SJ-01-0034 : Perang Uhud..................

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-01-0034 : Perang Uhud..................

Assalamualaikum kepada seluruh warga al-ahkam. Moga-moga kita semua berada di dalam rahmat dan limpah kurnia dari Allah s.w.t terutama sekali pada bulan yang mulia ini.....

Saya ada beberapa kemusykilan....
:?
:?
:lol:
1. Baru-baru ini saya ada mendengar suatu ceramah berkenaan perang UHUD oleh seorang ustaz.

Memang menarik, cuma ada satu persoalan yang timbul apabila dia menyebut adalah HARAM menyebut rasullullah kalah dalam peperangan UHUD.

Sebelum ini saya ada membaca kisah sejarah berkenaan peperangan UHUD ini, dan sememangnya ada dikalangan ulama' yang mengatakan Rasullullah tidak kalah dalam peperangan UHUD, tetapi tidaklah sampai mengatakan HARAM dan boleh membawa kepada 'kekafiran' kepada siapa yang mengatakan Rasullullah kalah dalam peperangan UHUD.

iskh.. musykil la... camner ... kat maner nak rujuk perkara nih...

Sekian terima kasih

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-01-0034 : Perang Uhud..................

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr kakashi dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Bab ini merupakan bab menjaga adab kita terhadap Rasulullah saw. Kita tidak boleh mengatakan bahawa beliau KALAH didalam peperangan. Berikut adalah persoalan yang dijawab oleh Dr Ahmad al-Haji al-Kurdi, seorang ulama didalam Ensaiklopedia Fiqh Kuwait dan salah seorang anggota Fatwa Negara Kuwait :-

Soalan :

åá åæ ÎØà Ãä ÊÞæá Ãä ÑÓæá Çááøå åÒã Ýí ãÚÑßÉ ÃÍÏ ¿
"Apakah satu kesalahan bagi mereka yang mengatakan bahawa Rasulullah saw kalah didalam peperangan Uhud?"

Jawapan :

ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã ,ÇáÍÏ ááå ÑÈ ÇáÚÇáãíä¡ æÃÝÖá ÇáÕáÇÉ æÃÊã ÇáÊÓáíã¡ Úáì ÓíÏäÇ ãÍãÏ ÎÇÊã ÇáÃäÈíÇÁ æÇáãÑÓáíä¡ æÚáì Âáå æÃÕÍÇÈå ÃÌãÚíä¡ æÇáÊÇÈÚíä¡ æãä ÊÈÚ åÏÇåã ÈÅÍÓÇä Åáì íæã ÇáÏíä¡ æÈÚÏ:
ÝæÇÌÈ ÇáãÓáã ÇáÊÃÏÈ ãÚ ÑÓæá Çááå Õáì Çááå ÊÚÇáì Úáíå æÓáã¡ æáíÓ ãä ÇáÃÏÈ Ãä ÊÞæá Ðáß.
æÇááå ÊÚÇáì ÃÚáã.

"Bismillah. Alhamdulillah. Selawat dan salam keatas Saidina Muhammad penamat sekalian Nabi dan Rasul, keatas kaum keluarga dan sahabat baginda, tabiin, dan mereka yang mengikut hidayahnya dengan ihsan sehingga hari Kiamat. Waba'du :-
Adalah WAJIB bagai seseorang Islam beradab dengan Rasulullah saw, dan tidaklah beradab bagi sesiapa yang mengatakan begitu. WA"

Kita hendaklah menjaga adab kita dengan Nabi saw, dan salah satunya ialah memilih perkataan2 yang sesuai kepada baginda Nabi saw. Malah ulama' sendiri mengatakan bahawa Nabi saw tidak kalah didalam Perang Uhud, semangat baginda kental dan berani. Menurut Fatwa Markas Dr Abdullah Faqih :-

æáã íäåÒã ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÃÈÏÇð æåæ ÇáãÚÑæÝ ÈÔÌÇÚÊå æËÈÇÊå ÚäÏ ÇáãÍä æÇáãÕÇÆÈ¡
"Dan Rasulullah saw tidak kalah sama sekali dan baginda dikenali dengan semangatnya dan bertahan disisi rintangan dan musibah (disaster)"

Kekalahan yang berlaku ialah kepada kalangan orang Islam yang tidak mematuhi perintah Nabi saw, sebagai didalam fatwa lain menyebut :-

æããÇ ÐßÑå Ãåá ÇáÚáã Ýí ÃÓÈÇÈ åÒíãÉ ÇáãÓáãíä Ýí ÇáÛÒæÉ Ãä ÇáÕÍÇÈÉ áãÇ ÎÇáÝæÇ ÃãÑ ÇáÑÓæá Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÃÑÇÏ Çááå Ãä íÚÑÝåã ÓæÁ ÚÇÞÈÉ ÇáãÚÕíÉ æÇáÝÔá¡ æÃä ÇáÐí ÃÕÇÈåã ÅäãÇ åæ ÈÔÄã Ðáß¡ ßãÇ ÞÇá ÊÚÇáì: ( æáÞÏ ÕÏÞßã Çááå æÚÏå ÅÐ ÊÍÓæäåã ÈÅÐäå ÍÊì ÅÐÇ ÝÔáÊã æÊäÇÒÚÊã Ýí ÇáÃãÑ æÚÕíÊã ãä ÈÚÏ ãÇ ÃÑÇßã ãÇ ÊÍÈæä ãäßã ãä íÑíÏ ÇáÏäíÇ æãäßã ãä íÑíÏ ÇáÂÎÑÉ Ëã ÕÑÝßã Úäåã áíÈÊáíßã æáÞÏ ÚÝÇ Úäßã æÇááå Ðæ ÝÖá Úáì ÇáãÄãäíä) [Âá ÚãÑÇä:152]
"Dimana para ulama menyebut bahawa sebab kekalahan orang Islam didalam ghazwah Uhud bahawa mereka telah melanggari arahan Rasulullah saw, Allah swt inginkan menamatkan kejahatan kepada mereka yang tidak patuh dan mengetahui kegagalan mereka, dan mereka yang mencederakan mereka, sebagaimana firman Allah swt : 'Dan demi sesungguhnya, Allah telah menepati janjiNya (memberikan pertolongan) kepada kamu ketika kamu (berjaya) membunuh mereka (beramai-ramai) dengan izinNya, sehingga ke masa kamu lemah (hilang semangat untuk meneruskan perjuangan) dan kamu berbalah dalam urusan (perang) itu serta kamu pula menderhaka (melanggar perintah Rasulullah) sesudah Allah perlihatkan kepada kamu akan apa yang kamu sukai (kemenangan dan harta rampasan perang). Di antara kamu ada yang menghendaki keuntungan dunia semata-mata dan di antara kamu ada yang menghendaki akhirat, kemudian Allah memalingkan kamu daripada menewaskan mereka untuk menguji (iman dan kesabaran) kamu dan sesungguhnya Allah telah memaafkan kamu, (semata-mata dengan limpah kurniaNya) dan (ingatlah), Allah sentiasa Melimpahkan kurniaNya kepada orang-orang yang beriman.'-[aal-Imran : 152]".

Kesimpulannya, Nabi saw tidak kalah didalam peperangan Uhud. Baginda dan para sahabat berjuang bermati-matian dan akhirnya dapat menghalau kaum Musyrikin. Akan tetapi peristiwa ini mengajar kaum muslimin akan wajib patuh kepada perintah baginda saw. Mengatakan Nabi saw kalah didalam Uhud, seolah2 mencerca Nabi saw, lantas berdosa (haram) mengatakan demikian. Malah jika seseorang itu sengaja mencerca Rasulullah saw, boleh menyebabkan aqidahnya tergelincir. Umat Islam wajib menjaga adabnya terhadap Rasulullah saw. WA

wassalam
==========
Rujukan :

1. Dr Ahmad al-Haji al-Kurdi. ãÚÑßÉ ÃÍÏ. url : http://islamic-fatwa.net/viewtopic.php?TopicID=13696#26309

2. Markas Fatwa bimbingan Dr Abdullah al-Faqih. áã íäåÒã Úáíå ÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Ýí Ãí ÛÒæÉ . url : http://www.islamweb.net/ver2/Istisharat/ShowFatwa.php?lang=A&Id=22406&Option=FatwaId

خيرالأمين