SJ – 2760 : KELIRU ANTARA KHALWAT , ZINA DAN JIMAK

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2760 : KELIRU ANTARA KHALWAT , ZINA DAN JIMAK

:salam

Adakah seorang gadis dianggap sebagai berjimak bersama teman lelakinya kerana berseronok2 sehingga mengeluarkan air mani teman lelakinya walaupun tidak memasuki kemaluannya/ vaginanya? Terima kasih.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ – 2760 : KELIRU ANTARA KHALWAT , ZINA DAN JIMAK


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí

***********************
SJ – 2760 : KELIRU ANTARA KHALWAT , ZINA DAN JIMAK

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudari Yani yang mengemukakan soalan di atas . Mudah-mudahan soalan ini adalah SEKADAR SOALAN dan bukannya sama-sekali pengalaman si penyoal ataupun rakan si penyoal . Na’uzu BilLahi Min Dzalik ( Semoga Dijauhkan Allah Daripada Perbuatan Terkutuk Itu ) :doa

Si wanita dan si lelaki itu kedua-duanya jelaslah BUKANLAH SEPASANG SUAMI-ISTERI YANG SAH , dan sepatutnya perkataan “ JIMAK “ yang digunakan di dalam soalan di atas ditukar kepada : “Adakah seorang gadis dianggap sebagai BERZINA bersama teman lelakinya kerana berseronok2 sehingga mengeluarkan air mani teman lelakinya walaupun tidak memasuki kemaluannya/ vaginanya ? “ .

ZINA ialah : Bersetubuh secara HARAM . Bukan di antara sepasang suami-isteri yang sah . Di dalam bahasa Melayu Klasik disebut sebagai : “ BERMUKAH “ ataupun “ MEMBUAT DURJANA “ .

NIKAH @ JIMAK pula : Ialah persetubuhan secara HALAL di antara sepasang suami – isteri yang sah . Di dalam bahasa Melayu Klasik disebut sebagai : BERSENGGAMA / BERCAMPUR .

Berzina dan Nikah @ Jimak HANYA BERLAKU apabila si lelaki memasukkan zakarnya ke dalam faraj ( vagina ) si perempuan . Tidak kiralah sama ada masuknya zakar ke dalam faraj itu secara biasa ataupun dengan menggunakan kondom dan tidak kiralah sama ada sehingga ke kemuncaknya ( klimaks ) ataupun tidak . ~ Lihat : AL-MUHAZZAB, Oleh al-Imam asy-Syirazi rh , Jilid 2 , Halaman : 267 , HASYIAH ad-DASUQI , Jilid 4 , Halaman : 413 dan ASNA MATOLIB , Jilid 4 , Halaman : 125 .

KHALWAT pula ialah : Pada asalnya ia membawa maksud yang terpuji , iaitu perbuatan seseorang yang mahu melakukan uzlah ( mengikut satu pendapat ) ataupun melakukan Iktikaf di masjid ( menurut satu lagi pendapat lain ) . Namun , akhirnya perkataan “ KHALWAT “ ini digunakan pula untuk : Sepasang lelaki dan perempuan yang berada di tempat yang sunyi untuk melakukan perbuatan yang curang .

Daripada ketiga-tiga definasi ( istilah ) dan gambaran ringkas di atas , maka jika seseorang wanita yang “ berseronok-ronok “ dengan teman lelakinya itu TANPA melakukan zina maka itu adalah KHALWAT . Dan sekalipun jika si wanita itu melakukan proses masturbasi ( melancap ) ataupun oral seks kepada zakar teman lelakinya sehingga keluar air maninya , maka itu TETAP BUKANNYA ZINA tetapi ia adalah KHALWAT .

Khalwat adalah : MUQADDIMAH ZINA ( Pembuka Jalan Ke Arah Zina / Pendahuluan Zina ) , dan walaupun jenayah KHALWAT ini tidak dikenakan Hukuman HUDUD akan tetapi boleh dikenakan HUKUMAN TA’ZIR ( Denda ) .

Allah Ta’ala berfirman mengenai LARANGAN BERZINA :


æóáÇó ÊóÞúÑóÈõæÇú ÇáÒøöäóì Åöäøóåõ ßóÇäó ÝóÇÍöÔóÉð æóÓóÇÁ ÓóÈöíáÇð

Ertinya : “ Janganlah kamu MENGHAMPIRI ZINA . Sesungguhnya ia adalah satu perbuatan yang keji dan seburuk-buruk cara “ ~ Ayat 32 , Surah al-Israk .

### Menghampiri zina ( khalwat ) pun dilarang oleh Allah Ta’ala , maka apatah lagi dengan berzina ? . Janganlah pula ada di kalangan umat Islam yang berkata : “ Dekati zina tak apa , berzina aje tak yang tak boleh “ , sebab itu lebih menampakkan lagi KEBODOHAN dan KEBANGANGANNYA dan sebab zina itu sendiri tidak akan boleh berlaku dari jarak yang jauh ( lantaran itulah digunakan perkataan : JANGAN HAMPIRI ) !!! .

Mudah-mudahan kita sentiasa dijaga dan dipeliharai Allah Ta’ala daripada sebarang bentuk dan unsur zina dan maksiat . Amin Ya Rabbal ‘Alamin :doa .

SILA RUJUK DAN BACA JUGA :

UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM

:super
Oleh : Al-Fadhilah Ustazah Datin Paizah Haji Ismail
{ Pensyarah Akademi Islam , Universiti Malaya }
Halaman : 174 – seterusnya
Terbitan : Dewan Pustaka Islam , Petaling Jaya & Angkata Belia Islam Malaysia ( ABIM ) .

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
23 / Jumadi Awwal / 1424 H
23 / Julai / 2003 M

RABU ~ Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum