SJ-01-0036 : Bacaan Bismillah

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-01-0036 : Bacaan Bismillah

Saya sering berasa was-was dalam bacaan Bismillah.. saya ingin tahu samada, bismillah itu dibaca dengan a) Bismillahirrahmaanirrahiim (la pendek & maa panjang) atau b) Bismillaahirrahmaanirahiim..(laa & maa panjang) atau c) Bismillahirrahmanirahiim..(la & ma pendek).

Bantulah saya mengatasi rasa ragu saya ini.
Terima kasih..

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-01-0036 : Bacaan Bismillah

wa'alaikumussalam.

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab keraguan sdr xchopsuey dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Ubat kepada was-was (ÇáæÓæÓÉ ) ialah belajar dengan guru mengenai sesuatu perkara. Bila kita telah memperolehi sesuatu ilmu, maka secara tidak langsung penyakit was-was akan hilang. Contohnya didalam persoalan diatas, adalah dinasihat agar sdr xchopsuey dapat mempelajari al-Quran dari seorang guru secara face to face (berhadapan) agar dapat mempelajari dan membaca al-Quran dengan betul. Pada kebisaannya, huruf-huruf yang perlu dipanjangkan sekadar 2 harkat akan mempunyai samada huruf Alif atau pun tanda Mad (baris pendek yang menegak). Jika kita perhatikan kedua2 perkataan Allah dan al-Rahman didalam bacaan Bismillah mempunyai tanda mad diatasnya, maka bacaanya dipanjangkan sedikit.


Secara transliterasi ia akan ditulis seperti : - Bismillaahir Rahmaanirrahiim, sepertimana yang anda nyatakan didalam option (b).
URL audio : http://quran.al-islam.com/RealAudio/001/001_0.ra

Salah satu kelemahan Laman yang tidak mempunyai interactive voice response, eg: al-ahkam.net, ialah ilmu-ilmu yang bentukan suara dan bunyi sukar di jelaskan disini. Kami mencadangkan agar sdr dapat mencari guru2 yang boleh mengajar cara membaca al-Quran secara berdepan. Disana guru akan membetulkan mana yang silap dan akan menunjukkan cara2 memperbaikinya, Insyaallah. WA

wassalam

خيرالأمين