:salam
Situasi:
Di masjid kami, ada diadakan bacaan hadis setiap kali lepas maghrib dan isyak setiap hari, kecuali hari2 di mana majlis ilmu diadakan. Dua atau tiga hadis akan dibaca dari kitab Riyadus Solihin. Umumnya, para jemaah amat menyukai dan menghargai usaha ini. Cuma, sesetengah jemaah (Arab brothers) tidak suka jika dibaca sekali bacaan komentar terhadap hadis2 yg dibacakan. Komentar2 ini bukanlah dibuat2 sendiri oleh yg membacanya, tapi dari tulisan dlm kitab Riyadus Solihin itu sendiri (oleh seorang ulamak). Mereka lebih suka jika hadis itu dibaca sahaja tanpa komentarnya.
Soalan2 saya:
1) Benarkah tindakan mereka ini yg tidak menggalakkan dibaca komentar terhadap hadis2? Saya tahu bahawa tidak sesuai jika ditafsir sesuka hati hadis2 Nabi SAW, tapi bagaimana, (sbg contoh) jika kami yg A'jam ini tidak paham sestengah istilah dlm hadis tersebut (yg mana, pasti akan diterangkan dlm komentar hadis2 tersebut)?
2) Jika benar tindakan mereka, logik saya adalah, jika ayat2 Quran dari Allah SWT pun perlu ada tafsir, apatah lagi hadis2 dari Rasulullah SAW? Bahkan ada pula kitab2 syarah terhadap kitab2 sunan Sittah. Harap boleh betulkan saya jika logik saya ini salah.
3) Jika selepas kami dengar hadis, dan kami tidak berapa jelas dgn hadis tersebut, lalu kami tanyakan sesiapa, tidakkah itu sama sahaja dengan jika dibaca komentar hadis tersebut? Bahkan lebih baik lagi barangkali kerana komentar itu ulamak yg tulis, bukannya mana2 brother yg kami tidak tahu status pengetahuannya.
4) Apakah boleh diterima dalil, hadis2 adalah penerangan utk Quran, maka sudah cukup dengan mendengar hadis, dan tidak perlu diulas2 atau dikomentar hadis2 itu lagi?
Harap panel al- ahkam dpt jelaskan perkara ini dengan ayat2 Quran dan hadis2 yg sewajarnya. Jika tindakan membaca komentar itu yg salah, maka, boleh saja dihentikan. Jika boleh dibaca, dpt juga kami jadikan jawapan kepada Arab brothers jika ada mana2 mereka yg bertanya lagi.
:wassalam
p.s.: Utk lebih clear, kitab Riyadus Solihin ini adalah terbitan Darus Salam (Riyadh), komentar oleh Hafiz Salahuddin Yusuf.
æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå
{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }
ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí
***********************
SJ – 2762 : BELAJAR HADIS SAHAJA , JANGAN BELAJAR PULA HURAIANNYA !
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.
Terima Kasih kepada Saudara Daie Wannabe dan Selamat Bersua Kembali di sini . Mudah-mudahan segala urusan saudara di sana ( Bahrain ? ) berada di dalam keadaan dirahmati dan diberkati Allah Ta’ala .
Kitab “ RIYADHUS SOLIHIN “ adalah salah-satu buah tangan yang sangat mahal , yang pernah dihasilkan oleh Sirajul Ummah Al-Imam Abu Zakaria Yahya Bin Syarf an-Nawawi ad-Dimashqi rh ( meninggal 676 H ) yang lebih dikenali dengan panggilan “ Imam an-Nawawi rh “ .
Beliau adalah di antara para ulama’ yang terlalu sukar dicari-ganti dan yang paling banyak meninggalkan koleksi ilmunya melalui karangan-karangannya kepada umat Islam sedunia .
Beliau bukan sahaja terkenal sebagai seorang yang begitu terkemuka di dalam bidang Hadis , malahan beliau juga terkehadapan di dalam bidang Fiqh dan juga Tasawwuf / Akhlak .
Di dalam bidang Hadis , karyanya yang paling terkenal adalah “ MATAN ARBA’IEN “ yang lebih dikenali di kalangan kita sebagai “ HADIS 40 “ .
Di dalam bidang Fiqh pula , karyanya yang paling terkenal adalah “ AL-MAJMU’ SYARH al-MUHADZZAB “.
Dan di dalam bidang Tasawwuf dan Akhlaq pula , ialah : “ RIYADHUS SOLIHIN “. Dan sepatutnya , kitab inilah yang dipelajari oleh setiap orang Islam yang mahu mempelajari Tasawwuf yang sahih lagi benar lantaran kesemua dalil yang digunakan di dalam kitab ini dicedok daripada ayat-ayat Al-Quranul Karim dan Hadis-Hadis yang sahih .
Sekarang , marilah kita melihat kepada masalah-masalah yang dibangkitkan oleh Saudara da’ie wannabe mengenai kitab “ RIYADHUS SOLIHIN “ tersebut :
[="purple"] #@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@# [/]
Jawapan Kami :
Mengadakan majlis bayan ( penerangan ) dengan membaca kitab-kitab hadis sahih adalah satu perbuatan yang amat terpuji kerana ia sendiri adalah majlis ilmu dan juga majlis zikir . Namun yang perlu diambil perhatian ialah sikap beberapa orang ( hatta beberapa pendakwah sendiri ) yang berani menafsir ( menghuraikan ) hadis-hadis yang dibaca itu dengan sewenang-wenangnya .
Maksud sewenang-wenangnya ialah tanpa ilmu yang mantap . Contohnya : Apabila mereka membaca sahaja kita hadis , mereka terus menghuraikan hadis tersebut , sedangkan mereka sendiri tidak ada membuat persedian di rumah ( dengan membaca ataupun merujuk ataupun yang lebih baik lagi pernah belajar akan hadis-hadis yang akan dihuraikan oleh mereka sendiri ) . Tindakan yang berani ini menyebabkan mereka sendiri perlu bertanya kepada diri-diri mereka sendiri : “ Apakah aku sudah layak untuk menghuraikan hadis tersebut walhal aku sendiri jahil di dalam pengajian Hadis dan tidak pernah pula tamat mempelajari beberapa kitab hadis !? “ .
Jadi , tindakan segolongan pendakwah di atas adalah : SALAH , malahan boleh membawa kepada SALAH FAHAM terhadap hadis-hadis Baginda Rasulullah s.a.w ! .
Dan SALAH FAHAM pula adalah jauh LEBIH BAHAYA daripada TIDAK FAHAM ! ~ Inilah di antara ucapan yang pernah diucapkan oleh Al-‘Allamah Syeikh Muhammad Bin al-‘Utsaimin di salah-sebuah masjid di Bandaraya Riyadh beberapa waktu dahulu .
Kalau yang menghuraikan hadis-hadis Baginda Nabi s.a.w sendiri boleh TERSALAH HURAIAN ataupun BOLEH SILAP HURAIAN maka apatah lagi dengan mereka yang sekadar mendengar ataupun membaca teks – teks ( matan ) sesuatu hadis tanpa melihat , merujuk dan mempelajari huraian –huraian dan komentar-komentar terhadap hadis itu ??? .
Siapakah lagi yang pakar di dalam menghuraikan hadis-hadis itu kalau bukan Para Sahabat r.a dan seterusnya para ulama’ Islam yang muktabar ( yang diterima kewibawaan mereka ) oleh umat Islam !?.
Di Masjid an-Nabawi , Madinah Munawwarah ada pengajian hadis . Di antaranya yang dikendalikan oleh Al-‘Allamah Syeikh asy-Syanqiti ha . Selain daripada beliau membaca hadis , beliau juga menghurakan hadis-hadis yang dibaca itu agar lebih difahami oleh para pelajar dan para pendengar .
Di Masjid al-Haram , Mekkah al-Mukarramah sendiri ada banyak halaqat ( bulatan ) ilmu yang dipimpin oleh beberapa ulama’ muktabar . Mereka juga bukan sahaja sekadar membaca hadis-hadis tertentu , bahkan mereka juga menghuraikannya .
Di Masjid Besar Al-Azhar di Bandaraya Kaherah sendiri dan begitu juga di Universiti Al-Azhar asy-Syarif , para ulama’ ha di sana bukan sekadar mengajar teks-teks hadis bahkan mereka bertungkus-lumus membahaskan dan menghuraikan pengertian hadis-hadis tersebut .
Di sini juga ( Mesir ) ada banyak majlis bayan yang dikendalikan oleh beberapa pendakwah daripada Jemaah Tabligh ( JT ) . Mereka mengutamakan kitab “ RIYADUS SOLIHIN “ untuk dibaca di dalam majlis itu . Dan mereka juga bukan setakat membaca hadis-hadis di dalam kitab itu , bahkan mereka juga menghuraikannya demi kemanfaatan bersama .
Dan tradisi yang sangat mulia ini diteruskan daripada zaman ke zaman dan begitulah juga yang berlaku di dalam negara kita tercinta .
Kalau para ulama’ besar itu pun menghuraikan hadis , maka mengapakah pula sebahagian masyarakat Arab di tempat saudara itu TIDAK SUKA cara sedemikian !? .
Apakah mereka sudah pakar di dalam bidang hadis !? .
Dan kalau mereka memang pakar , maka adakah para pendengar itu juga pakar di dalam bidang hadis !? .
Dan kalau para pendengar itu juga pakar di dalam bidang hadis adakah mereka setaraf dengan imam-imam hadis !? . Al-Imam al-Bukhari rh , Al-Imam Muslim rh dan semua imam hadis , mereka bukan sekadar belajar dan menghafal teks – teks hadis , bahkan mereka juga mempelajari pula huraian dan tuntutan hadis-hadis tersebut !? .
Kalau imam-imam yang mulia itu pun sedemikian sikapnya , maka siapalah pula segelintir “ brader-brader “ Arab yang tidak mahu mencontohi jejek-langkah imam-imam yang mulia itu ? .
Kalau ulama’ Arab dan masyarakat Arab sendiri MASIH PERLU KEPADA HURAIAN-HURAIAN HADIS-HADIS , maka betapa pula dengan masyarakat ‘Ajam ( bukan Arab ) !? .
Oleh itu , tindakan beberapa orang saudara-saudara kita yang berbangsa Arab itu ADALAH SALAH DAN BAHAYA .
Mereka perlu ditegur dengan baik dan perlu pula “ diruntuhkan “ sikap BODOH SOMBONG mereka itu ! .
[="purple"] #@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@# [/]
Jawapan Kami :
Benarlah logik dan hujah saudara itu . Semoga Allah Ta’ala meramaikan umat Islam yang mampu berfikir dengan baik seperti saudara . :doa
[="purple"] #@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@# [/]
Jawapan Kami :
Ya , lebih baik saudara membaca komentar-komentar ( syarah ) dibuat oleh para ulama’ terbilang mengenai hadis-hadis yang dibaca di dalam sesuatu majlis ilmu daripada bertanya kepada “ mat – mat “ Arab yang masih belum diketahui lagi “ background “ pengajian Islam mereka .
Bukan semua orang Arab mampu memahami hadis mahupun ayat-ayat Al-Quranul Karim dengan baik . Dan kalau mereka faham pun , mereka belum tentu lagi memahami kehendak sesuatu hadis itu . Manakah hadis yang telah dimansukhkan , manakah yang mujmal yang mufassol , mana satukah yang mutlaq dan muqaiyyad , yang mana satukah yang am dan yang khas , yang mana satukah lebih kuat hujahnya , yang mana satukah lebih sesuai diamalkan ………dan sebagainya ? .
Pendek kata : Untuk memahami sesuatu hadis , TIDAK CUKUP dengan sekadar membaca teksnya ataupun matannya . Tapi perlu pula kepada syarahannya yang ditulis ataupun disampaikan oleh para ulama’ yang pakar di dalam berbagai ilmu alat seperti ILMU USUL al-FIQH dan selainnya .
Kiasnya samalah dengan ILMU TAJWID . Tidak sedikit masyarakat Arab yang buta Ilmu Tajwid . Sedangkan Ilmu Tajwid adalah ilmu yang mengajar kita menyebut huruf-huruf dan kalimah-kalimah Al-Quranul Karim dengan BETUL dan TEPAT .
Samalah dengan orang Melayu . Bukan semua orang Melayu mampu berbahasa Melayu standard , melainkan yang mempelajarinya secara sistematik dan mempraktikannya pula di dalam pertuturan ataupun penulisan sehari-hari .
[="purple"] #@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@# [/]
Jawapan Kami :
Itu sendiri adalah dakwaan ataupun perkataan mereka yang dungu dan bodoh mengenai selok-belok pengetahuan Islam , khasnya Ilmu Hadist .
Hadis-Hadis itu sendiri ada berbagai bentuk dan maksudnya . Dan sudah tentulah untuk mengetahui dengan tepat apakah maksud sebenarnya perlu pula kepada huraian .
Hadis-Hadis yang dihuraikan itu pula BUKANLAH REKAAN ULAMA’ SEMATA-MATA , bahkan dengan cara memperbandingkan pula dengan hadis-hadis lain dan ditimbang-timbang pula dengan berbagai Ilmu Alat sehingga boleh mengeluarkan sesuatu HUKUM FIQH ataupun KESIMPULAN YANG BOLEH DITERIMA PAKAI OLEH UMAT ISLAM ! .
Hati – Hati dengan brader-brader Arab itu ! .
Jangan disebabkan kebodohan mereka , habis semua umat Islam pun mahu diperbodohkan . Dan kalau mereka tidak suka dengan cara yang saudara nyatakan itu , maka mereka boleh keluar daripada masjid selepas sahaja sembahyang dan biarkanlah orang lain mengambil manfaat daripada majlis pengajian hadis tersebut .
Dan hati-hati juga dengan mereka ! .
Tidak mustahil mereka adalah Kaum Syiah yang banyak memalsukan hadis ataupun mereka yang sudah “ dirasuk “ oleh fahaman Anti – Hadis ( Inkar as-Sunnah ) yang bertebaran juga di negara-negara Barat dan Arab !!! . :devil
Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad
æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä
æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
30 / Jumadi Awwal / 1424 H
30 / Julai / 2003 M
RABU ~ Bandaraya Kaherah
Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum