SJ – 2766 : BERDEBAT DENGAN GOLONGAN YANG BODOH

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2766 : BERDEBAT DENGAN GOLONGAN YANG BODOH

:salam

Baru² ini ana ada mendegar satu hadis yang mengatakan kita tak perlu berdebat dengan orang² jahil kerana takut nanti akan bertambah²lah akan kejahilannya.

Jadi ana minta ust² kat al-ahkam berikan sedikit penjelasan dan berserta dengan hadis itu.

Sekian.Wassalam.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ – 2766 : BERDEBAT DENGAN GOLONGAN YANG BODOH


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí

***********************
SJ – 2766 : BERDEBAT DENGAN GOLONGAN YANG BODOH

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara/i Hanak yang mengajukan soalan di atas .

Sepanjang pengetahuan kami yang amat terbatas dan sedikit ini , tidak ada satu pun hadis Baginda Rasulullah s.a.w yang menyatakan : “ Janganlah kamu berdebat dengan golongan yang jahil kerana nanti akan makan bertambah-tambah kejahilan mereka ! “ .

Cuma yang kami ketahui , perkataan itu adalah perkataan yang pernah diucapkan oleh Saidina ‘Ali Bin Abu Tolib r.a ketika menasihat para sahabat r.a dan pengikutnya r.a .

Dan , Al-Imam asy-Syafi’e rh sendiri pernah menyebut akan hal yang hampir serupa . Kata beliau rh :


ÅÐÇ ÌÇÏáÊ ÇáÚÇáã ÛáÈÊå , æ ÅÐÇ ÌÇÏáÊ ÇáÌÇåá ÛáÈäí

Ertinya : “ Apabila saya berdebat dengan seseorang yang berilmu , saya akan dapat mengalahkannya . Akan tetapi kalau saya berdebat pula dengan seorang yang bodoh , saya pula yang dikalahkan olehnya “ .

### Maksud Imam yang mulia itu ialah beliau rh yakin dengan ilmu-ilmu yang dimilikinya untuk berdepan dengan sesiapa sahaja untuk membincangkan ataupun memperdebatkan sesuatu masalah ataupun topik ilmiah .

Akan tetapi , jika beliau rh berhadapan pula dengan golongan yang bodoh , imam yang mulia itu pula “ surrender “ awal-awal lagi .

Ini bukanlah bermaksud imam kita yang mulia itu tidak reti bagaimana hendak berhujah dengan golongan yang bodoh , akan tetapi golongan bodoh lagi sombong adalah golongan yang TIDAK LAYAK diajak berbincang ataupun berdebat .

Mengapa pula begitu ? .

Sebab golongan yang bodoh lagi sombong itu adalah golongan yang MEMANG TIDAK MAHU MENERIMA KEBENARAN walhal sesebuah perbincangan ataupun perdebatan diadakan demi mencari titik persamaan di antara kedua pihak ataupun demi mencari kebenaran ataupun jawapan yang paling hampir dengan kebenaran yang dituntut .

Adakah golongan bodoh sombong itu mahu menerima kebenaran dan mahu mengalah apabila hujah-hujah mereka dipatah-patahkan ? . Tidak sekali-kali !!! . :non

Sebab itulah kita ~ orang-orang Melayu ~ menamakan golongan seperti itu sebagai : GOLONGAN YANG BODOH LAGI SOMBONG .

Orang bodoh yang tidak sombong , masih boleh dibawa berbincang dan diajar .

Tetapi orang yang bodoh sombong bukan sahaja tidak boleh dibawa berbincang malah tidak mahu pula menerima ajaran dan nasihat orang lain , sebab bagi mereka : “ Apa pun yang diucapkan oleh dia , aku tetap betul dan aku akan terus betul . Dan dia cakap apa pun walaupun dengan hujah-hujah yang mantap , dia tetap salah dan akan tetap salah selama-lamanya “ .

Jadi tidak hairanlah kenapa Imam asy-Syafi’e rh sendiri menyatakan bahawa beliau memang BOLEH DIKALAHKAN oleh golongan yang bodoh ( bodoh sombong ) sebab berbincang dan berdebat dengan golongan itu hanya MELETIHKAN BADAN DAN MEN “ TENSION ” KAN MINDA !!! .

Berdebat dengan golongan bodoh sombong HANYALAH membuang masa dan tenaga , tidak ubah seperti seseorang yang bercakap ataupun berdebat dengan seekor keldai . Keldai itu itu hanya tahu “ sengih-sengih “ dan mengeluarkan suaranya : “ Ohh Ehh Ohh Ehh ….prerrrrrrrrrr !!! “. :adus

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

Baginda Nabi Muhammad s.a.w sendiri ada menyatakan kelebihan orang yang MENINGGALKAN PERDEBATAN dengan golongan yang jahil sombong ini dengan sabdanya :


Úóäú ÃóÈöí ÃõãóÇãóÉó ÞóÇáó ÞóÇáó ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÃóäóÇ ÒóÚöíãñ ÈöÈóíúÊò Ýöí ÑóÈóÖö ÇáúÌóäøóÉö áöãóäú ÊóÑóßó ÇáúãöÑóÇÁó æóÅöäú ßóÇäó ãõÍöÞøðÇ æóÈöÈóíúÊò Ýöí æóÓóØö ÇáúÌóäøóÉö áöãóäú ÊóÑóßó ÇáúßóÐöÈó æóÅöäú ßóÇäó ãóÇÒöÍðÇ æóÈöÈóíúÊò Ýöí ÃóÚúáóì ÇáúÌóäøóÉö áöãóäú ÍóÓøóäó ÎõáõÞóåõ

Ertinya : Daripada Saidina Abu Umamah ra , dia berkata : Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda : Aku jamin akan disediakan sebuah rumah di keliling dan di bahagian bawah syurga bagi seseorang yang meninggalkan perdebatan walaupun dia memang benar . Dan ( aku juga menjamin ) sebuah rumah di pertengahan syurga bagi orang yang meninggalkan perbuatan menipu walaupun hanya sekadar bergurau . Dan ( aku juga menjamin ) syurga tertinggi bagi orang yang memperindahkan akhlaknya “ ~ Hadis Sahih diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Daud rh di dalam Kitab al-Adab dan diriwayatkan juga oleh Al-Imam at-Tirmizi rh di dalam Kitab al-Bir Was Silah .

Dan jangan lupa juga untuk merujuk kepada tafsiran Al-Quranul Karim sekitar :

Surah al-Furqan , ayat 63
Surah al-Qasas , ayat 55

Al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna rh juga pernah menyentuh hal berdebat dengan golongan yang bodoh dan sombong serta golongan yang taksub dengan katanya di dalam Usul ke-8 daripada Usul 20 ( AL-Usul al-‘Isyrin ) :


æÇáÎáÇÝ ÇáÝÞåí Ýí ÇáÝÑæÚ áÇ íßæä ÓÈÈÇ ááÊÝÑÞ Ýí ÇáÏíä , æáÇ íÄÏí Åáì ÎÕæãÉ æáÇ ÈÛÖÇÁ æáßá ãÌÊåÏ ÃÌÑå , æáÇ ãÇäÚ ãä ÇáÊÍÞíÞ ÇáÚáãí ÇáäÒíå Ýí ãÓÇÆá ÇáÎáÇÝ Ýí Ùá ÇáÍÈ Ýí Çááå æÇáÊÚÇæä Úáì ÇáæÕæá Åáì ÇáÍÞíÞÉ , ãä ÛíÑ Ãä íÌÑ Ðáß Åáì ÇáãÑÇÁ ÇáãÐãæã æÇáÊÚÕÈ

Ertinya : “ Perselisihan fiqh dalam perkara cabang tidak sepatutnya menjadi sebab kepada perpecahan dalam agama dan tidak seharusnya membawa kepada perbalahan atau permusuhan. Setiap orang yang berijtihad ada pahalanya. Walau bagaimanapun tidak ada penghalang bagi melakukan tahqiq ilmu / penjelasan ilmiah dalam masalah-masalah yang diperselisihkan dalam suasana kasih saying kerana Allah SWT. Serta kerjasama dalam menyampaikan kebenaran tanpa terbawa-bawa kepada pertengkaran yang dicela serta taksub .

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

1 ~ ENSIKLOPEDIA HADIS
Sakhr Software , Egypt

2 ~ FAHMUL ISLAM FI DZILAL al-USUL al-‘ISYRIN
Oleh : Al-‘Allamah Syeikh Jum’ah Amin Abdul Aziz
Halaman : 111 – 127
Terbitan : Dar ad-Da’awah , Al-Iskandariah

3 ~ USUL DUA PULUH
Huraian : Al-Fadhil Prof. Madya Alias Osman
Halaman : 51 - 55
Terbitan : Pustaka Salam , K. L

4 ~Penerangan Lisan Syeikh Soleh Hamdi as-Sisi
{ M.A Hadis ~ Universiti Al-Azhar & Pendakwah Kem. Waqaf Mesir }


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
30 / Jumadi Awwal / 1424 H
30 / Julai / 2003 M

RABU ~ Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum