[05-2] Pengajaran Hadis 'Uraniyin: Kata Dr Subhi Soleh Semata-mata Murtad Tidak Dihukum Bunuh

Dr Subhi Soleh

[05-2] Pengajaran Hadis 'Uraniyin: Kata Dr Subhi Soleh Semata-mata Murtad Tidak Dihukum Bunuh

Oleh zain-ys

Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, hukuman bunuh ke atas orang yang murtad adalah pendapat yang popular dan dipilih oleh majoriti para ulama. Manakala pendapat yang mengatakan orang yang semata-mata murtad tidak dihukum bunuh hampir tidak diketahui oleh kebanyakan umat Islam.

Antara ulama kontemporari yang berpegang dengan pendapat tidak dihukum bunuh ialah Dr Subhi Salleh di dalam bukunya: Al-islam Wa Mustaqbalul Hadharah.

Dalam video berikut ini Maulana Muhamad Asri akan membuat petikan dan dari buku ini. Mungkin setelah menontonnya, anda akan berpendapat bahawa pendapat minoriti ini perlu dipopularkan dan wajar disebarluaskan.

Antara isikandungannya ialah:

  • Islam Agama yang mendokong prinsip kebebasan berfikir
  • Hadis "Barangsiapa yang menukar agamanya hendaklah kamu bunuh.." adalah hadis sahih berstatus Ahad. Untuk kes darah, tidak boleh berpegang dengan Hadis Ahad. Ia bercanggah dengan nash-nash Islam yang menekankan pemeliharaan nyawa
  • Tiada ijmak: Hukuman bunuh atas orang murtad atas alasan pemikiran, kerana Islam menjamin kebebasan beragama.
  • Hukuman bunuh ke atas orang murtad sebagaimana dalam hadis adalah kerana:
  1. Pengkhianatan besar.
  2. Cubaan musuh menggugat Islam dengan merancang masuk Islam kemudian murtad agar Islam dipandang buruk.

 

Kategori Berita: