlu saya ikuti. Harap dapat kiranya Ustaz memberi garis panduan bagi mengikuti pendapat Ulama, terutama mengenai pendapat yang kuat dan lemah.
æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå
{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }
(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))
***********************
SJ – 2663 : BAGAIMANA HENDAK MEMILIH PENDAPAT DARIPADA BERBAGAI MAZHAB ?
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.
Terima Kasih kepada Saudara anakmurid yang menaruh kepercayaan kepada kami untuk menjawab soalan di atas .
Soalan di atas adalah pendek , akan tetapi jawapan sebenarnya adalah panjang dan lebar hingga boleh menyamai sebuah tesis para mahasiswa universiti . Namun , kami akan menjawab juga soalan saudara di atas dengan cara yang mudah difahami dan ringkas , insya-Allah .
Soalan di atas memerlukan kita melihat kembali kepada permasalahan TAQLID , TALFIQ , ITTIBA' , IJTIHAD , MAZHAB , FIQH al-WAQIE , FIQH al-MUWAZANAT , FIQH al-AWLAWIYYAT , FIQH at-TARJIH , FIQH as-SUNNAH , FIQH al-IKHTILAF dan sebagainya , yang mana semuanya itu dibincangkan dengan panjang lebar di dalam ILMU USUL FIQH ( khasnya ) .
Untuk mengetahui pendapat manakah yang paling sesuai untuk diamalkan dan yang mana satukah yang paling tepat dengan tuntutan syarak dan semasa itupun MEMERLUKAN ILMU PENGETAHUAN mengenainya . Kerana itu , tidak peliklah jika Islam sangat-sangat tidak menggalakkan umatnya untuk terus berada di dalam lubang kejahilan dan budaya taqlid buta , bahkan hendaklah setiap hari seseorang muslim itu bertambah pengetahuannya , khasnya mengenai selok-belok agama Islam yang mulia ini .
Marilah kita memerhatikan sejenak Usul ke - 7 dan Usul ke - 8 daripada Usul 20 ( Usul al-'Isyrin ) yang pernah disusun oleh al-Imam asy-Syahid Hassan al-Banna rh demi mencelikkan umat .
Kata beliau rh :
USUL KE-7 :
æáßá ãÓáã áã íÈáÛ ÏÑÌÉ ÇáäÙÑ Ýí ÃÏáÉ ÇáÃÍßÇã ÇáÝÑÚíÉ Ãä íÊÈÚ ÅãÇãÇ ãä ÃÆãÉ ÇáÏíä ¡ æíÍÓä Èå ãÚ åÐÇ ÇáÅÊÈÇÚ Ãä íÌÊåÏ ãÇ ÇÓÊØÇÚ Ýí ÊÚÑÝ ÃÏáÊå ¡ æÇä íÊÞÈá ßá ÅÑÔÇÏ ãÕÍæÈ ÈÇáÏáíá ãÊì ÕÍ ÚäÏå ÕáÇÍ ãä ÃÑÔÏå æßÝÇíÊå , æÃä íÓÊßãá äÞÕå ÇáÚáãí Åä ßÇä ãä Ãåá ÇáÚáã ÍÊì íÈáÛ ÏÑÌÉ ÇáäÙÑ .
Ertinya : " Setiap muslim yang tidak sampai ke peringkat meneliti (nadzar) dalil-dalil hukum cabang (furu’) boleh mengikuti mana-mana Imam. Elok sekiranya seseorang itu cuba berijtihad sekadar yang beliau mampu bagi mengetahui dalil-dalilnya. Beliau juga hendaklah menerima setiap petunjuk yang disertai dengan dalil apabila beliau yakin dengan kebaikan dan kepada orang yang memberi petunjuk kepadanya. Jika sekiranya beliau terdiri dari kalangan orang yang berilmu, beliau hendaklah mencukupkan kekurangannya dari segi ilmu sehingga sampai ke peringkat meneliti dalil-dalil hukum " .
USUL KE - 8 :
æÇáÎáÇÝ ÇáÝÞåí Ýí ÇáÝÑæÚ áÇ íßæä ÓÈÈÇ ááÊÝÑÞ Ýí ÇáÏíä , æáÇ íÄÏí Åáì ÎÕæãÉ æáÇ ÈÛÖÇÁ æáßá ãÌÊåÏ ÃÌÑå , æáÇ ãÇäÚ ãä ÇáÊÍÞíÞ ÇáÚáãí ÇáäÒíå Ýí ãÓÇÆá ÇáÎáÇÝ Ýí Ùá ÇáÍÈ Ýí Çááå æÇáÊÚÇæä Úáì ÇáæÕæá Åáì ÇáÍÞíÞÉ , ãä ÛíÑ Ãä íÌÑ Ðáß Åáì ÇáãÑÇÁ ÇáãÐãæã æÇáÊÚÕÈ .
Ertinya ; " Perselisihan fiqh dalam perkara cabang tidak sepatutnya menjadi sebab kepada perpecahan dalam agama dan tidak seharusnya membawa kepada perbalahan atau permusuhan. Setiap orang yang berijtihad ada pahalanya. Walau bagaimanapun tidak ada penghalang bagi melakukan tahqiq ilmu / penjelasan ilmiah dalam masalah-masalah yang diperselisihkan dalam suasana kasih-sayang kerana Allah SWT. Serta kerjasama dalam menyampaikan kebenaran tanpa terbawa-bawa kepada pertengkaran yang dicela serta taksub " .
[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]
JAWAPANNYA :
Garis panduan ringkas mengenai masalah ini ialah :
{ 1 } ~ Jika satu pandangan itu berdasarkan dalil-dalil syariat , dan pandangan selainnya itu pula hanya berdasarkan pendapat / pandangan peribadi / andaian , maka hendaklah dipilih yang pertama ( yang mempunyai dalil-dalil ) .
{ 2 } ~ Jika satu pandangan itu berdasarkan dalil yang kuat , dan pandangan kedua berdasarkan dalil yang lemah , maka hendaklah dipilih dan dipakai pendapat yang mempunyai dalil yang kuat itu .
{ 3 } ~ Jika beberapa pandangan itu semuanya mempunyai dalil , maka hendaklah dilihat yang mana satukah lebih mudah untuk diamalkan dan bersesuaian dengan keadaan semasa / keadaan pengamalnya .
{ 4 } ~ Jika beberapa pandangan itu semuanya betul , maka hendaklah diamalkan yang mana satukah lebih betul dan lebih tepat dengan tuntutan syarak dan semasa .
{ 5 } ~ Lebih mengutamakan hukum-hakam yang bersifat mudah dan ringan , sesuai dengan roh Islam itu sendiri yang mahukan umat Islam tidak memberat-beratkan diri .
Memilih hukum yang jauh lebih ringan dan mudah itu mestilah dengan syarat ianya sendiri berdasarkan dalil-dalil yang kuat . Kalau tiada dalil , maka ia menjadi " meringan-ringankan " ( buat acuh tak acuh ) terhadap tuntutan hukum-hakam Islam pula .
Memilih hukum yang paling ringan dan mudah inilah ertinya BERSEDERHANA DI DALAM BERIBADAH DAN KEHIDUPAN . Kerana lawan bagi bersederhana ini ialah { i } - MERINGAN-RINGANKAN HUKUM , dan ke { 2 } - MEMBERAT-BERATKAN HUKUM .
{ i } - MERINGAN-RINGANKAN HUKUM ini tidaklah sama dengan memilih hukum-hakam yang ringan dan mudah , sebab meringan-ringankan hukum ini ialah memilih untuk tidak melaksanakan sesuatu tuntutan hukum , ataupun bersikap sambil lewa terhadapnya .
Perbuatan dan sikap ini dikenali sebagai " TAFRITH "
[="#0000ffsize=4"]{ ÊÝÑíØ } .
{ ii } - MEMBERAT-BERATKAN HUKUM pula ialah memilih sesuatu hukum-hakam yang terlalu berat ataupun melalui andaian yang bukan-bukan , ataupun sengaja menyusahkan diri di dalam beribadat walhal itu bukanlah tuntutan sebenar Islam .
Perbuatan dan sikap ini dikenali sebagai " IFRATH "
[="#0000ffsize=4"]{ ÅÝÑÇØ } .
Dan kedua-dua jenis sikap di atas ( Tafrith & Ifrath ) itu BUKANLAH AJARAN ISLAM YANG SEBENAR , kerana nas-nas di dalam al-Quranul Karim dan as-Sunnah sendiri banyak menunjukkan bahawa Islam adalah agama yang mudah dan bersederhana di dalam segenap urusan .
Dan al-Ahkam Online sendiri diasaskan di atas dasar menyebarkan pengetahuan Islam di atas dasar memudahkan umat dan menanamkan sikap ghairah untuk terus melaksanakan Ibadah .
Sila lihat ke RUANGAN FIKRAH al-AHKAM ONLINE untuk mengetahui apakah motto dan mesej yang dibawa dan diperjuangkan oleh kami di al-Ahkam Online .
Sila juga menggunakan SEARCH ENGINE dengan kata kunci : TAQLID , TALFIQ , ITTIBA' , IJTIHAD , MAZHAB untuk mendapatkan lagi gambaran mengenai sikap kami terhadap kesemua masalah itu .
Dan sila lihat juga ke RUANGAN RUJUKAN DAN SARANAN PEMBACAAN di bawah ini untuk melanjutkan lagi pengetahuan di dalam topik ini .
Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad
[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]
RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN
1 ~ TAISIR al-FIQH LIL MUSLIM al-MU'ASIR
Oleh : Al-'Allamah Syeikh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi ha
Terbitan : Maktabah Wahbah , Kaherah ( 1999 )
2 – FI FIQH al-AWLAWIYYAT
Oleh : Al-'Allamah Syeikh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi ha
Terbitan : Maktabah Wahbah , Kaherah ( 1995 )
3 – FIQH KEUTAMAAN
Oleh : Al-'Allamah Syeikh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi ha
Terjemahan : al-Fadhil Ustaz Ahmad Nuryadi Asmawi ( UIA )
Terbitan : Thinker's Library , Taman Jasa , Sungai Tua , Batu Caves , KL
4 – SJ-1641: Perbandingan Mazhab & Fikrah Al-Ahkam
Oleh : al-Fadhil Ustaz thtl ( Ketua Panelis Fiqh al-Ahkam Online )
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=7171
æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä
æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
23 / Rabi'ul Akhir / 1424 H
23 / Jun / 2003 M
SELASA ~ Bandaraya Kaherah
Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum