SJ – 2710 : RASUL SELAIN 25 ORANG RASUL A.S

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2710 : RASUL SELAIN 25 ORANG RASUL A.S

:salam

bolehkah panel al-ahkam/pembaca menyenarai rasul-rasul yg lain selain 25 rasul(sekurang-kurangnya seorang rasul),serta ceritakan sedikit kalau boleh?

:wassalam :twat

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ – 2710 : RASUL SELAIN 25 ORANG RASUL A.S


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí

***********************
SJ – 2710 : RASUL SELAIN 25 ORANG RASUL A.S

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara petapa yang mengajukan soalan di atas .

Sebelum kami menjawab persoalan di atas , perlukah kita sama-sama mengetahui bahawa para ulama’ rh TIDAKLAH SEPAKAT di dalam mengatakan adanya perbezaan di antara Para Nabi a.s dengan Para Rasul a.s . Bahkan , ada sebahagian daripada mereka yang mengatakan bahawa Nabi dan Rasul itu sama sahaja . Manakala sebahagian lain pula mengatakan adanya perbezaan di antara Nabi dengan Rasul .

Kami tidaklah berhajat untuk membicarakan masalah ini di sini memandangkan apa yang dikehendaki ialah bilangan Para Rasul a.s selain daripada 25 orang rasul a.s yang terkenal itu .

Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Ibnu Hibban rh di dalam sahihnya , daripada Saidina Abu Dzar al-Ghifari r.a pernah menyatakan :


ÞáÊ áÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æ Óáã : ßã ÚÏÏ ÇáÃäÈíÇÁ ¿ , ÝÞÇá : { ãÇÆÉ ÃáÝ æ ÃÑÈÚÉ æ ÚÔÑæä ÃáÝÇ } , ÝÞáÊ : æ ßã ÚÏÏ ÇáÑÓá ¿ , ÝÞÇá : { ËáËãÇÆÉ æ ËáÇËÉ ÚÔÑ ÌãÇ ÛÝíÑÇ }

Ertinya : “ Aku pernah bertanya kepada Baginda Rasulullah s.a.w mengenai berapakah bilangan para nabi a.s ? . Jawab Baginda s.a.w : Seratus Dua Puluh Empat Ribu Orang Nabi ( 124 , 0000 ) . Maka aku bertanya lagi : Berapakah pula bilangan para rasul ? . Jawab Baginda s.a.w : Tiga Ratus Tiga Belas Orang Rasul ( 313 ) “ .

Walaupun begitu hadis di atas bukanlah satu hadist yang mencapai tahap MUTAWATIR yang tidak langsung jalan untuk mengengkarinya . Oleh kerana itu jumlah yang disebutkan di dalam hadist tersebut tidaklah boleh dianggap muktamad kerana permasalahan ‘Aqidah hanya boleh ditetapkan melalui sumber-sumber yang tepat lagi meyakinkan .

Seperkara lagi , kita tidakpun diperintahkan untuk mengetahui selain daripada 25 orang Para Rasul a.s yang dinyatakan di dalam al-Quranul Karim itu , yang kebanyakannya disebut di dalam ayat 83 – 86 daripada Surah al-An’am dan di dalam beberapa lagi ayat di dalam al-Quranul Karim .

Oleh kerana itu , bagi sebahagian ulama’ rh yang berpegang bahawa tiada beza di antara Nabi dengan Rasul , sudah tentulah mereka juga akan mengatakan bahawa jumlah Para Rasul a.s itu semua adalah sebanyak 124 ribu orang .

Manakala bagi ulama’ rh yang berpegang kepada adanya perbezaan di antara Nabi dengan Rasul tentulah mereka hanya mengatakan jumlah Para Rasul a.s adalah sebanyak 313 orang .

Di antara Para Rasul a.s selain daripada 25 orang Para Rasul a.s yang terkenal itu ialah : Nabi Syits a.s , Nabi Shaol @ Samuel a.s dan Nabi ‘Uzair a.s ( yang dianggap oleh orang-orang Yahudi LaknatulLahi ‘alaihim sebagai “ Anak Tuhan “ ) .

Allah Ta’ala sahajalah yang Maha Mengetahui kebenaran dan hakikat di sebalik perselisihan tersebut .

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

1 ~ AHSANUL KALAM FIL FATAWA WAL AHKAM
Oleh : Al-‘Allamah Syeikh ‘Atiah Saqr ha
Jilid : 2 , Bahagian ke – 9 , Halaman : 562 – 564 ( ÇáÃäÈíÇÁ æ ÇáÑÓá )
Terbitan : Darul Ghad al-‘Arabi

2 – Penerangan Lisan Syeikh Soleh Hamdi as-Sisi
M.A al-Hadist ~ Universiti al-Azhar asy-Syarif


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
8 / Jumadi Awwal / 1424 H
8 / Julai / 2003 M

SELASA ~ Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum