SJ-01-0119 : ihsan

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-01-0119 : ihsan

:salam

apa makna ihsan?
ana tahu maknanya dan hadis mengenainya..
cuma ragu-ragu sikit..mengenai adanya maqam ihsan
dari sesetengah grup ni
boleh panel memperincikan makna ihsan ini..
dan adakah maqam tertentu dalam ihsan ni? ::?

asif jiddan
:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-01-0119 : ihsan

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Ihsan adalah ketepatan atau kesempurnaan (perfection or precsion). Pada makna syara’ ia bermaksud melakukan sesuatu IBADAT dengan BAIK dan TEPAT sebagaimana yang diperintahkan Allah swt.

Sebagaimana didalam sebuah hadith yang panjang dari Abu Hurairah ra., dimana Malaikat Jibril bersoal jawab dengan Nabi :saw dan disana ada menyebut mengenai maksud ihsan :-

ãóÇ ÇáúÅöÍúÓóÇäõ ¿ ÞóÇáó : Ãóäú ÊóÚúÈõÏó Çááøóåó ßóÃóäøóßó ÊóÑóÇåõ ¡ ÝóÅöäú áóãú Êóßõäú ÊóÑóÇåõ ÝóÅöäøóåõ íóÑóÇßó
dir="ltr"> “Apakah itu Ihsan? Baginda menjawab : Sesungguhnya kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatnya, walaupun kamu tidak melihatnya, akan tetapi Allah melihat kamu” [Hadith Riwayat Bukhari #50, Muslim #9].

Mereka yang dikatakan telah memperolehi Ihsan dikatakan telah mencapai kenikmatan ibadat seolah-olah dia melihat Allah ketika melakukan.

Ibn Rajab rh menyatakan bahawa hadith ini menunjukkan bahawa seseorang itu hendaklah beribadat seperti cara ini, menggambarkan dia hampir dengan Tuhannya, Ia memerlukan sifat TAKUT, GERUN dan TUNDUK kepada Allah swt. Sifat ini juga akan menimbulkan rasa ikhlas didalam beribadat, dan seseorang itu akan cuba memperbaiki lagi ibadatnya agar ia menjadi lengkap dan sempurna (Jami’ al-Ulum, 1/35).

Maqam pada maksud kebiasaan adalah perhentian atau tahap. Ihsan bukan seperti pangkat didalam sesuatu organisasi; seperti Sarjan, Kapten dsb. Ia hanya memperlihatkan KEADAAN seseorang atau lebih kepada SIFAT atai CIRI-CIRI tertentu. Contohnya didalam surah al-Asr; Allah menjelaskan bahawa yang dikatakan orang yang beriman atau ciri-ciri orang yang beriman adalah hamba Allah yang SOLEH, membantu didalam kerja-kerja kebenaran dan bersifat SABAR.

Begitulah juga ciri-ciri orang yang berihsan (MUHSIN) iaitu mereka ini sentiasa memperbaiki ibadatnya, tidak kira ibadat wajib mahu pun sunat, dengan melakukannya dengan penuh rasa gerun dan takut seolah-olah dia melihat Allah memerhatikannya.

Tahap Ihsan seseorang itu bukanlah tahap yang mutlak, akan tetapi ia boleh berubah2. Ia hanyalah menunjukkan keadaan sahaja. Seperti juga dengan keadaan Iman seseorang. Ahli Sunnah wa al-Jamaah berpegang kepada konsep :-

ÇáÅíãÇä íÒíÏ æíäÞÕ. ÇáÅíãÇä íÒíÏ ÈØÇÚÉ Çááå ¡ æíäÞÕ ÈãÚÕíÊå.
dir="ltr"> “Iman itu boleh bertambah dan berkurang,.Iman akan bertambah dengan melakukan ketaatan kepada Allah, dan akan berkurang kerana melakukan maksiat kepadanya” (al-Lajnah al-Daemah, (3/187).

Kesimpulannya, Ihsan menunjukkan keadaan atau ciri-ciri orang yang sentiasa melakukan ibadat secara khusyuk kerana merasakan Allah itu sentiasa melihat perbuatannya. Ia bukanlah menunjukkan sesuatu maqam atau kedudukan yang ampuh, akan tetapi ia menunjukkan ciri-ciri kebaikkan seseorang yang sentiasa memperbaiki ibadatnya agar menjadi lengkap dan sempurna, dan bukan sekadar ‘melepaskan batuk ditangga sahaja’, WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين