SJ-01-0147 : Hafiz yg bukan sunnah masuk syurga ke?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-01-0147 : Hafiz yg bukan sunnah masuk syurga ke?

assalamualaikum...
biasa kita dengar dan tahu bahawa orang yg hafaz quran@seorang hafiz akan masuk syurga dan akan membawa 10 orang ahli keluarganya sekali.
namun bagaimana jika seorang itu seorang yg berfahaman syiah,dan lain2 lagi yg bukan dari fahaman ahli sunnah?
yelh,biasanya orang berkata hanya ahli sunnah sahaja yg akan diterima.yg lain yang bukan seperti syiah tak akan masuk juga tak diterima akibat akidah yg salah.
fakta lain,mungkin jawapan,akidah salah sia2 amalan.namun janji terhadap mereka yg bergelar hafiz yg meghafaz quran akan masuk syurga lalu membawa 10 orang ahli keluarganya sekali.
jadinya bagaimana pihak al-ahkam dalam menerangkan jawapan?
sila jawab.

SJ-01-0147 : Hafiz yg bukan sunnah masuk syurga ke?

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

1) Orang yang menghafal Quran mempunyai kelebihan. Tetapi apa yang saudara sebutkan iaitu dapat memberi syafaat 10 ahli keluarganya tidak bersandar kepada dalil yang sahih.

Daripada Jabir, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

áÍÇãá ÇáÞÑÂä ÇÐÇ ÇÍá ÍáÇáå æÍÑã ÍÑÇãå Çä íÔÝÚ Ýí ÚÔÑÉ ãä Çåá ÈíÊå ßáåã ÞÏ æÌÈÊ áå ÇáäÇÑ

Maksudnya: Bagi orang yang memelihara (menghafal) Al-Quran jika dia menghalalkan apa yang Al-Quran halalkan, dan mengharamkan apa yang Quran haramkan, dia boleh memberi syafaat kepada 10 orang ahli keluarganya yang sepatutnya masuk neraka.

Hadis ini direkod dalam Mukjam Ausat oleh Imam Thabarani (no: 5258). Kata Al-Haithami: Di dalamnya terdapat perawi bernama Jaafar bin Al-Harits, dan dia dhaif. Dinilai dhaif oleh Albani dalam Dhaif al-Jamik (no: 4662).

2) Persoalan masuk syurga, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam telah menjanjikan bahawa sesiapa yang mati di atas Tauhid dan tidak syirik kepada Allah maka dia akan masuk syurga.

Orang yang berfahaman bidaah dan sesat, ada peringkat-peringkatnya. Dan tidak boleh dihukum secara pukal bahawa semua yang berfahaman Syiah masuk neraka. Kerana mereka pada zahirnya adalah ahli kiblat.

Ibn Tamiyyah berkata: Dan Syiah Imamiyyah Itsna Asyariyyah adalah jauh lebih baik daripada mereka (kumpulan Batiniyyah). Kerana Syiah Imamiyyah walaupun melampau jahil dan sesat mereka, di kalangan mereka ramai yang Islam secara zahir dan batin, bukannya zindiq dan munafiq. Tetapi mereka jahil, sesat, dan mengikut hawa nafsu mereka. (Minhaj Al-Sunnah 2/452).

Bidaah dalam fahaman Syiah, ada yang menyebabkan jatuh kufur, dan ada perkara yang tidak menjatuhkan ke dalam kufur. Untuk menghukumkan seseorang individu sebagai kafir hendaklah dengan mencukupi syaratnya dan ternafi halangannya.

Wallahu A'lam.