SJ-01-0102 : Masuk Islam Melalui Internet

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-01-0102 : Masuk Islam Melalui Internet

Aslmkm w.b.t,

Saya pernah menonton satu dokumentari mengenai seorang penduduk Russia yang memeluk Islam asbab internet dan melalui internet.

Tolong jelaskan kepada saya kedudukan Saudara tersebut berserta dalil.

JazakAllah

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-01-0102 : Masuk Islam Melalui Internet

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Insya-Allah, jika dia mandi dan mengucap kalimah syahadah dengan seikhlas hati seungguhnya dia sudah pun masuk agama Islam, Rukun Islam yang pertama itu sah diucapkan bersendirian,tanpa saksi dsb. Berkata Syeikh Saleh al-Munajjid :-

áÇ íÌÈ Úáì ãä ÃÑÇÏ Ãä íäØÞ ÈÇáÔåÇÏÊíä Ãä íÍÖÑå ÔåæÏ ¡ Èá íäØÞ ÈåãÇ ÈáÓÇäå ¡ æíßÝíå åÐÇ ááÏÎæá Ýí ÇáÅÓáÇã .
dir="ltr">"Tidak wajib bagi mereka yang inginkan menyebut syahadatain (dua kalimah syahadah) agar menghadirkan saksi. Bahkan hendaklah dia menyebut dengan dengan lidahnya, dan mencukupi untuk dia masuk Islam"

Kemudiannya, barulah dia boleh mendalami Islam dengan mendekatkan dirinya dengan para ulama' atau ustaz disana. Jika dipersekitarannya tidak kelihatan orang Islam, maka bolehlah dia berfikir unuk berhijrah kebumi yang mempunyai orang Islam.

Sekian, wassalam

خيرالأمين