SJ –3083 : HUKUM MEMANDULKAN KUCING

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ –3083 : HUKUM MEMANDULKAN KUCING

Apakah hukumnya memandulkan kucing dengan cara suntikan atau sebagainya oleh sebab tidak mampu untuk memelihara kucing yang banyak dan tidak sanggup membiarkannya terbiar?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ –3083 : HUKUM MEMANDULKAN KUCING


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí

***********************
SJ –3083 : HUKUM MEMANDULKAN KUCING

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara mhan di atas soalan di atas .

SECARA DASARNYA ( ASAL ) , tindakan “ MEMANDULKAN “ / “ MENGEMBIRI “ binatang-binatang ternakan adalah HARUS , khasnya menurut pandangan al-Imam Abu Hanifah rh dan al-Imam Malik Bin Anas rh .

Itu adalah hukum asal bagi setiap haiwan ternakan .

Adapun mengenai kucing , maka ia tidaklah termasuk di dalam kategori haiwan ternakan ( yang dibela untuk dimakan dagingnya ) .

Mengapa pula hendak dimandulkan kucing itu kalau saudara sudah tidak sanggup membelanya ? .

Tidak pernah ada dalil-dalil daripada agama kita yang memerintahkan kita memandulkan binatang-bintang peliharaan jika kita tidak mampu membelanya . :non

Bukankah lebih baik kita bebaskan sahaja kucing / binatang yang sudah tidak terdaya kita membelanya !? .

Membebaskan kucing / binatang peliharaan itu apabila kita sudah tidak mampu membelanya TIDAKLAH DIANGGAP KITA MEMBIARKAN IA MATI KELAPARAN @ KITA MENZALIMINYA , sebaliknya YANG ZALIM ialah kita terus mengurungnya tanpa diberikan makanan , minuman dan penjagaan yang sepatutnya disebabkan kita sudah tidak mampu menguruskannya !!! . :spamafote

Bukankah bumi Allah Ta’ala ini masih luas lagi dan masih banyak makanan dan minuman yang boleh dicari sendiri oleh kucing / binatang itu !? .

Bukankah Allah Ta’ala sendiri telah berfirman :


æóãóÇ ãöä ÏóÂÈøóÉò Ýöí ÇáÃóÑúÖö ÅöáÇøó Úóáóì Çááøåö ÑöÒúÞõåóÇ æóíóÚúáóãõ ãõÓúÊóÞóÑøóåóÇ æóãõÓúÊóæúÏóÚóåóÇ ßõáøñ Ýöí ßöÊóÇÈò ãøõÈöíäò

Ertinya : “ Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezkinya, dan Dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya . Semuanya tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh mahfuzh). “ ~ Ayat 6, Surah Hud .

Jadi , bebaskan sahaja binatang – binatang itu apabila sudah tidak sanggup kita membelanya ! .

Marilah kita semua bertaqwa dan takut kepada Allah Ta’ala . Bukankah di dalam hadis yang sahih sendiri , riwayat al-Imam al-Bukhari rh dan al-Imam Muslim rh da menyatakan kisah bagaimana seorang wanita menjadi ahli neraka disebabkan dia mengurung seekor kucing dan membiarkan ia mati kelaparan . Manakala ada pula seorang wanita pelacur yang menjadi ahli syurga disebabkan dia menyelamatkan seekor anjing yang kelaparan !? .

Silalah saudara pelajari pula permasalah berikut ini :

SJ - 1971 : MENGEMBIRI BINATANG / KUCING
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=8461

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
9 / Ramadhan al-Mubarak / 1424 H
4 / November / 2003 M

SELASA ~ Bandaraya Kuala Lumpur

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum