SJ – 2691 : CARA MENINGKATKAN IMAN

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2691 : CARA MENINGKATKAN IMAN

Assalamualikum!

Masalah masyarakat kita sekarang ilmu dah banyak. Rata-rata ilmu boleh didapati. Hatta dalam majalah yang ada gambar artis seksi pun, ada sudut ruangan agama. :grin: Tapi oarang yang amal agama amat kurang. Macam yang kita telah bincangkan. Masalahnya IMAN. Bolehkah Ustaz terangkan kaedah-kaedah untuk tingkatkan IMAN?

Re: SJ – 2691 : CARA MENINGKATKAN IMAN


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ – 2691 : CARA MENINGKATKAN IMAN

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara anakmurid yang tidak jemu-jemu mengunjungi kami di al-Ahkam Online . Inilah di antara soalan yang berbentuk “ padat dan ringkas “ tetapi boleh dijawab dengan “ panjang dan lebar “ .

Kami memilih untuk menjawabnya dengan jawapan yang sederhana .

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

IMAN ITU MEMANG NAIK DAN TURUN :

Para ulama’ Ahlus Sunnah Wal Jama’ah ( ASWJ ) memang telah sepakat mengatakan bahawa iman seseorang yang mengucap dua kalimah syahadah itu naik dan turun .

Dalilnya mudah sahaja , lihatlah sahaja diri kita sendiri . Hari ini mungkin kita kuat melakukan solat sehingga solat sunat pun semua kita lakukan , menziarahi pula saudara-mara dan sahabat – handai , kuat pula membaca bahan-bahan bacaan yang boleh lebih mendekatkan diri kita kepada Allah Ta’ala dan berbagai lagi amalan kebajikan .

Tapi esok belum tentu lagi kita boleh istiqamah / iltizam ( tetap ) berkeadaan begitu .

Mungkin hari ini kita boleh menyelamatkan iman kita daripada rosak disebabkan dosa-dosa , tapi esok belum tentu lagi ( wal’iyadzu bilLahi min dzalik ) .

Itulah dalil mudah bahawa iman kita ini memang sentiasa naik dan turun .

Namun umat Islam dituntut sentiasa meningkatkan imannya daripada masa ke semasa , bukannya semakin merudum dan menurun iman itu .

Kalau 20 tahun dahulu iman kita hanya di peringkat “ biasa-biasa “ , amatlah tidak patut iman kita sekarang sama sahaja dengan dahulu . Mestilah kena ada peningkatan daripada sudut iman dan amal sebagaimana kita sendiri sentiasa mahukan duit dan ilmu kita sentiasa meningkat ! .

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

IMAN BUKANLAH SEKADAR UCAPAN DI MULUT :

Kebiasaan orang yang sedang dilamun cinta akan mengatakan : “ Ingat ! , cinta bukan semata-mata di mulut , tetapi mestilah dibuktikan dengan kesetiaan dan sikap saling faham-memahami di antara satu sama lain “ .

Itu sikap berkasih dan bercinta dengan sesama manusia .

Betapa pula dengan cinta kepada Allah Ta’ala ??? .

Kerana itulah : “ IMAN BUKANLAH SEKADAR UCAPAN DI MULUT “ kerana sekadar ucapan , kaum munafiqin pun mampu melakukannya setiap hari .

Lantaran itulah para ulama’ kita rh telah menyimpulkan bahawa syarat-syarat keimanan yang hakiki itu ialah :

1 ~ Beriman dengan keyakinan di hati .

2 ~ Beriman dengan cara menuturkan dan menyebarkannya dengan lisan .

3 ~ Beriman dengan cara melaksanakannya dengan anggota tubuh badan .

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

FAKTOR-FAKTOR PENINGKATAN IMAN :

Terlalu banyak untuk dinyatakan , yang terbaik saudara-saudari dapatkan maklumat lanjut mengenainya dengan sering menyertai pengajian-pengajian ilmu , banyak membaca bahan-bahan bacaan islam yang sahih dan sering bersahabat dengan mereka yang berilmu dan beramal soleh .

Faktor-Faktor Utama Ke Arah Peningkatan Iman ialah :

1 ~ Banyak MEMBACA dan MEMERHATIKAN al-Quranul Karim dan mempelajari warisan peninggalan Baginda Rasulullah s.a.w .

2 ~ Banyak melihat alam sekitar , keajaiban dan keindahan ciptaan Allah Ta’ala dan berfikir mengenai apa yang dilihat itu .

3 ~ Melakukan banyak kebajikan dan meninggalkan maksiat ( al-Amru Bil Ma’aruf Wan Nahyu ‘anil Munkar ) .

4 ~ Sentiasa mendampingi orang-orang yang berilmu dan beramal soleh . Kalau kita lemah , sudah tentu kita mencari pembantu yang lebih kuat daripada kita , maka betapa pula apabila iman kita lemah !? .

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

TANDA-TANDA KEIMANAN :

1 ~ Menerima dan patuh tanpa berbelah bagi terhadap apa yang datang daripada Allah Ta’ala dan Baginda Rasulullah s.a.w .

2 ~ Memperkenankan seruan dan arahan Allah Ta’ala dan Baginda Rasulullah s.a.w .

3 ~ Gementar hati untuk berbuat maksiat kerana mengingati Allah Ta’ala dan siksaan-Nya .

4 ~ Meyakini bahawa kesemuanya yang baik – buruk itu di dalam pengetahuan dan kekuasaan Allah Ta’ala .

5 ~ Tetap di atas kebenaran .

6 ~ Takut kepada azab di Hari Akhirat .

7 ~ Sentiasa bertawakkal .

8 ~ Sentiasa berfikir mengenai ciptaan-ciptaan Allah Ta’ala dan alam semesta .

9 ~ Sentiasa menyakini pengawasan Allah Ta’ala terhadap diri kita .

10 ~ Iman itu disertakan dengan amal kebajikan .

11 ~ Terlalu mencintai dan menturuti Allah Ta’ala dan Baginda Rasulullah s.a.w .

12 ~ Beradab dengan Allah Ta’ala dan Baginda Rasulullah s.a.w .

13 ~ Mencintai Para Sahabat r.a , para wali rh dan para ulama’ serta para pendakwah rh .

14 ~ Cinta dan benci semata-mata kerana Allah Ta’ala .

15 ~ Menjadikan orang-orang beriman itu sebagai para pemimpin .

16 ~ Zuhud di dalam kehidupan dan mencintai kehidupan di Akhirat .

17 ~ Sentiasa mengambil pengajaran dan pedoman .

18 ~ Sentiasa memakmurkan rumah-rumah Allah Ta’ala .

19 ~ Berjihad di jalan Allah Ta’ala .

20 ~ Menunaikan janji dan tidak mengengkarinya serta sentiasa bersifat amanah .

21 ~ Berakhlak mulia dan sentiasa meninggalkan apa-apa yang tidak berfaedah .

22 ~ Sentiasa menginsafi dan mengenal siapakah diri sendiri di sisi Allah Ta’ala .

23 ~ Suka apabila berjaya melakukan kebaikan .

24 ~ Mempunyai firasat dan ramalan yang benar .

25 ~ Melaksanakan ketaatan dengan penuh keimanan dan pengharapan .

26 ~ Berbuat baik kepada jiran-tetangga dan tidak menyakiti mereka .

27 ~ Memuliakan tetamu .

28 ~ Sentiasa nasihat-menasihati .

29 ~ Tidak mengugut dan menakut-nakutkan sesama umat islam .

30 ~ Sentiasa bertoleransi sesama umat Islam .

31 ~ Bersikap saling berkerja-sama di atas dasar kebajikan dan taqwa .

32 ~ Mesra dan tidak bersikap keras terhadap sesama orang Islam .

33 ~ Bersikap malu untuk melakukan dosa dan maksiat .

34 ~ Menjada diri dan sentiasa berasa cukup ( tidak tamakkan apa yang tidak sepatutnya ) .

35 ~ Cemburu kerana Allah Ta’ala .

36 ~ Memerangi kemungkaran , syirik , khurafat dan bid’ah .

37 ~ Menjaga lisan .

38 ~ Hati yang baik dan tidak bersangka buruk .

39 ~ Redha dengan ketentuan Allah Ta’ala ( Qadha’ dan Qodar ) .

40 ~ Turut merasai apa yang dirasai oleh sesama orang-orang Islam .

41 ~ Bersabar di atas penderitaan yang ditanggung .

42 ~ Bijaksana dan cerdik serta sentiasa bersikap hati-hati .

Mudah-mudahan apa yang dinyatakan di sini dapat membantu kita meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala . Amin Ya Rabbal ‘Alamin :doa

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

SILSILAH al-‘AQAID
Oleh : Al-'Allamah Syeikh Ahmad ‘Izzuddin al-Bayanuni rh
Jilid : II , Bahagian ke- 5 ( I ) & ( II )
Terbitan : Darus Salam , Kaherah


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
3 / Jumadi Awwal / 1424 H
3 / Julai / 2003 M

KHAMIS ~ Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum