SJ-01-0055 : tiada contoh dari rasul...bukannya X hujjah..?

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-01-0055 : tiada contoh dari rasul...bukannya X hujjah..?

assalamualaikum,
adakah benar bahawa Tak semesti nya sesuatu itu ada didalam kitab ataupun sunnah2 nyauntuk kita jadikan hujjah Kalau para ulamak dah membenarkan nya maka tak salah dari segi hukum.Begitu juga para ulamak yang megeluarkan fatwa2.

'Adamul fi'li laisa bi hujjatin

Ertinya :

"Ketiadaan perbuatan Nabi s.a.w itu tidak jadi suatu hujjah."

contoh dalam penguarain perkataan alhamdu....

Adapun Ujud nya sekelian alam dijadikan daripada kalimah "Alhamdu".
Huruf Alif itu ibaratkan ZatNya.
Huruf Lam itu ibarat SifatNya.
Tak dapat nyata,hanya kenyataan bagi ZatNya dan SifatNya adalah kepada Sifat yang ada pada sekelian Alam yaitu ibarat huruf Ha yaitu Hayat artinya Hidup.Baru lah dapat segala Nama2 ibarat huruf Mim yang ada pada sekelian Alam dan huruf Dhal akan hendak menjadi Dalil atau kenyataan bagi Zat.Baru lah dapat segala Nama2 bagi
Zat.

adakah boleh dijadikan hujjah dengan mengadakn ibarat semacam itu...??

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-01-0055 : tiada contoh dari rasul...bukannya X hujjah..?

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr hakim dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Kaedah (ÚÏã ÇáÝÚá áíÓ Ïáíá) - "Ketiadaan perbuatan (Nabi :saw) bukanlah satu dalil/hujah" tidaklah boleh digunakan didalam soal2 aqidah dan ibadat. Ia hendaklah kembali kepada usul Fiqh : - (ÇáÃÕá Ýí ÇáÚÈÇÏÉ ÇáæÞÝ æÇáÊÍÑíã ÅáÇ ãÇ Ïá Úáíå Ïáíá) - "Asal perkara Ibadat adalah terhenti dan haram, melainkan dalil/bukti dinyatakan". begitu juga dengan kaedah : (ÇáÃÕá Ýí ÇáÚÞíÏÉ æÇáÚÈÇÏÉ ÇáÊæÞÝ ÍÊì íÃÊí ÇáÏáíá)- "Asal perkara AQIDAH dan IBADAT adalah terhenti, sehinggalah dibawa dalil (yang membolehkannya)". Amaran Nabi :saw :

ãä ÃÍÏË Ýí ÃãÑäÇ åÐÇ ãÇ áíÓ ãäå Ýåæ ÑÏ
"Barang siapa mereka cipta perkara2 (agama) dari kami yang bukan dari kami maka ia tertolak"

Kaedah ini menunjukkan, didalam Bab-bab Ibadat dan aqidah, ia memerlukan dalil atau bukti sahih dari al-Quran dan hadith2 Nabi :saw. Memandangkan persoalan yang sdr hakim timbulkan itu berkait dengan "sifat Allah", maka ini merupakan bab Aqidah; yang amat sangat memerlukan dalil! Tafsiran harf/huruf keatas perkataan "Al-Hamdu" diatas tidak ada nas yang menyokongnya dan amat pelik sekali tafsirannya. Kalaulah ia cuma mengandungi kaedah2 penghafalan atau acronym (nama singkatan) eg: RUAS - (singkatan kepada Tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma' wa Sifat), tidaklah dilarang.

Kaedah (ÚÏã ÇáÝÚá áíÓ Ïáíá) - "Ketiadaan perbuatan (Nabi :saw) bukanlah satu dalil/hujah" boleh diapplikasikan kepada perkara yang diluar Aqidah dan selain dari Ibadat Khusus sebagaimana kaedah (ÇáÃÕá Ýí ÇáÃÔíÇÁ ÇáÅÈÇÍ) - "Asal sesuatu itu Mubah/harus/boleh". Syiekh Muhammad bin Jamil Zainu menyebut :

æÝí ÇáãÚÇãáÇÊ æÇáãÃßæáÇÊ ÇáÅÈÇÍÉ ÍÊì íÃÊí ÇáÊÍÑíã
"Didalam Mu'amalat dan Makanan - ia adalah harus, sehinggalah didatangkan (dalil) pengharaman"

Maknanya, ketiadaan sunnah Nabi :saw didalam hal2 dunia, bukanlah menjadi dalil untuk tidak melakukannya. Contohnya didalam bidang pemakanan, kita boleh makan makanan yang baik-baik melainkan makanan yang didatangkan dalil pengharamannya. Tidaklah orang Islam ini terhad kepada memakan buahan2 kurma sahaja, walaupun Nabi :saw tidak makan durian, atau rambutan. Makan kurma menghidupkan sunnah Nabi, dan makan rambutan menghidupkan sunnah Allah; iaitu menikmati reski halal yang Allah berikan kepada hambanya. Didalam pemakaian misalnya; kita tidak terhad dari memakai fesyen apa-apa yang kita sukai, sehinggalah ada dalil yang menegah pakaian-pakaian yang mendedahkan aurat dsb.

Kesimpulannya, kaedah diatas ini tidak boleh digunakan didalam hal-hal Ibadat dan Aqidah, akan tetapi boleh digunakan didalam perkara mu'amalah, kerana asas mua'amalah adalah : Asal sesuatu itu harus, maka ketiadaan perbuatan (Nabi :saw) bukanlah penghalang kepada perlaksanaan perkara tersebut selama-mana tidak ada dalil yang mengharamkannya. WA.

wassalam

خيرالأمين