SJ-02-0015 : Jihaad

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-02-0015 : Jihaad

Assalamualaikum Ustaz

ustaz, jihaad fisabillilah tu fardhu Ain atau fardhu kifayah. Nak kena tunggu ada khalifa ke tak

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-02-0015 : Jihaad

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Quote:
jihaad fisabillilah tu fardhu Ain atau fardhu kifayah

Hukum asal Jihad Fi Sabilillah ialah FARDHU KIFAYAH menurut majoriti ulama. iaitu jika dilaksanakan tanggungjawab ini oleh sebahagian rakyat yang mencukupi, maka gugurlah dosa daripada yang lain.

Kata Ibn Rusyd al-Hafid: "Maka para ilmuan telah ijmak bahawa ia fardhu kifayah, bukannya fardhu ain, melainkan Abdullah bin al-Hasan yang berpendapat ia adalah sunat". (Bidayatul Mujtahid 2/380).

Syeikh Muhammad bin Abdul Rahman al-Dimasyqi al-Syafie berkata, "Para imam telah bersepakat bahawa jihad adalah fardhu kifayah, iaitu jika dilaksanakan tanggungjawab ini oleh sebahagian rakyat yang mencukupi, maka gugurlah dosa daripada yang lain. Dan diriwayatkan daripada Said bin al-Musayyib bahawa ia adalah fardhu ain" (Rahmatul Ummah m/s 292).

Tetapi hukum Jihad menjadi FARDHU AIN dalam kes-kes tertentu, seperti:

1- Apabila dikerahkan oleh imam untuk berjihad.
2- Apabila tentera Muslimin bertempur dengan musuh, maka fardhu ain bagi setiap yang menghadiri tentera muslimin untuk berjihad, haram berpatah balik.
3- Apabila musuh masuk ke dalam sesuatu negeri, maka fardhu ain atas rakyatnya berjihad mempertahankan negeri mereka.

(Al-Jihad; Ahkamuhu Wa Man Yad'uu Ilaih m/s 66).

Quote:
Nak kena tunggu ada khalifa ke tak

Yang berhak untuk mengisytiharkan Jihad, dan wajib ditaati dalam urusan Jihad ialah al-Imam al-A'zam, iaitu pemimpin tertinggi. Pada zaman nubuwwah, pemimpin tertinggi ialah Rasulullah SAW. Pada zaman khulafa' dan selepas mereka, pemimpin tertinggi ialah khalifah, dan raja daulah Islamiyyah.

Pada zaman mutakhir, selepas negara umat islam dipecah oleh sempadan geografi, dan setiap negara ada pemimpin tersendiri, maka pemimpin tertinggi sesebuah negara itulah yang menjadi Imam A'zam (pemimpin tertinggi). Begitulah dijelaskan oleh ulama.

Berkata Syeikh Muhammad b Abdul Wahhab: "Para imam dari setiap mazhab bersepakat telah ijmak bahawa sesiapa yang memerintah sesebuah negara, maka dia dianggap sebagai imam dalam semua perkara. Kalau tidak, maka sudah pasti urusan dunia tidak terurus". (Al-Durar al-Saniyyah 9/5).

Al-San'aani berkata (ketika syarah hadis "Sesiapa keluar dari ketaatan dan meninggalkan jamaah lalu mati maka matinya adalah Jahiliyyah"), katanya: Maksud 'keluar dari ketaatan' ialah ketaatan kepada khalifah. Seoalah-olah maksudnya ialah khalifah setiap negara daripada negara-negara. Ini kerana, semenjak pertengahan zaman Abbasiyyah, manusia di dalam negara2 Islam tidak pernah bersatu di bawah satu khalifah. Bahkan, setiap tempat ada pemimpin masing-masing yang menguruskan pentadbirannya. Jika ditafsirkan hadis dengan maksud 'seorang khalifah yang disepakati oleh semua umat Islam', maka sedikitlah faedah hadis itu. (Subulul Salam 3/341).

Wallahu A'lam.